Monday, December 8, 2008

Selamat Menyambut Aidiladha

Hari ini umat islam di seluruh Negara menyambut hari raya aidiladha ataupun dipanggil juga sebagai hari raya haji.Pada kebiasaannya umat islam akan melakukan ibadat korban selepas sembahyang raya.Ibadat korban dijalankan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S yang telah diperintahkan untuk menyembelih sendiri anaknya iaitu Nabi Ismail A.S oleh Allah S.W.T. Ibadat ini adalah satu simbolik kepada pengorbanan dan ketakwaan kepada Yang Maha Esa.
Dalam melakukan ibadat korban, umat islam dapat merapatkan hubungan sesame sendiri disamping dapat menambahkan lagi ketakwaan kepada Allah dengan bersedekah daging yang telah dikorban kepada yang memerlukan.Aidiladha merupakan hari yang lebih utama daripada Aidilfitri.Disamping melakukan ibadat korban, hari raya ini juga merupakan hari untuk meraikan umat islam yang melakukan ibadat haji di Mekah.Umat Islam dibenarkan bertakbir selama 3 hari yang dinamakan juga sebagai hari-hari tasyrik
Di Kelantan, memandangkan sekarang ini musim tengkujuh, hari raya haji tetap disambut dengan meriah meskipun terpaksa menghadapi kemungkinan banjir.Dengan angin yang kuat serta hujan yang turun dalam seminggu dua ini, penduduk di sini mengambil langkah berjaga-jaga.
Semoga Hari raya kali ini membawa berkat dan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share