Thursday, April 9, 2009

Kelantan Darul Naim

Pasukan Kelantan dikenakan hukuman bermain di Stadium Bukit Jalil pada hari sabtu bertemu Selangor.Amat lah mendukacitakan kerana penyokong Kelantan tidak dapat pergi ke stadium tersebut Sabtu ini begitu juga dengan aku.Ini semua gara-gara insiden rusuhan Selasa lepas dimana penyokong Kelantan membakar trak polis dan merosakkan kenderaan awam.Ish..memang menakutkan jika difikirkan insiden sebegini wujud di Malaysia kerana sebelum ini insiden rusuhan bola sepak hanya dapat dikaitkan dengan penyokong England ataupun di Amerika Selatan seperti Argentina.Diharapkan semoga penyokong Kelantan dapat bersabar di masa akan datang demi kebaikan sukan bola sepak Kelantan.
Namun satu sudut positif yang dapat dilihat dari insiden ini ialah betapa kuatnya semangat cintakan bola sepak hingga membuak-buak dikalangan rakyat tempatan.Kebanyakan orang mengatakan yang bola sepak sudah lemah dan tidak mendapat sokongan rakyat tempatan namun daripada insiden ini dapat dilihat yang rakyat tempatan masih lagi memberikan sokongan yang padu kepada pasukan negeri masing-masing.Walaubagaimana pun, para penyokong harus lah bersikap rasional dan bersemangat kesukanan dalam menyokong pasukan masing-masing dan tidak terbawa-bawa dengan kemarahan.

p/s..sangat-sangat dukacita sebab sudah lama tidak menulis di sini disebabkan ada masalah teknikal kepada laptop.tapi akan berusaha agar dapat menulis dengan lebih kerap di masa hadapan.Sangat-sangat dukacita juga sebab tidak berpeluang melihat perlawanan bola sabtu ini.
Akhirnya perjalanan di UDM semakin menghampiri ke penghujung.Aku berjanji akan menulis sedikit sebanyak kenangan-kenangan sepanjang di UDM sempena menyahut laungan kawan-kawan yang lain(kawan-kawan yang lain asyik tulis tentang kenangan di UDM kebelakangan ini)

Antara keratan akhbar mengenai rusuhan di kelantan

5 comments:

  1. ermm..mmg insiden yg amat memalukan..terkejut gop ak biler bc bite tue..huhu xsgka penyokong kelate emosional giler smpi thp tue..dasyat2..
    ish3..!!

    ReplyDelete
  2. orang klntn emo bab bola!
    orang kklntn emo bab bola!!
    woh woh

    ReplyDelete
  3. hahahha.hooligans tok hooligan kelantan tetap aku sanjung.

    Bkn emo aa nie..ade citer disebalik seme nie tau.ade seorang budak cedera di mata sbb kene gas pemedih mata yang di tembak oleh anggota polis.tue yang menyebabkan kemarahan melampau tue.

    ReplyDelete
  4. emo or xemo, aku ade soft spot tuk awek kelate..ex-gf aku dr kelate weh..kelate girls sure know how 2 take care their bf inside out...huhhuh...

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share