Sunday, April 5, 2009

aku dah hidup cukup gembira tapi ada pulak dubuk datang


Gunung.Satu simbol keteguhan.simbol kebesaran ilahi.


Manusia.Selalu lupa.Lupa nak bersyukur.


Aku paling benci orang hipokrit.Orang yang bermuka seperti memakai topeng.Dan yang lebih teruk daripada orang memakai topeng ini adalah orang yang duduk dibelakang si pemakai topeng ini.Satu kesilapan aku kerana buta menilai.


Aku tak menyesal apa yang telah aku lakukan
Aku tak menyesal atas apa yang telah aku katakan
Jika bukan sekarang mungkin dari dulu lagi aku patut katakan
Jika bukan masa dulu, mungkin pada masa depan aku akan lakukan
Jangan kata aku hipokrit
Jangan kata aku lemah
Dendam aku tak akan pudar
Dendam aku tak akan padam
Kerana dendam ini aku hidup
dan dendam ini juga aku akan mati
Mati aku bukan mati kering
Mati aku bermaruah
Bangsat mana yang cuba bermain api dengan aku
Bangsat mana yang cuba melaga-lagakan aku
aku tak peduli
Aku heret semua
Masing-masing tahu hati masing
Hati yang perlu dicuci

Durjana yang bermuka-muka
Durjana yang cuba melaga-laga
Kau sendiri yang pilih
Kau sendiri yang cuba
Sekarang kau hadapi
Aku tetap pemenang
Kerana jika aku kalah
Aku kalah sebab aku sendiri
Aku kalah sebab bukan kau yang menang
Aku kalah sebab aku lambat
Aku tetap dengan ego aku
Aku tetap dengan prinsip aku
Aku tak melantun
Aku tak sendirian
Aku tak kehilangan
Aku tak malu
Tak malu mengatakan aku pemenang
Sebab dulu aku pernah kalah
Bukan kalah kepada manusia
Tapi kalah kepada diri sendiri
kepada nafsu
kepada syaitan
Dan jangan lah sesiapa mahu memanggil aku pulang
Jalan ini dah jauh aku redahi
Samada aku hidup
Ataupun mati
Dua itu pilihan


p/s...ilham a samad said wannabe.hahahah.aku geram.Aku dah tak nak peduli.Aku tak penah berubah.Semua orang tak penah nak berubah


14 comments:

  1. oh palie...?kenapakah ini..??
    second round luahan hatikah..??
    haish!! mmg mendlm mksdnye.. mmg.. mmg.. mmmg.. mmg.. haish!!!! mmg dlm..

    ReplyDelete
  2. bkn second round nie.ada la makhluk2 yang aku tak senangi.mendalam ek.huhuh.bleh mencapai jurang marina iaitu jurang terdalam didunia yang berhampiran kepulaun filipina tak?
    hahaha

    ReplyDelete
  3. huhuhuhu...
    maksud yang sgt mndalam...
    rupe2nye ade bkat terpndam....
    tidak k percaye bhwa kamu jde agak berjiwa sastera....
    hahahahahahha
    =)
    =D

    ReplyDelete
  4. Sastera li. Welcome to the club

    ReplyDelete
  5. lie..... mamat khalid sedang memerhatikan anda...hahahah

    ReplyDelete
  6. tue psl yen.mmg jadi anak didik mamat khalid lah.power2.ayone care to join sastera club?free for all.huhuh.waaupun kita tesl student tapi still kene agungkan bahasa melayu

    ReplyDelete
  7. mmg mnjiwai wtak r mg..
    welcome skali lg utk geng2 sastera..
    dnia ni mmg pentas lakonan...
    jd aku ingt nk tkr profesion jd pelakon r plak..
    huhuhuhu..

    ReplyDelete
  8. go for it if that is what you want.. if revenge is your way.. tapi ketahuilah semua orang memakai topeng.. even kamu..

    ReplyDelete
  9. Ya.memang aku memakai topeng dan topeng itu dah lama aku buang.topeng itu kamu yang mencorakkan

    ReplyDelete
  10. dalam.. sungguh dalam.. menyelam dalam2 boleh mengakibatkan kelemasan.. naik ke permukaan kadang2.. hirup udara segar.. relax.. take it easy.. mcm lagu mika..

    ReplyDelete
  11. aku tak sempurna.aku tak juga akan jadi sempurna.namun aku akan pastikan aku akan gembira dan sekarang aku gembira.lemas?aku dah puas lemas.relax?aku cuba kerana dah bosan.relax hirup asap rokok

    ReplyDelete
  12. betul kan.. semua orang mau gembira.. regangkan sendi2 anda.. tarik nafas dalam2.. tahan 5 saat.. lepas kuat2.. nampak benda yang bersinar?itu masa depan..

    ReplyDelete
  13. Kerana dendam ini aku hidup
    dan dendam ini juga aku akan mati
    cm tagline RAM je?

    ReplyDelete
  14. hahah.bijak pun yana.ade la skit2 terpengaruh ngan madatori,mikail,adam,tombirou,semangat hutan

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share