Saturday, June 6, 2009

Sangat-sangat mintak maaf

Pertama kali aku harus meminta maaf kerana sudah dua tiga post tidak menulis menggunakan bahasa inggeris.Agak malas untuk menyusun ayat tetapi berjanji akan menggunakan nya pada post yang akan datang dalam usaha untuk mengekalkan bahasa inggeris yang semakin hari semakin menyusut disebabkan ketiadaan bahan untuk otak ini berpusing.

Sekarang ini musim cuti sekolah dan bersama cuti ini datang juga lah musim kenduri kendara.Hujung minggu ini sahaja banyak rumah yang perlu pergi untuk kenduri dan aku sendiri terpaksa dan rela hati mengunjungi rumah kawan-kawan yang menaiki pelamin.Aaku perhatikan disebabkan umur aku dah bertambah, aku tidak boleh lagi pergi makan sahaja di tempat kenduri tersebut.Jadi untuk majlis perkahwinan kawan-kawan aku, aku terpaksa menyumbangkan sedikit hadiah ataupun buah hati.Hendak bagi duit macam segan pulak dan takut dia takkan terima sebab kawan sendiri jadi aku dan beberapa kawan yang lain kena la beli hadiah seperti peralatan dapur.Macam best jugak dapat hadiah macam tue kan, lepas kahwin,dah masuk rumah dah cukup lengkap peralatan kat dapur, periuk, mangkuk, pinggan, kuali.Hmm.Kalau macam tue , masa aku kahwin boleh tak aku harapkan ada orang hadiahkan kepada aku sebuah tv plasma 37 inci Sony Bravia?heheh.Tidak melampau kah.

Semalam akhirnya dapat juga pergi ke Stadium Sultan Muhammad Ke 4.Setelah stadium berkenaan ditutup dan digantung oleh FAM, akhirnya setelah membuat rayuan beberapa kali,FAM membenarkan kembali stadium itu digunakan.Semalam berlangsung perlawanan persahabatan antara Kelantan dan Proton FC.Walaupun sekadar perlawanan persahabatan namun kehadiran penonton agak baik dan sambutan juga menggalakkan.Kelantan menang dengan dua gol jaringan Indra Putra.Sangat berpuas hati dapat juga menonton Kelantan.Dan sewaktu lagu rasmi negeri Kelantan ,Selamat sultan berkumandang, meremang bulu tengkuk sebab betapa mendalam rasa sayang dan bangga menjadi anak Kelantan.Gomo kelate gomo.

Semalam juga terdengar beberapa orang bercakap tentang perkembangan semasa iaitu muktamar PAS dan juga keadaan pasukan bola sepak Terengganu.Pasukan penyu sekarang buntu mencari stadium untuk perlawanan kerana stadium di gong badak runtuh dan stadium di bandar pula tidak berada dalam keadaan yang memuaskan.Sungguh kasihan kepada sang penyu.Buat masjid mahal-mahal dari kristal digunakan untuk tontonan.Buat stadium baru berbumbung dari korea laa, runtuh dalam masa setahun.Anjur monsun cup tapi ramai yang tak puas hati.Beli kereta Mercedes mahal tapi tidak digunakkan sangat.Ahli wakil rakyat berbalah sesama sendiri.Alahai negeri penyu bertelur dan kaya dengan royalti Petronas.

p/s - Sekarang ini musim MLB (Major League Baseball ) bermula dan menghabiskan masa pagi menonton New York Yankees.Come on Yankees.NBA (National Basketball Association ) juga telah menghampiri ke Finals dengan LA Lakers vs Orlando Magics.Kobe Byrant sangat kuat dan rajin.Diharapkan laker menang tahun ini setelah kecewa tahun lepas.Dengan musim liga eropah dah tamat dengan adanya dua sukan diatas terubat jugak hati menonton tv.

Tinggal 10 hari sebelum keputusan UPU keluar.Tidak pasti perasaan apa yang menanti.Dan tidak pasti aku masih merasakan seronok ataupun berdebar menunggu keputusan.Dah banyak kali berhadapan sebegini.Dah hilang keseronokannya.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share