Monday, April 13, 2009

Aku Yang Terbaik


Lyrics | Katy Perry lyrics - Thinking Of You lyrics

huhuh.Semoga terhibur dengan lagu diatas..lirik yang memang mengasyikkan.Kali ini dengan bangganya aku mempersembahkan karya terbaik aku berkaitan dengan memori di UDM.Dan aku janji ini adalah tulisan yang terakhir yang berkaitan dengan senarai-senarai kerana rasanya sudah banyak senarai yang di buat tapi sejujurnya masih banyak senarai lagi yang boleh ditulis.Jadi jika sesiapa masih berminat dengan senarai-senarai aku sila lah bagi komen dan aku akan usahakan bagi senarai yang menepati citarasa semua.Harap sedemikianlah hasilnya nanti.Jadi aku persembahkan kepada semua,

" 10 Benda yang paling aku suka semasa berada di UDM "

10 - Terengganu

Negeri yang terkenal dengan pantai nya, kerepok nya.Pada awal nya aku tak dapat terima kenapa orang terengganu hidang kerepok di awal pagi untuk bersarapan namun lama- kelamaan aku sudah biasa dan aku pasti tiada kerepok negeri lain dapat menandingi kerepok negeri Terengganu.

9 - Pantai

Pantai Tok Jembal, Batu Buruk, Teluk Ketapang, Penarik (hanya menyebut sebilangan kecil).Pantai ini adalah antara pantai yang tercantik di negeri ini dan jika ke sini, fikiran menjadi tenang dan terhibur dengan kebesaran Allah yang Maha Esa.Aku suka ke pantai batu buruk sebab dulu ada bundle di sini kerana disamping dapat membeli dapat juga tenang fikiran.

8- Restoran Selera Kampung

Terima Kasih kerana menyediakan lauk pauk yang berpatutan harganya dan amat menyelerakan di waktu tengahari. Lauk kambing memang membangkitkan selera di kala matahari tegak di atas kepala.

7- Para Pensyarah

pensyarah UDM adalah yang terbaik pernah aku jumpa dalam hidup aku.Segala pertolongan,tunjuk ajar yang diberikan tidak akan aku lupakan dan aku amat hargai semuanya.Para pensyarah di sini bagai kan ibu bapa kedua aku.terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah

6 - Kereta Ber plet wdj9100

Aku sangat bertuah kerana sebaik memasuki UDM aku dikurniakan dengan kereta ini.Walaupun usia nya boleh dikatakan agak tua namun amat berjasa.Macam-macam kenangan dengan sang merah ini.

5 - Asrama Tok Jembal

Walaupun kedudukan asrama ini agak jauh untuk ke kelas namun aku suka berada disini.Selama dua tahun berada di asrama ini berbagai rencah ragam manusia dapat di lihat.Waktu berbuka puasa,di kala hujung minggu.Sayangnya Asrama ini sudah diberikan kepada UMT

4- Jam Tangan Guess

Yup.Jam tangan aku yang amat disayangi kini sudah hidup kembali dan sudah bersama-sama aku kemana jua.

3- Kawan- kawan TesL semester 6

Banyak yang kita lalui selama 3 tahun disini.Pelbagai ragam membuatkan kita semua belajar menjadi manusia yang matang.Tidak akan aku lupakan semua jasa kalian.Segala silap aku harap maafkan,tersalah perbuatan,tersalah kata, jangan disimpan.

2 - Perasaan campur aduk

Aku suka perasaan yang bercampur aduk yang telah aku lalui sepanjang berada di UDM.Marah,kecewa,dendam,sedih,gembira,riang.Semuanya mengajar aku menjadi manusia yang lebih baik dan insyallah akan menjadi teladan buat ku menempuh hari yang mendatang

1 -Kekasih Hati (Sg.Isap, Kuantan)

tiada kata dapat mengambarkan perasaan dalam hati ini

ps..maka begitu lah kesudahannya..hanya tinggal satu tugasan lagi sebelum menjejak kaki ke alam baru.Peperiksaan Akhir.Diharapkan dapat melakukan yang terbaik untuk peperiksaan ini.

