Friday, July 31, 2009

eins, zwei, drei und vier

Post yang semalam aku tak tau nak tulis apa pun sebab tue tajuk post pun kosong je.Walhal sebenarnya aku bosan cuti yang tidak dijangka ini.tapi sebaliknya ada banyak tugasan yang perlu dibuat sebelum dateline tiba dan langkah pertama yang aku harus buat adalah mencari rujukan dalam internet ini kerana aku seorang yang agak dan semestinya malas untuk ke perpustakaan namun jika keadaan memaksa akan aku heret teman sebilik aku nanti menaiki tangga perpustakaan tersebut.Walaupun semester ini aku dengan tidak berfikir panjang mengambil matapelajaran yang sedikit namun kerja yang dapat agak bertimbun namun apakan daya ini semua lumrah sebagai seorang pelajar.terpaksa terima dan berharap akan berakhir dengan cepat.

Baiklah kepada sesiapa yang tertanya-tanya apakah maksud tajuk aku diatas itu, itu adalah kiraan dalam bahasa jerman iaitu 1,2,3,dan 4.(Sedikit info ye, bahasa jerman amat kompleks untuk dipelajarai dan aku salahkan diri aku sendiri kerana mengambil bahasa ini untuk dipelajari namun aku pasti 3 semester kemudian aku akan nampak hasilnya).

  • Eins
keadaan wabak h1n1 di negara kita semakin berleluasa dan sehingga pukul 7.55 mlm,Jumaat 31 Julai ini, aku mendapat tahu yang 4 nyawa telah terkorban disebabkan wabak ini.Aku amat pasti sekiranya tidak dibendung dengan baik, bilangan nyawa yang akan terkorban pasti akan meningkat seperti negara Jiran kita (Thailand).Bilangan institusi pengajian tinggi juga banyak yang telah tutup disebabkan ini dan telah mendatangkan masalah yang besar kepada semua pihak.Dalam keadaan yang panik ini sudah pasti amat mudah bagi segelintir pihak naik angin dan menyalahkan pihak lain.Diharapkan pihak yang berkuasa dan arif tentang wabak ini mengambil langkah yang sewajarnya dalam melindungi para pelajar khususnya pelajar sekolah menengah yang akan mengambil PMR dan SPM dalam beberapa bulan lagi serta pelajar universiti yang menghadapi pelbagai masalah berkaitan penutupan universiti masing-masing.Pelajar universiti kerugian wang tiket bas serta masa dan kami kekurangan maklumat mengenai wabak ini.Pihak universiti perlu lebih prihatin dan tidak membiarkan kami sebagai pelajar terus berada dalam ketidak tentuan.

  • Zwei
Musim bola sepak eropah semakin membuka pintunya kembali dengan musim bola sepak di England akan bermula pada awal bulan 8.pastinya semua peminat bola sepak tidak sabar-sabar untuk berjaga malam menonton dan bersorak menyokong pasukan tersayang.Musim perpindahan kali ini pasti dipelopori oleh pembelian Kaka dan Ronaldo oleh Real Madrid serta pertukaran Zlatan dengan Eto antara Inter Milan dan Barcelona.Diatas kertas, Real Madrid menunjukkan sebuah pasukan yang patut digeruni bukan sahaja di Sepanyol namun juga di Eropah.Barcelona tidak kurang juga hebatnya dengan pembelian Maxwell dan Zlatan yang pasti menguatkan lagi barisan pemain yang pada musim lepas telah memenangi tiga piala.Pasti Barcelona tidak mahu piala yang mereka menangi jatuh kepada pasukan lain.
Inter Milan juga menguatkan usaha mereka dalam mengejar piala di Eropah dengan membeli Milito,Motta,Lucio dan Eto.Aku sangat berharap Mourinho dapat merangka strategi dalam mencari piala yang paling diidamkan diseluruh eropah tersebut.Sesetengah orang berpendapat dengan ketiadaan Zlatan pasukan Inter akan lemah namun aku kurang bersetuju.Eto tidak kurang hebat berbanding Zlatan dan lihat saja rekod golnya bersama Barcelona.Inter dapat bertahan dengan ketiadaan Zlatan kerana Inter adalah sebuah kelab yang dimiliki oleh ramai pemain dan bukan bergantung kepada seorang pemain sahaja.Forza Inter!
  • Drei
Esok pada hari Sabtu, dikhabarkan akan ada satu perhimpunan besaran untuk memansuhkan ISA di Kuala Lumpur.Pasti keadaan jalan raya disana akan mengalami kesesakan yang teruk dan aku rasa bersyukur kerana aku berada di KB.Aku tidak mahu berdebat disini samada ISA patut dimansuhkan atau tidak kerana masing-masing mempunyai pandangan masing-masing mengenai hal ini.Esok juga KLCC akan dipenuhi oleh ramai orang kerana PIKOM PC fair sedang berlangsung.Pasti pihak berkuasa akan pening kepala mengawal orang ramai di Kuala Lumpur nanti.Diharapkan agar tidak berlaku keadaan yang tidak diingini nanti.
  • Vier

