Friday, March 20, 2009

Lembu oh lembu


Kali ini, aku guna bahasa ibunda dlm blog ini.Sangat-sangat tak berpuas hati dan marah.Petang tadi aku memandu keseorangan dari Kota Bharu menuju ke Kuala Terengganu.

Perjalanan bermula dari awal lagi menyakitkan hati kerana bermacam-macam karenah pemandu Malaysia.Disebabkan cuti sekolah hampir tamat,jadi ramai yang bergegas pulang ke tempat keerja masing-masing setelah menghabiskan masa di Kelantan dan petang tadi banyak kereta menggunakan jalan persekutuan menghubungkan Kelantan dan Terengganu melalui jalan pantai iaitu Penarik,Tok Bali.Pada mulanya aku dapat lagi bersabar dengan cara pemanduan rakyat malaysia ini kerana aku tidak terburu-buru sangat hendak pulang ke UDM namun lama-kelamaan mula rasa hendak marah dan kecewa.Banyak kereta yang memandu secara berbahaya hingga aku terpaksa memandu dengan begitu berhati-hati.Ada yang memandu terlalu dekat dengan kereta lain,ada yang tidak memberikan lampu isyarat ketika memotong dan membelok dan ada pulak yang memandu dengan kelajuan motosikal!(baik bawa motosikal modenas kalau hendak memandu kereta dengan kelajuan hanya 40km/j).

Aku pun kadang-kadang bingung dengan karenah manusia ini.Bukan semua tapi segelintir manusia yang memandu kereta.Mungkin mereka ini semua mempunyai otak kurang cerdik macam lembu.Sudahlah tak mematuhi undang-undang jalan raya ditambah lagi membahayakan pengguna jalan raya yang lain.Semua sedia maklumkan jalan raya di Malaysia ini tak ubah seperti jalan raya di Timor Leste yang berlubang sana sini,tampal sana sini dan tak sekata.Ditambah dengan gelagat pemandu yang macam ********* memang membuatkan perjalanan menggunakan jalan raya tersebut tak ubah seperti menempa nama sendiri ke atas batu nisan.

Sampai nya aku di Merang,memasuki Batu Rakit, aku terpaksa pulak melayan karenah lembu-lembu di jalanan.Kalau tadi manusia yang macam lembu tapi kali ini, lembu itu sendiri.Ya, lembu yang melintas di jalan yang sibuk tanpa segan silu dan dengan muka bodoh nya.Banyak kali jugak kereta-kereta nyaris berlanggar sesama sendiri semata-mata kerana ingin mengelak dari melanggar lembu-lembu yang bebas berkeliaran di atas jalan raya seolah-olah seperti safari di kenya ataupun Senegal.Kadang-kadang aku rasa macam mahu langgar semua lembu tapi aku hanya akan mendapat dosa kerana menganiaya binatang tapi jika haiwan tersebut membuatkan kemalangan berlaku siapa yang bersalah.Manusia?Lembu?Yang pasti tuan punya lembu itu yang memang bodoh dan banggang dan ********** kerana membiarkan lembu-lembu mereka berkeliaran bebas tidak bertali.Aku pun tidak tahu berapa ramai manusia yang menyumpah lembu-lumbu di atas jalan tadi.


Diharapkan pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya dalam mengatasi masalah lembu ini.Tangkap semua lembu yang berkeliaran dan sedekahkan kepada fakir miskin.Dapat juga pahala.

Lembu oh Lembu.Kadang-kadang pelik manusia yang cerdik tapi akal bodoh seperti lembu.Lembu adalah haiwan yang tidak bersalah sebenarnya dan mungkin aku juga perlu lebih banyak bersabar di atas jalan raya.entahlah.


p/s..aku berjaya muat turun 2 episod how i met your mother season 4.Dah lama tidak menonton siri ini dan sedang mencari laman-laman web yang menawarkan lebih banyak siri ini.'Legendary'

6 comments:

  1. oh..arini dlm sejarah kamu berbahasa ibunda..dahsyat..
    mmg tggi tahap kemarahan ye..
    sabor2..
    ;)

    ReplyDelete
  2. hahah.Tue psl.kalo ikut kan hati aku langgar sembelih buat beef stick sedap jugok lembu2 tue

    ReplyDelete
  3. tmpuh itu lembu , bawak balik , kite makan

    ReplyDelete
  4. yeah...stuju sama zull.langgar die..*yah yah*

    ReplyDelete
  5. hahah.Langgar terus tue.sian kat lembu.patut langgar tuan die yang ***** dan *******.hahaha.beef chop sedap jugok.bleh buat piknik nie

    ReplyDelete
  6. sy jugak sokong dgn kamOO semua..huhuhu
    berhati-hatilah anda di jalan raya..ingatlah orang tersayang..
    =)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share