Sunday, August 23, 2009

List of the Holy month

Yup.bulan yang mulia datang kembali dengan membawa pelbagai cabaran dan keberkatan kepada seluruh umat islam.Dan dengan aku yang berada di perantauan(tidak lah jauh mana pun sekadar di KL je) namun aku dapat rasakan pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi nanti.Untuk itu akan aku bekalkan diri ini dengan azam yang kuat dan semoga bulan ini dapat ditempuhi dengan jayanya.
Bulan ini menjanjikan pelbagai ganjaran kepada yang sabar dan tekun mencari keberkatan yang telah disediakan oleh Allah.jadi disini aku senaraikan 10 benda yang aku paling suka tentang bulan ramadan ini.

Puasa
sudah semestinya..berpuasa dapat memberikan bermacam manfaat khususnya dari kesihatan dan telah terbukti dari segi saintifik

Bazaar ramadan
Bila lagi dapat kita dapati bermacam-macam jenis lauk pauk dijual.memang kelabu mata

Solat terawih
Pada malam hari dapat juga kita menambah pahala dan disamping itu mendekatkan diri kepada yang esa

Berbuka puasa
Memang nikmat dapt berbuka puasa.lagi afdal berbuka dengan kurma

Bersahur
Sahur amat dituntut kerana dapat memberi kita tenaga untuk berpuasa pada siang hari dan bersahur dapat melatih kita bangun pada awal pagi.jangan pula tidak tidur malam semata-mata nak tido

Aneka jenis kuih muih
Akok, jala emas, onde2, kuih lapis..nyum..nyum

Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa
Dapat juga kita kenal setakat mana diri kita yang sebenar dan membaiki apa yang kurang serta meningkatkan tahap kesabaran

Shopping untuk raya
Perlukah aku ulas lebih lanjut tentang ini?

Tidur
Walaupun benda ini tidak dituntut tapi benda ini paling banyak orang buat pada bulan puasa ini.

p/s aku hanya senaraikan 9 sahaja disini dan untuk yang ke10, aku minta rakan-rakan sekalian bagi pendapat apa yang kamu semua gemar mengenai bulan ramadan ini.

10 comments:

  1. gulai bazar ramadhan batu 6 dlm ingatan...

    ReplyDelete
  2. haa..ade satulg
    aneka jenis air..mcm2..seme ade..
    pas2 yg ke11-dpt jmpe adik wdj owner..
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. suasana bulan ramadhan. cant you all feel it?

    ReplyDelete
  4. seterusnye..
    merindui bazar ramadhan g0ng badak w0oo..
    d0nat yg sedap!

    ReplyDelete
  5. seterusnye..
    merindui bazar ramadhan g0ng badak w0oo..
    d0nat yg sedap!

    ReplyDelete
  6. Satu lagi yg best wat time bulan pose ialah.....mengutip banner and bunting sekitar kawasan kkuala terengganu....hahaha (Devilish laugh)

    ReplyDelete
  7. rhendu suasane pose udm lah! haish! semua tau!


    teslians berbuke beramai-ramai..

    hurm...

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa..
    aku nk duit raya k tahun ni

    ReplyDelete
  9. adz - gulai kawah mmg best

    farah - hehe.tue mmg serampang dua mata tue.smbl membeli sambil buat2 terserempak

    roy - sangat2 feel doh nie

    jaa - donat yang memang selalu ramai orang.kalah dunkin donuts.hahaha

    ainul - tue citer orang monteng terawih.hahaha

    ReplyDelete
  10. tiha - selamat berpuasa.

    raihan - nak duit raya ke.ptptn masuk leh laa bg 50sen

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share