Thursday, June 4, 2009

Runtuh lah sudah sebuah kisah dongeng rakyat jelata yang hanya dapat melihat dan berkelip mata

Minggu ini Malaysia digemparkan dengan dua kejadian.Yang pertama Stadium Sultan Mizan di Gond Badak , Kuala Terengganu dan kedua adalah mengenai Manohara yang dilaporkan lari daripada putera ketiga kelantan.

Yang pertama.bumbung Stadium Sultan Mizan yang dilaporkan bernilai hampir 200 juta runtuh pada pukul 9 pagi dua hari yang lepas.Stadium ini baru disiapkan pada tahun lepas demi untuk Sukma yang berlangsung di Terengganu.Aadalah amat malang sekali stadium yang baru dibuat, yang menelan belanja yang amat besar dan sekarang sudah runtuh.Media melaporkan kos untuk membaiki balik stadium ini amat lah besar.Tetapi sekarang , semua pihak bertindak mencari apakah punca sebenar runtuhnya bumbung ini.Pastinya YM Sultan Mizan amat marah dengan kejadian ini kerana baginda sebagai raja dan sekarang YDP Agung Negara malu kejadian sebegini berlaku di dalam negeri baginda.Satu kajian yang menyeluruh perlu diambil dalam menyiasat punca sebenar kejadian ini.Sudah semestinya faktor kelalaian manusia semasa pembinaan tidak boleh ditolak.Pembinaan stadium ini pada pandangan aku dilakukan dalam tempoh yang cepat dan merupakan impian MB lama iaitu Idris Jusoh.pasti sekarang beliau tidak senang duduk kerana pasti ada pihak ingin menggunakan kesempatan ini untuk memburukkan lagi namanya.

Kerugian daripada kejadian ini bukan saja kepada stadium itu sendiri tapi melibatkan ramai pihak lain.Pasukan bola sepak Terengganu terpaksa bermain di Stadium Sultan Ismail di bandar yang memiliki kapasiti tempat duduk yang lebih kecil,pihak penganjur Karnival Sukan antara staff IPT yang dijadual menggunakan stadium tersebut sebagai gelanggang utama terpaksa mencari alternatif lain dan juga pengusaha boling yang ada didalam stadium tersebut juga terpaksa menutup gelanggang boling sementara pemeriksaan dan kajian dilakukan.Sudah semestinya ramai pihak tidak berpuas hati.Pemeriksaan dan kajian terhadap struktur stadium tertutup yang terletak bersebelahan dengan stadium utama ini juga patut dijalankan memandangkan ianya disiapkan dalam tempoh yang sama dan tidak mustahil dibina menggunakan kontraktor yang sama.

Kejadian sebegini betul-betul menguji pihak pentadbiran kerajaan yang baru dalam menangani masalah politik di Terengganu.Secara tidak langsung kita dapat melihat bagaimana menteri-menteri kabinet yang baru dilantik oleh Dato Seri Najib berkerja.Tapi adalah diharapkan agar semua pihak berkerjasama dalam menyelesaikan masalah ini dan tidak hanya meletakkan kesalahan kepada orang lain.Syukur semasa runtuhnya bumbung stadium tersebut, tiada orang berkerja berdekatan.


Yang kedua.Manohara,model dari Indonesia yang berusia awal 20-an lari kepangkuan keluarganya semasa berada di Singapura.Dia merupakan isteri kepada Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra dan baru berusia 17 tahun.Dia dilaporkan lari dengan bantuan polis singapura semasa berada disana setelah melawat YM Sultan Kelantan yang mendapat rawatan kerana sakit jantung.Pihak istana kelantan tidak mahu memberi komen yang mendalam mengenai hal ini dan hanya mengatakan urusan antara Manohara dan Putera Kelantan itu adalah urusan peribadi.

Manohara mendakwa dia terpaksa lari kerana tidak tahan didera secara fizikal, seksual dan mental.Dia mengatakan dia terpaksa berpura-pura semasa menghadiri sebarang keraian kerabat diraja, dikuraung didalam istana dan dicederakan oleh suaminya sendiri.Tengku Fakhry pula hanya menjawab yang dia rela menceraikan Manohara jika itu adalah yang terbaik untuk nya.Dan dia mencabar Manohara mendapatkan pemeriksaan kesihatan bagi menyokong dakwaan-dakwaan yang telah dibuat.

