Saturday, June 20, 2009

Alahai kucing

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang amat diminati oleh penduduk didalam dunia ini.Keluarga kucing pulak antara species haiwan yang agak dominan dan banyak di seluruh dunia.Kucing 'rumah' digemari oleh ramai orang untuk dijadikan haiwan peliharaan kerana mereka amat jinak dan berbulu cantik.Namun begitu, walaupun kucing peliharaan yang selalu kita lihat dan belai manja dan jinak, naluri pemangsa mereka tidak sama sekali hilang.Cuba baca berita di bawah yang dipetik dari Kosmo.

Posmen diserang kucing ketika hantar suratCLAPHAM

Sebuah keluarga diberi amaran bahawa surat mereka tidak akan dihantar selepas seorang posmen diserang oleh kucing peliharaan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.Pegawai-pegawai Royal Mail iaitu perkhidmatan penghantar surat di Britain menulis surat kepada Ken Ridge dengan mendakwa kucing miliknya, Illy telah menyerang seorang posmen.

Ridge yang tinggal di Clapham, London Selatan dengan anaknya berkata: "Kami tidak berada di rumah ketika kejadian itu berlaku."Namun, kejadian itu kelihatan seperti surat tersebut dimasukkan ke dalam peti surat dan tangan posmen itu dicakar."Menurutnya, Illy merupakan satu-satunya kucing yang dipelihara mereka."Kemudian kami menerima sepucuk surat daripada pejabat penghantar surat yang memberi kami amaran bahawa penghantaran surat mungkin dihentikan," kata Ridge.

Surat itu ditandatangani oleh pengurus pejabat itu, Mayo Sonubi dengan berkata: "Saya menulis surat kepada anda untuk memberitahu bahawa pada 6 Jun lalu, seorang posmen kami diserang oleh seekor haiwan peliharaan anda di premis anda ketika dia menghantar surat." - Agensi

p/s - nie kire kes posmen yang agak penakut nie.kalo anjing ke takpe la jugak nak takut kan?nie kucing je pun.pape pun tak pasal2 je kucing nie jadi femes.jd lepas nie berhati-hati lah apabila bertandang ke rumah orang yang membela kucing ye.

3 comments:

  1. Ko update ko punya entry masa Spain lawan Iraq. Ko tak tgk bola ke? Hehehehe.

    ReplyDelete
  2. grunge - awal skit laa bro.sempat je tgk bola tp takde feel sgt nak tgk sbb spain dah layak n spain mmg sgt2 power

    ReplyDelete
  3. alala..comelnye kucing tuh.

    acteli suke la kucing camtuh..
    rajin and protective over his owner rather than dok tdo malas je..

    hahaha

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share