Thursday, June 18, 2009

Bintang-bintang berkelipan di atas muka.


Bahasa melambangkan bangsa.Dunia sekarang semakin hari semakin kecil.Tidak mustahil untuk kita pergi ke Paris pada pukul 7 pagi dan balik semula untuk makan malam di rumah.Dalam kehidupan seharian kita banyak menggunakan bahasa.Samada bahasa lisan mahupun bahasa gerak badan asalkan maksud yang ingin kita sampaikan dapat disampaikan dengan jelas dan penerima faham dengan maksud kita.Kita rakyat Malaysia banyak menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam seharian dan pasti kita seringkali berdepan dengan situasi di mana maksud yang ingin kita sampaikan menggunakan bahasa tidak dapat difahami dengan jelas oleh penerima menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati mana-mana pihak.Sebagai contoh, lihat artikel dibawah yang dipetik dari sumber Kosmo,


Remaja saman pelukis tatu


COURTRAI - Seorang remaja perempuan menyaman seorang pelukis tatu sebanyak £10,000 (RM57,577) selepas dia melukis 56 tatu bintang di mukanya berbanding tiga bintang seperti yang diminta, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja itu, Kimberley Vlaminck, 18, yang berasal dari Courtrai, Belgium membayar £55 (RM316) untuk lukisan itu.Bagi 'memadamkan' lukisan tatu 56 bintang di mukanya itu, Kimberley terpaksa membelanjakan wang sebanyak £8,500 (RM48,891).Kimberley mendakwa pelukis tatu itu, Rouslan Toumaniantz salah faham dengan penggunaan bahasa Perancis dan Inggeris yang dituturkannya.

Remaja itu mendakwa ketika pelukis tatu terbabit sedang melukis, dia tertidur dan hanya sedar selepas lukisan yang 'mencacatkan' mukanya itu siap."Ia sesuatu yang dahsyat bagi saya. Saya tidak dapat berjalan di luar rumah kerana saya berasa terlalu malu. Muka saya kelihatan hodoh."Saya fikir pelukis itu tidak faham kemahuan saya. Dia tidak fasih berbahasa Inggeris dan Perancis," ujarnya. - Agensi

Memang sungguh memalukan, hasrat gadis tersebut pada awal nya nak dapatkan tatu agar dapat menjadi lebih 'ganas' ataupun lebih moden dari kawan-kawan yang lain namun disebabkan tidak dapat menguasai bahasa dengan betul, mukanya dapat macam harimau bintang.Menggerunkan pun ada.Lawak pun ada sikit-sikit.Entahla, apa nak jadi dengan pelukis tatu tersebut pun aku tak tau,dah berbintang-bintang muka gadis tersebut.Kalo ada kat Malaysia gadis ini mesti orang cakap orang kuat bintang tiga.Tengok dua kali imbas foto diatas macam 'mutant' dalam cerita X-Men.

2 comments:

  1. Aku tertarik dengan ayat, pergi ke Paris waktu tengahhari, malam di rumah dinner. Aku pernah terfikirkan perkara ni dengan kawan-kawan masa study dulu. Masing2 punyai private jet dan buat appointment breakfast di UK. Jauh benar angan-angan kami tu.

    ReplyDelete
  2. grunge - hahaha.tue la kan seme berimpikan benda mcm tue.kalo ade doraemon mesti best.ade pintu suka hati.muncul dimana saja

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share