16 comments:

  1. wah..
    bahagia nmpak..
    hehee..
    semoga berkekalan..
    ;DD

    oh..list2 itu ku setujui..

    sang merah!!thanx.. keranamu aku oke sakit gigi...
    huhuu..keranamu sang merah.. semua keranamu...
    ;DD

    n kwn2 teslians...
    thanx to all too..
    ;)

    palie..
    truskan bersenarai..
    caiyok..aku suka...

    ;DD

    ReplyDelete
  2. bestnye mu dpt wat list cmnie..ak suke bc..huhu
    semoga kite semua berjaya dlm peperiksaan akhir n say good bye to UDM dgn gahnye..membawa KEJAYAAN n BERJUTA KENANGAN..
    semoga kamoO berdua berbahagia selamanya..=)

    ReplyDelete
  3. tiha-- baik.aku akan usahakan lagi list2 lagi lepas nie yang lebih kaw dan best.huhu.tungguuuuu.sang merah pun amat berbesar hati dgn segala jasa yang telah dicurahkan.huhu
    mmg harap berkekalan hingga ke alam syurga
    jaa--thank you2.yup.semoga seme berjaya dalam semua kertas terutamanya pas.huhu.nampaknya ramai suka membaca list2 aku buat.amat menghargai dan berbesar hati serta bersemangat untuk buat lagi di masa akan datang

    ReplyDelete
  4. wahh...
    great2..
    ske yg no 1..
    hihi
    (dgn tidak malunye)
    I luv U so very much..
    muahhhh

    ReplyDelete
  5. hee,just nk ckap
    romantik jgak pali nie ek?
    ekeke..

    ReplyDelete
  6. aku doakn mg ngn frh smpi ke akhr hyt..amin..
    jeles aku..hahaha
    tp aku nk gtau la..
    TERENGGANU mmg BEST pun..hahaha

    ReplyDelete
  7. Ye la.T'ganu mmg best tpi Kelate paling sangat amat best lagi berganda2 dari T'ganu.hahaha

    ReplyDelete
  8. wahh now i noe pali is a real blogger..hahah
    memey bjok ah pali, sdey pulok ak bc ni..huhu
    -tq sooo vry much 2 sang mrah 2 bring me back home.... =)
    -semoga mu ngan kiah berkekalan ke akhr hyt+syurga.. =)
    (nikoh nati pggl eh, x pggl gak memey sj ah mu) hehe

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. pali..
    ksayuan melanda hati ini lg..
    m'bc snrai2 mu,huhu..

    tme kseh bt sang merah=)

    ps:** ak pn ske kepok ganu=)

    ReplyDelete
  12. terima kaseh kepada semua yang menghargai sang merah..semoga sang merah akan setia meberikan jasa sebelum mengalami kerosakan.huhu

    ReplyDelete
  13. tq to sang merah jua...
    kerana berjaya menempuh pelbagai rintangan utk hantar aku balik rumah kt kelate...hehe..
    jgn lupa bwk dinda farah dtg rumah aku nanti...huhu...

    semoga mg bahagia bersama rumate aku yg manje tu...hihi...
    pastikan die makan makanan yang seimbang dan tido yg cukup...hahaha...

    lastly,tq to mg n farah pasal upu 2..jasa kalian xkn aku lupekan... =)

    ReplyDelete
  14. windu plop sang merah..huhu...
    klu g umah anis 2 kne la siggah rumah aku dulu, baru btoi..
    hee...smoga kekal setia hgga akhir hayat.

    ReplyDelete
  15. anis - same2..semoga doa mu tue termakbul hendaknya.amin.bleh2 nanti aku bwk dia ke kb

    day - beres2.nanti aku singgah umah mu

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share