Wednesday, August 26, 2009

Semangat bahasa Melayu

Apa jua yang manusia lakukan apabila mereka bersama – sama ada bermain, berlawan, bercinta, dan apa jua – mereka bercakap. Kita hidup di dunia bahasa. Kita sentiasa bercakap dalam kehidupan seharian kita. Kita juga bercakap apabila tiada orang yang menjawab. Ada antara kita yang bercakap dengan kuat sewaktu tidur dan ada juga yang bercakap kepada haiwan peliharaan atau diri sendiri. Bahasa adalah kehidupan kita.

Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.
Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini (Wikipedia).

Bahasa Melayu telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Semakan 1971) sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Dengan terletaknya bahasa Melayu di tempat yang wajar itu maka bahasa tersebut telah mengalami perkembangan yang amat pesat terutama sekali di sektor awam. Dasar pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi di negara ini pula telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1983. Ini bererti bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu dan bahasa pentadbiran di institusi pengajian tinggi sejak dari tarikh itu.

Pihak kerajaan sentiasa berkerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga pihak swasta dalam usaha memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu. Namun melihat kepada senario masa kini, bahasa Melayu menghadapi cabaran yang amat besar dalam mengekalkan integriti dan kedaulatan bahasa dalam arus negara yang kini menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Wujudnya pelbagai tentangan serta halangan yang terpaksa dihadapi oleh golongan pencinta bahasa serta kerajaan dalam usaha mulia ini.Pada dasarnya, kita sebagai rakyat Malaysia yang telah mengikitiraf bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan harus berganding bahu menyokong usaha-usaha yang telah dijalankan untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu.Kita harus tabah serta cekal mengatasi cabaran dan kendala yang ditempuhi bahasa Melayu.Kita sebagai pencinta bahasa Melayu harus bersikap positif serta yakin dengan kemampuan bahasa kita menghadapi dan mengatasi cabaran seperti suatu ketika dahulu.

p/s ..pengenalan bagi tugasan BBM aku.huhuh

6 comments:

  1. waa...
    syabas..
    huhu..
    sdh bertukat dialek..
    org kl kot
    hahaha

    ReplyDelete
  2. waa...
    syabas..
    huhu..
    sdh bertukat dialek..
    org kl kot
    hahaha

    ReplyDelete
  3. adus pali... gnas2... gud luck 4 ur presentation then =)

    ReplyDelete
  4. grunge - bahasa melayu simbol bangsa melayu, bangsa berdaulat

    farah - hahaha.tak tertukar pun.kekal dengan kelate nie

    mimi - haha.tunggu aa 2 sept nih

    ReplyDelete
  5. maka dari itu jangan campur adukan bahasa melayu dengan bahaasas asing..

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share