Saturday, April 4, 2009

Hari Yang Indah



Suatu hari aku terbaca blog saiful islam yang bertajuk berdakwah melalui blog.Ya.Berdakwah melalui blog.Disebabkan kepesatan dunia hari ini dengan kecanggihan internet dan sebagainya, blog merupakan satu medium baru dalam menyampaikan maklumat dan bertukar-tukar pendapat.Raja Petra, penulis blog terkenal yang penuh kontrovesi jika kerajaan tidak memandang berat pngaruh blog, pastinya beliau tidak dikurung dibawah akta ISA.Jadi, memang wajar kita sebagai umat Islam mengambil langkah menjadikan blog sebagai tempat berdakwah sesama kita dan kepada orang lain yang mencari sinar dalam agama Islam yang suci ini.


Bersedih hati tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada manusia malahan ianya akan mendatang mudarat dan oleh yang demikian bersedih hati yang teramat sangat amatlah dilarang dalam agama.Bersedih hati hanyalah memadamkan semangat,melemahkan azam dan membekukan jiwa.Kesedihan itu tidak ubah seperti penyakit demam yang membuatkan badan menjadi lemah dan tidak bermaya.Kesedihan adalam kawan rapat kepada kecemasan dan kedua-dua perkara ini hanya akan melemahkan semangat dan kehendak untuk melakukan kebaikan.Kesedihan boleh membuat hidup menjadi keruh.Ia tidak ubah seperti racun yang berbisa bagi jiwa yang boleh menyebabkan badan lemah semangat,lemah ghairah dan kacau dalam menghadapi hidup.Namun demikian, kesedihan tidak dapat dielakkan oleh setiap manusia namun tahap kesedihan itu haruslah dijaga dan dikawal agar tidak membuatkan pelbagai perkara negatif muncul.

Kejujuran itu kekasih Allah.Berterus terang itu merupkan sabun pencuci bagi hati.Pengalaman itu bukti dalam hidup.

Berhenti dari kesibukan itu adalah kelengahan dan waktu kosong adalah penuri yang amat jahat.Berkenaan dengan akal anda, sudah tentu merupakan mangsa empuk yang siap-siap dikoyak-koyak dengan ganasnya terkaman kedua-dua hal tadi; kelengahan dan pencuri yang jahat.

Perbuatan yang baik itu merupakan haruman wangi yang bukan sahaja mengembirakan pemakainya iaitu orang yang selalu berbuat baik tetapi sahaja kepada semua orang yang berada disekelilingnya juga.Kebaikan itu sebaik namanya,keramahan itu seramah wajahnya dan keikhlasan itu sesuci rupanya.

1 comment:

  1. Sungguh indah! kesedihan seperti malam yang hening tapi pasti akan hilang di kala pagi diwaktu matahari terbit

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share