Wednesday, June 17, 2009

Apa saiz mau?Besar ka, kecil ka, sederhana ka?




Sedikit catatan kelakar dan menarik khas untuk kawan-kawan aku (ex-UDM) yang semakin hari semakin cuak melihat laman web UPU.hehehe

Trademark Burger King dan Carl's Junior ialah 'Size does matter'.Ade orang ckp pulak 'size doesn't matter in true love'.Dalam mencari kebendaan dalam dunia ini semua orang mementingkan saiz.Manusia dilabel berjaya jika ada rumah 'saiz besar', ada kereta 'saiz mewah dan besar' dan dalam poket ada duit ber'saiz besar'.Mungkin saiz adalah segala-galanya.Bagi aku saiz tidak penting sangat.Antara lelaki dan perempuan, pihak mana yang lebih mementingkan saiz?Bab ini aku kurang pasti kerana mungkin terletak kepada pandangan individu masing-masing.Aku terjumpa artikel ini dari blog "Ikutsukaaku".Sila baca dan jangan hanya melihat kepada satu aspek,tengok kepada banyak aspek ye.

ROME: Seorang penyelidik Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya.

Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor dirinya. Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita.

Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh.

“Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya.

Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara.

“Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya.

Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik.

“Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” kata pakar itu.

Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik.

“Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah.

“Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni.

Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.

sumber dipetik dari blog www.ikutsukaakuisa.co.cc.


p/s - Harus diingat kajian diatas tidak menyeluruh.Masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk menyokong tafsiran-tafsiran yang telah dibuat itu.macam-macam mat saleh nie kaji.Aku tak pasti tapi rasenya kajian yang melibatkan saiz untuk kaum lelaki juga ada.Sila mencari dalam internet dan sama-sama kita berkongsi.

Sebagai contoh, sila lihat ketam dibawah, dia memang mementingkan saiz kerana jika pengepit dia kecik je pasti dia akan kalah kepada ketam-ketam yang lain.Fikir-fikirkan lah.

10 comments:

  1. Wakakakaka. Sungguh 18SX entry ko ni. Wakakakaka. Guling-guling aku membaca.

    ReplyDelete
  2. bang.. camna ngn saiz payudara gua?

    ReplyDelete
  3. gilo li... payudara... besar.. tembikai.. oren...cerii

    ReplyDelete
  4. uish! nk try praktikkn dlu la. nk tau gak teori ni tol ke x. }=)

    ReplyDelete
  5. grunge - 18 sx sgt ke bro?bro leh try buat kajian gak nie.br dpt info lebih.hahah

    maimunah 312 - nie yeng ko roy?payudara lelaki takde org buat lagi kajian tuh.

    ReplyDelete
  6. roy - kajian nie bleh di 'forward' kpd yourhaters nie.seme buah lah ada

    a d'z - praktik laa.dah terbukti tue hebah2kan

    ReplyDelete
  7. kna paksa komen :-)Jun 18, 2009, 8:19:00 PM

    mmg entry yg sgt menggempakkan pmbaca nyee..
    huhuhuhu..

    ReplyDelete
  8. tieha - hahaha.auta ke.takpe buat lagi byk kajian lagi br tau fakta atau auta.hehe

    kene paksa komen - memang gempak.takpe lepas nie cari yg lagi gempak.hehehe

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share