Wednesday, April 29, 2009

Dua Dunia satu arah


Dua dunia

Satu matlamat

Dunia yang kekal

Dunia yang pinjaman

Satu arah,satu tujuan

Kepada Allah kita mencari keredhaan

Dua Dunia

Satu janji kan kebahagian

Dua janji kan keharmonian

Dunia yang dipenuhi buku

Dunia yang dibayangi wang

Hanya iman dapat melindungi

Daripada hasutan nafsu dan syaitan

Syaitan yang berselindung disebalik hati

Hati yang tidak mampu dilihat

Tidak mampu didengari

Melainkan dengan zikir dan tasbih

Satu arah

Arah mana yang dituju

Arah ke barat ?

Atau ke timur?

Mahupun ke Utara?

Mengapa tidak ke Selatan ?

Yang pasti arah yang tidak pasti

Namun arah itu perlu diambil

Kerana masa amat singkat

Keputusan perlu dibuat

Tekad dan yakin

Arah di ambil janjikan kepuasan

Untuk masa silam

Dan masa depan yang cerah

Hidup ini penuh dengan kesilapan dan penyesalan

Tanpa nya hidup tawar

Kita semua perlukan kepahitan untuk merasakan kemanisan

Kesedihan membuatkan kegembiraan lebih bermakna

Kegagalan membuatkan kejayaan lebih dihargai

Kata-kata seorang pujangga yang pemalas

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share