Tuesday, June 9, 2009

Menikmati Nikmat kurniaan Allah


Nikmat.Nikmat boleh membawa berbagai makna.Ada orang beranggapan nikmat adalah rezeki yang kita perolehi.Nikmat juga boleh menggambarkan kepuasan.Terdapat banyak nikmat di atas muka bumi ini dan Allah juga menjanjikan nikmat yang paling utama di akhirat nanti iaitu bertemu Allah dan masuk syurga.Nikmat yang tidak terkira adalah nikmat iman dan islam.Nikmat ini menjanjikan kehidupan yang kekal bahagia di akhirat nanti.

Manusia sering kali salahguna kan nikmat yang dia ada.Manusia mukmin redha dan syukur menggunakan nikmat yang diperolehi.Anggota badan kita adalah nikmat.pancaindera kita adalah nikmat.Hidup ini sendiri adalah nikmat.Bagi mereka yang tidak menghargai nikmat yang mereka ada, nescaya Allah akan menarik balik nikmat tersebut dan apabila ini berlaku barulah mereka sedar dan menyesal kerana tidak menggunakan nikmat yang ada dengan baik dan bersyukur atas nikmat yang ada.

Aku lepak dengan beberapa kawan sekolah aku baru-baru ini sempena cuti pertabalan DYMM Dipertuan Agung.Kami borak tentang banyak perkara namun yang paling menarik perhatian aku adalah tentang kelebihan orang atau lebih sesuai dikatakan nikmat yang orang lain ada dan kita tak ada.

Ada kawan-kawan aku sekarang ini menjadi doktor. Kami selalu berbual mengenai gaji yang diorang dapat.Kita sedia maklum gaji seorang doktor.Nikmat sungguh mereka.Tiap-tiap bulan dapat beli apa jua yang diingini. Ada kereta besar.Makan tempat-tempat mewah.Pakaian berjenama.Perkerjaan pula disegani ramai.Memang sungguh nikmat menjadi seorang doktor.Dan aku sebagai kawan berasa nikmat juga kerana dapat menumpang nikmat yang mereka dapat.

Ada kawan-kawan aku pula berkerja sebagai jurutera.Nikmat yang mereka dapat juga amat baik.Gaji besar, elaun pun besar jugak. Dapat menginap hotel besar.Bertemu orang berpangkat besar.Kereta pun mewah jugak.Tiap-tiap bulan dapat membeli belah di pasar raya besar di KL.Memang sungguh nikmat.Aku tabik kat semua kawan-kawan aku.Mereka semua berkerja keras untuk menikmati nikmat yang mereka perolehi sekarang ini.

Namun , disebalik nikmat-nikmat yang mereka perolehi, ada juga nikmat yang mereka tak dapat penuhi.Dan rata-rata kawan-kawan yang aku jumpai rela tukar nikmat yang mereka ada untuk nikmat yang mereka tidak dapat rasai.Sebagai contoh, nikmat hidup di Kelantan.Kawan aku, berkerja di KL, pagi-pagi hidupkan kereta dan parking dekat stesen LRT, amik LRT dan pergi kerja.Kereta hanya sekadar untuk bawa mereka ke stesen LRT.Kereta hanya digunakkan pada waktu hujung minggu.Di KL pula, selalu je kesesakan lalu lintas.Harga makanan mahal, terpaksa pula menetap di rumah yang sesak dengan ahli rumah yang lain sebab rumah kat sana mahal.Di Kelantan, semua best, tiada kesesakan,makanan murah, rumah murah(banglo 4 bilik dengan 3 bilik air hanya berharga 700,siap ada dapur,ruang tamu, kawasan umah luas.Di KL, rumah pangsa 3 bilik satu bilik air dekat 900).Memang sungguh nikmat jika berkerja di Kelantan kata kawan-kawan aku.

Jadi apa yang boleh aku simpulkan, nikmat yang Allah bagi tidak terbatas.Ada orang kekurangan anggota badan tapi Allah bagi nikmat keluarga yang baik,otak yang bijak.Ada orang yang cukup anggota badan namun nikmat sihat tidak dapat dirasai pula.Allah maha Adil.Setiap nikmat yang dikurniakan adalah setimpal dengan iman,amal dan taqwa setiap hamba-Nya.Kita semua sebagai hamba Allah perlu sentiasa bersyukur dan menggunakan nikmat yang ada dengan sebaik mungkin dalam mencari keredhaan Allah.

Disini aku senaraikan nikmat-nikmat yang amat aku syukuri.

Nikmat Makan – Ada orang ada duit tapi tidak dapat makan banyak kerana berpenyakit.Ada orang pulak walaupun miskin tapi dia tetap dapat makan dan merasa puas dengan makanan yang dia makan.Ada orang dapat makanan yang banyak tapi membazir.Aku syukur sebab aku masih dapat makan makanan yang ada dan walaupun aku tidak selalu dapat makan makanan mewah namun sekurang-kurangnya aku masih dapat makan.

Nikmat tidur – Ada orang hanya dapat tidur 2 jam sehari.Selebihnya pula terpaksa berkerja.Aku syukur sebab tiap-tiap hari aku dapat tidur yang cukup dan kadang-kadang terlebih tidur pun ada.

Nikmat masa lapang – Ada orang tiada masa lapang untuk diri sendiri disebabkan kerja.Aku ada banyak masa lapang dan akan guna sepenuhnya sebelum nikmat ini tiada lagi.

Nikmat hidup

Nikmat gembira

Nikmat berada di KB,Kelantan

Nikmat ada keluarga

Nikmat ada kawan-kawan

Nikmat sayang dan menyayangi

Nikmat tubuh badan sihat

Nikmat Islam

Nikmat dapat belajar

Aku rasa setakat itu saja yang dapat aku tulis.Sepatutnya banyak lagi nikmat yang ada.Dan jika aku hendak menulis semua nikmat yang Allah kurniakan, rasanya tidak cukup air laut didunia ini digunakan sebagai dakwat untuk menulisnya.Syukur dan redha.

Dunia ini adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam didalamnya, oleh kerana itu sediakanlah perahu untuk berlayar diatasnya, perahu tersebut ialah taqwa kepada Allah SWT.
(Lukman Al Hakim)

5 comments:

  1. betul3
    manusia xkn dpt sume yg manusia inginkan
    n bsyukur lah ngn ape yg ade krn mnusia xtau bila sume tu akn dtarik blik
    (tpesona dgn susunan ayat yg begitu mnarik phatian)
    trime ksih =)

    ReplyDelete
  2. roy - alhamdullilah

    izzah - terima kasih jugak.sama menjadi manusia yang lebih baik

    ReplyDelete
  3. bersyukur lie.. walaupun isap saaat...hehehe

    ReplyDelete
  4. hahaha.mujur saat, kalo kacip sgt jgn hisap surat khabar lamo sudoh.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share