Friday, June 12, 2009

Banyaknya duit dalam bola sepak

Ye, memang bola sepak sekarang satu bisnes yang amat menguntungkan.Jika tidak benar, mengapa Perez(Presiden Real Madrid) telah menyambar dua pemain terbaik dunia iaitu Kaka dan Ronaldo untuk harga yang memecah rekod dunia.Kaka dibeli dengan harga 67.2 juta Euro dan bagi Ronaldo pula, dilaporkan sebanyak 94 juta Euro telah diterima oleh Manchester United.Bayangkan betapa besar jumlah pemain terbabit dan hanya untuk 2 orang sahaja!Itu tidak termasuk lagi gaji yang akan dibayar oleh Real Madrid.
Namun adakah berbaloi segala usaha ini?Real Madrid mempunyai sejarah menghimpunkan pemain-pemain bernama besar seperti Zidane, Figo, beckham, Ronaldo (Brazil).Dan tatkala mereka melihat musuh ketat (Barcelona) menjulang tiga piala musim lepas dengan corak pemainan yang menarik dan memukau, mereka telah mengambil tindakan drastik dengan membeli Kaka dan Cristiano Ronaldo.Dua pemain ini diakui merupakan bekas pemain terbaik dunia dan merupakan aset penting bagi kelab masing-masing dan liga masing-masing sebelum ini.

Kaka yang bermain untuk AC Milan sebelum ini merupakan perancang yang lincah dan penghibur kepada Liga itali.Beliau telah membantu Milan menjuarai 2 trofi Champions League ketika bersama Ancelotti.Namun akhir musim lepas dimana Ancelotti telah berpindah ke Chelsea, Kaka mula diragui kesetiaan nya terhadap Milan.Kaka pasti tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri di Madrid kerana corak permainan liga sepanyol amat sesuai untuk pemain dari Amerika Selatan.
Cristiano Ronaldo pula adalah pemain terbaik dunia tahun lepas setelah membantu Man Utd memenangi Champions League di Moscow .Tahun ini prestasi beliau tidak sehebat musim lepas namun masih cukup untuk membantu Man Utd mengekalkan trofi Liga dan masuk ke perlawanan akhir Champion League namun kalah kepada Barcelona.Cristiano bermain di sayap kanan dan boleh juga bertindak sebagai penyerang seperti yang ditunjukkan di Old Trafford.Dikatakan pemain yang serba lengkap kerana dapat menghasilkan gol dari sepakan percuma dan tendangan jarak jauh dan seperti ditunjukkan musim lepas, beliau juga dapat menanduk bola dengan baik.CR7 sudah lama menyuarakan hasrat untuk berpindah ke Real Madrid untuk menaikkan lagi nama beliau sebagai pemain terbaik dunia namun Alex Ferguson berjaya memujuk nya untuk kekal di Old Trafford musim lepas.
Walaubagaimanapun, musim ini , CR7 telah menyuarakan kembali keiniginannya untuk ke Sepanyol.Beliau kritik taktik Ferguson di perlawanan akhir menentang Barcelona dan melepaskan kemarahan apabila di ganti dalam perlawanan menentang Man City.Ferguson walaupun kecewa dengan pemergian CR7 namun pasti dapat mencari pengganti nya.Karim Benzema (Lyon) dan Ribery (Bayern Munich ) disebut-sebutkan akan dipancing oleh Man Utd.


Kaka dan Ronaldo bukan sahaja diharap dapat membantu Real menumpaskan Barca di Sepanyol dan Eropah tapi juga diharap dapat membawa keuntungan dari segi pengiklanan dan sokongan peminat seluruh dunia .Kaka dan Ronaldo memang dilihat mempunyai peminat yang besar dan pastinya Liga Itali dan England akan merasai permergian kedua-dua pemain ini.

3 comments:

  1. lie... tadi surat tawaran real madrid sapa ko aku.. terkesima aku.. yuran prpindahan rm15 termasuk tiket bas sp bumi.. camne ekk, nk terima x ni?

    ReplyDelete
  2. amek yeng.bilo lagi.mu mmg penyerang sejati.penyerang harapan TESL lagi.mu la satu2 pemain berjaya menjaring kan gol utk TESL.hahaha.tetapi disebabkan 'kejadian'itu....

    ReplyDelete
  3. kawe diterimo masuk liga bawah 15 , zon pkg bukit besi

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share