Saturday, June 13, 2009

Jahil punya orang

Memang jahil la orang atas muka bumi ini.Dah la pendatang kat negara ini pastu ada hati pulak nak buat jahat.Tapi malangnya nak buat jahat tak buat kajian dulu.Artikel di bawah dipetik dari sumber berita KOSMO.Memang malang la nasib dua pendatang Nepal yang nak curi duit dari ATM.Apa diorang ingat nak curi duit dalam ATM tue senang-senang ke?Kalo setakat guna besi dan pengupil aku pun dah lama amek duit dalam tue.

Sian kat diorang, tak dapat ATM dapat dari restoran pun jadilah kan?Sekurang-kurangnya dapat gak duit lepas lelah membukak ATM tue.kahkah.Boleh la kot diorang bayar tiket AirAsia balik ke Nepal lepas nie.

KUALA LUMPUR - Kejahilan dua pengawal keselamatan warga Nepal mengenai kecanggihan sistem keselamatan mesin pengeluar wang automatik (ATM) menghampakan niat mereka melarikan wang berjumlah RM320,000 dari sebuah mesin ATM di Pertama Kompleks Jalan Tunku Abdul Rahman di sini semalam.

Kedua-dua suspek yang bertugas syif malam bermula pada pukul 8 malam di sebuah premis perniagaan di situ dikatakan telah cuba mengumpil mesin tersebut menggunakan empat peralatan iaitu tukul, batang besi, pengumpil dan ragum.

Bagaimanapun, usaha mereka gagal kerana mesin ATM milik sebuah bank itu tidak mudah dipecah.

Enggan berputih mata, kedua-dua suspek itu kemudian menceroboh pula sebuah restoran yang terletak bersebelahan dengan mesin ATM tersebut.

Di restoran itu, kedua-dua suspek telah memecahkan peti simpanan dan melarikan wang berjumlah RM1,500.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohammad Sabtu Osman berkata, cubaan memecah mesin ATM itu disedari oleh dua pengawal keselamatan lain juga warga Nepal yang mahu memulakan syif pagi pada pukul 8 pagi.

"Semasa memulakan kerja mereka nampak ada percubaan memecahkan mesin ATM tersebut," kata beliau.

Menurut beliau, polis yang menyiasat kejadian itu mengesahkan terdapat cubaan menyamun wang dalam mesin ATM itu tetapi gagal.

"Kira-kira dua jam meninggalkan premis itu, kami menerima panggilan dari restoran yang memaklumkan peti besi restoran itu telah diumpil," kata beliau.

Kata beliau, polis yang menyiasat kedua-dua kejadian itu percaya suspek sama terlibat dalam kedua-dua kejadian tersebut.

Muhammad Sabtu memberitahu, pihaknya turut menjumpai beberapa peralatan memecah kedai yang ditinggalkan di restoran tersebut.

"Kita sedang mencari dua pengawal keselamatan itu yang telah menghilangkan diri," katanya.

3 comments:

  1. owh mmg bengong..!huhu
    macam2 la zaman loni..ishishish.!
    macamana lak dengan isu kerajaan perpaduan erk?
    topic yang agak menarik utk dibincangkan..
    hehehe..

    ReplyDelete
  2. hahah.betul jugak tue.hmm.leh diutarakan nie.

    ReplyDelete
  3. eem baik bedil air kat popdin.. hahaha

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share