Sunday, May 24, 2009

Nak Tulis Apa?

Baru balik jumpa member dan mata tak mengantuk lagi.Tak tahu nak buat ape dah.FB pun dah,download cite pun dah.Sekarang ini aku sedang berusaha memuat-turun How i met your mother season 4.Sangat teruja dengan siri ini kerana kelakar dan penuh nilai-nilai persahabatan kerana siri ini mirip kepada FRIENDS yang telah tamat setelah 11 tahun ditayangkan di tv.Jadi untuk menghilangkan rasa bosan di awal pagi ini, aku pun mengagahkan diri menaip di hadapan pc ini untuk blog.

Sejujurnya, aku pun tak tau nak tulis apa padahal sebelum ini banyak benda yang nak ditulis.Aku tak pandai nak tulis cerita yang kelakar dan menghiburkan hati kerana ada sesetengah orang cakap aku ini garang dan sentiasa serius (Betul ek?).Walaubagaimanapun aku suka tulis.Yang menjadi masalah, aku tak pasti tulisan aku ini dapat menarik perhatian orang ataupun tidak.Lantaklah, yang penting aku puas hati dengan apa yang aku tulis dan selagi aku tak menyakitkan hati orang lain , aku dah cukup gembira.Betul tak?Apa lagi yang diinginkan dalam hidup selain kegembiraan dan kebahagiaan.

Baiklah,kita sama-sama kongsi topik yang terhangat di dunia dalam sejak dua menjengak ini.


Yang pertama,sudah pasti, tentang virus H1n1 ataupun lebih dikenali swine flu dan dalam bahasa kasar selsema babi.Setakat ini sudah banyak negara di dunia mengalami virus pendemik ini dan sudah merahut nyawa ramai manusia.negara yang paling banyak terjejas adalah Mexico dan syukur negara kita tidak mengalami nasib yang sama seperti negara yang lain.Sudah pasti semua orang bimbang dan langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan dengan mengawal rakyat yang masuk ke dalam negara kita di lapangan terbang (KLIA) patut dipuji agar virus ini tidak merebak ke dalam negara ini.Dulu SARS,pastue selsema burung dan sekarang virus ini pula.Sememangnya virus sebegini amat ditakuti kerana tidak penawar dan mekanisme nya bergerak secara senyap dan cepat merebak melalui udara.


Yang kedua,konsep satu malaysia dan mainan politik.PM baru kita melancarkan konsep satu malaysia dengan harapan dapat membina masyarakat malaysia yang lebih gemilang harmoni dan seterusnya mengangkat nama negara di persada dunia.Bagi aku, konsep ini hanyalah dilahirkan semula.Sekadar manisfesto politik bagi BN untuk meraih simpati dan sokongan rakyat yang jelas memihak kepada pakatan rakyat dalam pilihanraya yang lepas.Konsep satu malaysia jika diteliti hanyalah satu bayangan kepada konsep rukun negara yang sudah tersedia sejak tahun 70 an lagi.Dan dengan naiknya PM baru maka PM tersebut sudah semestinya mahukan satu identiti ditunjukkan kepada rakyat.Tun Dr M dengan wawasan 2020, Pak Lah dengan Islam Hadhari, dan sekarang konsep satu malaysia.Tidak pelik jika sesetengah rakyat menafsirkan konsep ini seperti konsep yang diperjuangkan oleh DAP iaitu Malaysia for Malaysian.Mainan politik dapat dilihat dengan ketidaktentuan senario di Perak.MB Nizar vs MB Zambry.Dapat dilihat badan kehakiman yang sepatutnya dijulang sebagai badan bebas terheret dalam kancah politik disana dimana pada awalnya Hakim menobatkan MB Nizar sebagai MB yang sah kemudian pada keesokkan harinya MB Zambry pula yang ditabalkan MB.Dan yang terkini, Mahkamah Rayuan menobatkan MB Zambry sebagai MB yang baru.Kadang-kadang kita keliru siapa sebenarnya MB yang sah bagi negeri Perak.Bagi aku, langkah yang terbaik adalah dengan membubarkan sidang DUN.Perbincangan demi perbincangan tidak dapat mencari jalan penyelesaian bagi kemelut ini dan hanya membazir masa dan merugikan rakyat.


Yang ketiga, musim bola sepak Eropah sudah sampai ke kemuncaknya.Liga-liga disana sudah mencapai klimaks dan gergasi Bola Sepak eropah sudah mencapai objektif masing-masing.Perlawanan pada hari Rabu ini (awal pagi Khamis) di antara Barcelona dan Manchester United merupakan perlawanan akhir Piala Juara-juara Eropah.Kedua-dua pasukan merupakan pasukan yang terkenal diseluruh dunia dengan dibarisi ramai pemain-pemain ternama.Barcelona,pasukan yang telah ditabalkan juara liga sepanyol memburu piala eropah yang ketiga dan pasti akan menurunkan pasukan terkuat untuk berhadapan dengan juara bertahan,Man Utd yang juga telah ditabalkan sebagai juara liga England.Perlawanan ini pastinya menghidangkan keseronokan kepada semua peminat-peminat bola sepak.Pada ramalan aku, Barcelona akan memenangi perlawanan ini.Pisang tak akan berbuah dua kali.

Akhirnya dapat juga aku menghabiskan tulisan kali ini.Pada awalnya macam tiada apa yang hendak ditulis, tapi tengok, pada penghujungnya dapat juga menghabis dua tiga perenggan.Aku habiskan tulisan kali ini dengan senarai yang aku rasakan amat berkait dengan kita semua.

10 cara paling berkesan untuk menghilangkan kebosanan di waktu awal pagi.

  1. Melayani facebook
  2. Blogging
  3. Lepak di kedai mamak
  4. Tengok kesemua filem star wars (Episod 1 sampai 6)
  5. Tengok balik kesemua episod How I met your mother
  6. Online shopping di mudah.com
  7. membaca buku - A.Samad Said.
  8. Bersiar-siar disekitar kawasan bandar - tengok siapa lagi yang tidak tidur
  9. SmS dengan kawan yang senasib
  10. Membaca Al Quran dan sembahyang tahajud - yang ini paling afdal

3 comments:

  1. ohooooo...

    cdgn yg baik..

    xstju no 1.. heeeeeeee......

    sokong amat no 10.......

    tmbh laaa..

    bace novel..eheeheee..

    and kol sape2..

    and bermain bearbear..ehehehe..


    ;D

    ReplyDelete
  2. tak suke layan facebook ke.ish2.fb la best..novel takde yang baru.takdop pitis nak beli.huhuhu.permainan apekah itu bearbear? adakah melibatkan beruang yg telah mati atau yang masih hidup?
    adakah beruang koala/beruang panda?huhuh

    ReplyDelete
  3. hoho..fb boleh melekakan..itu fakta di nwspper..hohohoo..

    :D

    ohooo.. bkn novel bru..klu xdop duit..novel lme la..yg best2..oke ape..xbosan klu best..mse bce tu pura2 xthu citenye cane..eheheheee...

    :)

    oh.kesemua tekaan anda slh ttg bearbear itu..hohohooo..

    ia adalah sejenis cara utk hlgkn bosan dan stress..iaitu.. bercerita dan bermain ngn bearbear.(anak-anak patung..)

    eheheehheee..

    guys pn boleh..sile2...

    ;DD

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share