Nampak kisah si gadis yang bertemu sang putera tidaklah seindah seperti yang disangka.Kita tidak tahu betul ataupun tidak dakwaan-dakwaan yang dinyatakan tapi sudah pasti kejadian ini sedikit sebanyak mencemarkan imej institusi Diraja negara ini dan Kelantan khususnya.Hubungan antara Indonesia dan Malaysia juga mungkin terjejas disebabkan ini.Namun disebabkan kes ini adalah melibatkan kaum kerabat diraja,Media malaysia lebih cenderung untuk tidak membuat liputan secara mendalam berbanding media indonesia.Betul la bak kata pepatah 'indah khabar dari rupa'.Walaupun datang dari kerabat diraja, mereka tidak terlepas dari menghadapi masalah rumah tangga sebegini.

Aku merasakan malu sebagai rakyat kelantan kerana kejadian ini melibatkan pemerintah negeri yang aku cintai ini.YM Sultan masih lagi sakit dan sekarang Tengku Faris menjadi pemangku raja.Tengku Faris juga berkahwin dengan kerabat dari negara jiran, Siam.Adiknya pula dengan model dari Indonesia.Adakah tidak cukup bagus rakyat negara ini?Sebegitu ramai penduduk Malaysia, rakyat asing juga yang dipilihnya.


p/s..Tengok Manohara.Umur 17 tahun tapi personaliti dan gaya tidak seperti umur macam tue.Harap-harap satu penyelesaian dapat dicapai dalam masa terdekat. Bila tengok balik gambar stadium diatas teringat kenangan bermain boling pada waktu pagi disana dengan kawan-kawan dan masih teringat lagi sewaktu aku pergi upacara perasmian stadium tersebut pada tahun lepas.Nasib aku sungguh baik pada waktu itu kerana selepas aku keluar awal dari stadium tersebut untuk makan, hujan turun dengan lebat pada malam tersebut.Kalau tidak pasti basah kuyup dalam stadium baru.Ironi nya pada masa bumbung stadium tersebut runtuh, FAM membenarkan balik Kelantan menggunakan Stadium Sultan Muhammad ke4 untuk perlawanan bola sepak.Sangat-sangat gembira dengan berita ini.Terima Kasih FAM.Memang ironi kan.Kebetulan?hmmm

9 comments:

  1. oh.. mmg deep penjelasan smua.. mmg plik kn..??? tpi.. i believe dat semua yg berlaku ade hikmahnye.. hurm..

    isu manohara lak.. hurmm.. tgk.. kawen ank raja pn konflik! haish! payah tul...

    *lebih rela menyendiri buaat ketika ini...*

    ;)

    palie.. rindu sang merah...

    hohooo..

    ReplyDelete
  2. lie... runtuhnye stadium.. x dok r tempat boling.. aku duk tgannu ni.. duk kacip sni...

    ReplyDelete
  3. tihaa- tue psl.kwn anak raja pun tak bahagia.baik kahwin ngan orang biase2 je.rindu sang merah ke.sang merah tak bergerak sangat skang nie.

    ReplyDelete
  4. yeng..tue aaa.tokleh la buat strike.takleh aa nak jd partner pulok.kacip sokmo natam nie,mano projek ikan?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. waah2 mulut
    well
    xkesah
    mmg ade sebahagian kcil org laki klantn mcm tu mulut mereka
    bangga ke dgn stetmen tu? =)
    hate to talk about politics in trg with others
    korg xrase hidup kt cni n u can say watever u want =)

    ReplyDelete
  7. izzah - ye la.btl.hanya org t'ganu phm dgn situasi disana.Org luar ckp n leh bg pandangan berdasarkan apa yng dilihat,dibaca dan dgr je.org kelate tetap org kelate.nak buat mcm mane dah.
    tetap bangga jd anak kelate.

    ReplyDelete
  8. hikhik
    trime kash krn jwpn itu sgt bhemah
    =)

    ReplyDelete
  9. org biasa pun ssh! jeng!!!


    eh...

    oh! sang merah tdk bergerak..??

    kenapakah..??

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share