Lusa jika tiada aral melintang aku akan ke UDM.Aku ingatkan aku dah tidak akan pergi lagi ke UDM namun nampaknya jodoh aku dengan UDM amat kuat.Aku kesana untuk mengambil beberapa dokumen penting.Dan pastinya aku akan terkenang kembali kenangan belajar disana walhal baru 3 bulan melangkah keluar dari UDM.hahahah.Tapi yang pasti UDM amat best jika dibandingkan dengan UPM.Ye, UDM tiada the Mines, tiada komuter, tiada LRT, tiada cinema, tiada padang besar sangat, tiada midvalley, tapi UDM ada kelebihan tersendiri yang UPM tiada dan kelebihan itu hanya bekas pelajar UDM yang dapat rasa.

12 comments:

  1. Apakah maksud perkataan yang ko sebutkan tu beb. Eins, Zwei, Drei and Vier. Macam bahasa alien jer. Hehehehehe.

    ReplyDelete
  2. maaf ye, inter tadok hrpn season depan..MU pun blh bungkus, real pun hangat2 taik ayam je..

    ReplyDelete
  3. Saya amat bersetuju tntg perkara vier. Eins kureengs

    ReplyDelete
  4. grunge - bro..tue bahasa jerman.gua tgh amek jerman skang nie.pening2

    telaga bata - kalo seme takdop harapan tak tau la aku kelab mane ade harapan.Sparta Prague la kot

    roy - betul2

    adz - goten abend

    ReplyDelete
  5. hai.bdak upm gak ek? cos apa taun bapa?

    ReplyDelete
  6. sarah - br je masuk amek English

    ReplyDelete
  7. Barca atau Liv beb...yg len2 hancus..

    ReplyDelete
  8. tau ar blajo bhs jerman....
    smpai post pn gne bhs jerman....
    nnt bley ar ajor aku....
    huhuhuhu.....
    =)

    ReplyDelete
  9. telaga bata - barca mmg ade misi besar mempertahankan semua piala yang dimenangi.Liverpool tak berapa pasti sbb tak konsisten.

    zu - hehehe.kene praktis bhs br sentiasa ingat.bleh je ajar.

    ReplyDelete
  10. Hi!
    You may probably be very curious to know how one can make real money on investments.
    There is no initial capital needed.
    You may commense earning with a money that usually is spent
    for daily food, that's 20-100 dollars.
    I have been participating in one company's work for several years,
    and I'm ready to let you know my secrets at my blog.

    Please visit my pages and send me private message to get the info.

    P.S. I make 1000-2000 per day now.

    [url=http://theinvestblog.com] Online investment blog[/url]

    ReplyDelete
  11. Good day, sun shines!
    There have been times of hardship when I felt unhappy missing knowledge about opportunities of getting high yields on investments. I was a dump and downright pessimistic person.
    I have never imagined that there weren't any need in large starting capital.
    Now, I'm happy and lucky , I started take up real income.
    It's all about how to choose a proper companion who uses your money in a right way - that is incorporate it in real deals, parts and divides the profit with me.

    You can ask, if there are such firms? I'm obliged to tell the truth, YES, there are. Please get to know about one of them:
    http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share