Wednesday, June 24, 2009

Ambo banggo jadi anok kelate



Pagi nie, semangat aku berkobar-kobar dan dalam keadaan gembira setelah menonton perlawanan bola sepak liga super semalam di Stadium Sultan Muhammad Ke-4 antara Kelantan dan Polis.Perlawanan tersebut berakhir dengan Kelantan berjaya 'membelasah' Polis dengan 4-0.Puas hati semalam dapat bersorak demi pasukan yang diminati.Aku ke stadium seorang diri sahaja kerana kawan-kawan yang lain ada komitmen kerja dan kepenatan.Semalam nasib pun agak baik kerana dapat masuk stadium awal dan berjaya mendapatkan tempat letak kereta yang tidak berapa jauh dari perkarangan stadium.

Aku perhatikan semalam kehadiran penonton tidak seramai minggu lepas mungkin kerana perlawanan ini sudah dijangka kelantan akan menang besar dan mungkin juga kerana ramai orang bimbang hujan akan turun setelah hujan turun pada hari yang sebelumnya.

Kenapa aku suka ke stadium KB?

Atmosfera di stadium lain.Lagi bising,lagi panas, lagi menyentap jiwa.Ceehhh.Tapi memang betul pun.Walaupun di stadium kita terpaksa berasak-asak dengan penonton lain tapi "feel" dapat tengok perlawanan sebenar memang lain dari yang lain.Dengan gelagat penonton kelantan yang sentiasa dahagakan kemenangan dan gol, gelagat penjual air yang membawa bakul sarat dengan bermacam-macam air,gelagat sesetengah penyokong fanatik yang tidak henti-henti bersorak dari awal perlawanan hinggalah ke wisel penamat.Memang satu pengalaman yang amat menarik.

Sejak Stadium KB ini dapat digunakan balik setelah FAM mengugurkan larangan bermain di stadium sultan muhammad ke-4 baru-baru ini, aku telah mengikuti kesemua 4 perlawanan (2 perlawanan persahabatan) dan aku tak tahu mungkin tuah di tempat sendiri ataupun aku yang membawa tuah, Kelantan tidak pernah kalah dan hanya bolos sekali (perlawanan persahabatan menentang perlis).Pada musim ini, Kelantan memang telah berjaya menaikkan kembali semangat gila kan bola sepak dikalangan rakyat Kelantan dan secara amnya seluruh rakyat Malaysia.Diharapkan agar Kelantan akan sentiasa menempa kemenangan dan pada saingan Piala Malaysia nanti, Kelantan akan lebih menyengat.

Gomo Kelate Gomo.

p/s lame dah aku tak buat 'list' kan jadi kali ini aku buat 'list' jugak lah tapi pendek je laa.Akan cuba mencari idea lain nanti.

5 perkara yang aku tak suka tentang stadium kelantan dan boleh diperbaiki untuk keselesaan semua.

  • Sampah -Habis perlawanan, banyak didapati sampah seperti bekas-bekas air dan plastik.Pihak stadium patut menyediakan tong sampah di tempat-tempat strategik
  • Tandas - keadaan tandas di dalam stadium boleh dikatakan sangat tidak memuaskan.Sepatutnya pihak pengurusan stadium membaiki serta menaiktaraf tandas agar lebih selesa dan banyak untuk menampung bilangan penonton yang datang ke stadium
  • Pintu Masuk - Bilangan pintu masuk ke dalam stadium masih tidak dibuka sepenuhnya.Meskipun begitu, keadaan sekarang ini boleh dikatakan memuaskan berbanding dahulu dimana hanya dua pintu sahaja dibuka menyebabkan penonton berasak-asak untuk masuk.Sepatutnya semua pintu masuk dibuka untuk memudahkan penonton masuk ke dalam stadium
  • Tempat letak kereta - Disebabkan lokasi stadium yang berhampiran hospital,wisma PDRM dan medan selera, bilangan tempat letak kereta menjelang perlawanan menjadi kurang dan jika ketiadaan polis trafik akan menyebabkan kesesakan jalan raya kerana penonton hanya akan meletakkan kenderaan masing-masing di bahu jalan.
  • Tiket - Yang ini bab aku paling geram, kakitangan yang mengutip tiket tidak mengoyak pun tiket semasa penonton masuk kedalam stadium sebaliknya mengambil keseluruhan tiket.Kadang-kadang aku mahu juga menyimpan sebahagian dari tiket tersebut sebagai kenangan ataupun sebagai bukti aku menonton bola dan tidak merayau tak tentu hala (hehehe)
Artikel berita berkaitan perlawanan liga super semalam (23 Jun 2009)


3 comments:

  1. tumpey banggo jugok!

    ReplyDelete
  2. hrp2 kelate blh masuk champions league dan lwn team2 mcm barca, milan, livrpool dll...go(mo) kelate go(mo)..

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share