Monday, May 18, 2009

Terima Kasih, Sila Datang Lagi


Aku sungguh gembira dua, tiga hari kebelakangan ini.Kenapa?Sebab yang tersayang datang ke kota bharu bersama geng TESL dia.Akhirnya berjaya jugak dia menjejak kan kaki ke tanah kelahiran yang aku sangat bangga ini.Akhirnya terubat jugak rindu di hati.

Kami dapat meluangkan masa bersama dan walaupun singkat tapi bagi aku sudah lebih dari cukup dan amat bermakna.Rasa sangat gembira kerana dapat menemani nya dan membawa dia bersiar-siar sekitar kawasan Kota Bharu.Namun yang paling bermakna dan agak terkejut, dia dan geng nya telah mengunjungi rumah ku.Walaupun ibu bapa aku tiada di rumah pada masa itu kerana kerja namun aku amat menghargai kedatangan mereka.Mereka betul-betul telah memecah 'tradisi' untuk aku.Diharapkan semoga kalian dapat mengunjungi lagi rumah aku di masa yang akan datang.

Pada hari Sabtu yang lepas, aku telah membawa 'dia' bersama geng nya ke Pengkalan Kubur.Pada awalnya mereka berbelah bagi samada ingin ke Rantau Panjang ataupun ke Pengkalan Kubur namun akhirnya kami memilih untuk ke Pengkalan Kubur kerana tempat tersebut lebih dekat jaraknya berbanding Rantau Panjang.Sudah agak lama jugak aku tidak ke Peng. Kubur.Faham sendiri la kan, dengan keadaan kewangan yang memang tahap kosong ini.hahah.Nasib mereka agak baik kerana sewaktu mereka ke Peng. Kubur (dengan aku dan anis sebagai Pemandu pelancong dan pemandu kereta) orang tidak lah begitu ramai.Memandangkan pertengahan bulan dan bukan cuti sekolah, suasana di sana agak ok walaupun cuaca panas seperti biasa.Aku hanya menuruti mereka membeli belah dan seperti kebiasaan nya , wanita memang lemah dalam bab membeli belah ini.hahahah.Setelah mengangkut dua tiga helai baju dan 'peralatan dapur' (satu cara untuk memikat hati ibu di rumah mereka), kami bertolak pulang ke Kota Bharu dan singgah makan di restoran Yati Ayam Percik.Kemudian kami singgah sebentar di rumah mimi.

Semalam aku turut serta menghantar mereka menaiki keretapi di Wakaf Bharu.Aku pun dah lama tidak menaiki keretapi.Seingat aku kali terakhir adalah semasa berada di Ipoh.Memang pengalaman menaiki Keretapi adalah pengalaman yang menyeronokkan.Betul tak?

Walaupun masing-masing penat tapi aku pasti semuanya gembira dan puas hati dengan lawatan ke kota bharu yang singkat ini.Aku harapkan kalian yang datang baru-baru ini khususnya 'farah' dapat datang lagi dan kali ini aku janji akan membawa kalian ke tempat lain pulak yang menjanjikan seribu satu pengalaman.Dan untuk lawatan yang akan datang,pasti lebih banyak barang yang hendak dibeli kerana Kelantan menawarkan pelbagai jenis barangan yang murah dan pasti tidak dapat dijumpai di tempat lain.

Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih.

Sekali ke Kelantan pasti nak datang lagi,dan lagi dan lagi.


p/s -Musim bola sepak di Eropah sudah mula melabuh kan tirai nya.Beberapa kelab besar sudah pun memenangi liga masing seperti Barcelona (Sepanyol),Manchester United (England), Inter Milan (Itali).Perlawanan yang paling ditunggu oleh semua peminat adalah perlawanan akhir Piala Juara Eropah diantara Manchester United dan Barcelona yang akan berlangsung di Rom pada 27 Mei nanti.Aku akan simpulkan dan membuat senarai mengenai musim bola sepak eropah dalam post yang akan datang.Tungguuuuuu.

p/s- masih mencari kerja dan amat pasti sudah dapat keputusan untuk arah yang hendak dituju pada masa akan datang.Kawan aku menawarkan kerja sebagai penghantar Pizzahut.Patut kah aku ambil?hmmmmm.Boleh makan pizza free ?hahahah.Semoga ketemu lagi.

Song lyrics | 1, 2, 3, 4. lyrics

7 comments:

  1. Jd delivery boy la best.leh merempit di KB

    ReplyDelete
  2. xyah la keje delivery boy..sia sia diploma..meh keje kat skola aku meh
    kiki..
    akhirnye sampai juge cik F***** ke klate..woh woh..habis hilang kedut di wajah palie,seperti kelihatan baru di suntik botox akibat terlalu gembire..hahaha

    ReplyDelete
  3. ini pemuinat gila inter..gila ah

    ReplyDelete
  4. tumpang lalu.... pertama kali singgah... kelantan.. tempat kegemaran ku.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. dinie - hahah..aku dah mcm The Joker dalam Batman tapi tidak psycho killer laa.hahha.

    rohock - mesti..Inter for life.hhuhu

    hanc - Kelantan is the best

    ReplyDelete
  6. huhu..
    sgt berterima kasih
    sgt happy..
    sgt suker..
    luv u these muchhhhhh

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share