Thursday, March 26, 2009

Keringat jam

Akhirnya selamat sampai hostel.Kali ini menggunakan bahasa ibunda kerana masih penat untuk mengerah minda memikirkan perkataan dalam bahasa inggeris.

Dua perkataan untuk gambarkan keadaan sekarang, 'sangat berbaloi'.


Minyak untuk ke pasir putih selama dua hari = RM 60


Makan Minum = RM 30


Harga Jam = RM 450


Jarak perjalanan = 420 km


Keadaan = Sangat memenatkan


Perasaan dapat tengok jam balik? Tidak tergambar,lega dan berpuas hati


Begini ceritanya, semalam ke pasir putih kerana ada kawan hendak ambil barang di rumahnya.Selepas makan dan sembahyang, aku tertinggal jam tangan dan hanya disedari setelah sampai di UDM.Sangat-sangat mengecewakan dan hari ini, aku kembali kesana untuk mengambil jam tersebut.Dua hari memandu dari Terengganu ke Kelantan dengan keadaan panas terik.Tangan dah berbelang-belang.Tapi akhirnya dapat kembali disatukan dengan jam di atas.sangat berbaloi dan memuaskan hati.


p/s- cuba teka apakah makhluk ataupun benda yang ada di dalam gambar di bawah.

4 comments:

  1. mcm bnde basi....
    berkulat?
    konfius....

    ReplyDelete
  2. periuk nasi yang telah ditinggalkan 3 minggu..aku pasti.

    ReplyDelete
  3. haish!!!!!!!!!!!!!
    pengotor!!!!!!!!!!
    periuk nasik itu berkulat!!!
    bingung bingung!!!!!!!!!!!!!
    cemar!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. haha..'benda' ini dikesan di sebuah tpt berhampiran dgn asrama di dalam kampus kusza UDM.jika sesiapa ada terlihat.sila kembalikan kepada tuan asal iaitu Encik **********************

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share