Tuesday, September 22, 2009

Musim Perayaan.


Hari ini masuk hari raya ketiga di Kota Bharu dan jalan-jalan utama sekitar kelantan mula mengalami kesesakan yang teruk setelah sanak saudara mula melakukan aktiviti ziarah dan aku juga turut serta dalam menjadi punca kesesakan itu.Aku sempat bertemu rakan persekolahan dulu dan cuba mengikuti perkembangan semasa mereka dan alhamdullilah kawan-kawan aku hampir semua sudah ada hala tuju dan yang lebih mengejutkan ada khabar ada kawan sekolah aku sudah mempunyai dua orang isteri!satu perkembangan yang teramat laju.Kawan aku yang lain pada hujung tahun ini akan mendirikan rumah tangga dan ada yang membesarkan keluarga dengan kehadiran cahaya mata.Syukur kepada mereka dan aku masih begini tapi aku sentiasa berharap aku akan menuju jalan yang sama juga satu masa nanti.Insyaallah..

baiklah aku rasakan sudah agak lama jugak aku tidak membuat senarai dalam blog ini.Dan disebabkan aku kekeringan idea dan agak kepenatan berborak,makan serta minum maka aku lampirkan sahaja senarai edisi raya ini.Tajuk nya tidak lain tidak bukan adalah berkenaan hari raya.

10 perkara yang wajib(dibuat oleh kebanyakan orang) buat pada 3,4 hari menyambut Hari Raya Aidilfitri

10 - Makan ketupat.Sudah pasti.pergilah rumah mana-mana pun pasti kita akan memamah makanan ini.Sebelah pantai timur lebih kepada ketupat pulut dan yang istimewa di Kelantan, ketupat pulut ini ada inti.Inti kacang, sambal daging dan macam-macam lagi.Tapi aku belum ketemui ketupat berinti kan coklat.Mungkin ada sesiapa mahu mencuba ketupat ini.(sapa nak ketupat sila order sebelum habis)

9 - menziarah rakan taulan - Bila lagi nak bertemu,bertanya khabar dengan rakan sekolah,rakan universiti.Selepas ini pasti banyak rumah terbuka dan dikesempatan inilah kita mengimbau kembali kenangan lama, mengikuti perkembangan semasa.(rakan-rakan yang berlainan negeri sila jangan kecewa, raya sebulan ada kesempatan aku akan pergi ziarah..yang teristimewa...akan sampai jugak Sungai Isap nanti.jangan terkejut nanti.hehehe)

8 - menziarah sanak saudara - Yang ini pasti semua tahu dan akan buat.Setahun hanya sekali.Hubungan kekeluargaan perlu dijaga dan sekiranya sebelum ini kita sibuk dengan kerjaya, pada hari raya sajalah kita dapat bertemu sanak saudara yang jarang berjumpe

7 - Rumah terbuka - Yang ini pasti ramai yang buat.Dan kalau tidak buat pun pasti ramai yang akan hadiri.Bila lagi nak makan percuma.hehehe.Lagipun selalunya di rumah terbuka pasti dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap.(tahun ini sempat kot pergi rumah terbuka PM sebab putrajaya dekat je dengan UPM, harap PM dapat bagi duit raya lebih)

6 - Membeli belah. membeli belah bukan sahaja sebelum raya tapi juga selepas raya.Sebagai contoh, saudara mara yang beraya di kampung pasti akan mengambil peluang membeli belah untuk dibawa pulang ke kota nanti dan destinasi tumpuan kalau di Kelantan sudah pasti Rantau Panjang mahupun pengkalan Kubur.(tak sempat nak pergi kedua-dua tempat sebab terlalu ramai orang, orang nak beraya aku sibuk nak beli jersey bola.huhuh)

5 - Air Oren. Air yang senang,disukai ramai dan boleh mendatangkan mudarat.Jangan minum air oren banyak sangat kalau tidak pasti akan berulang alik ke tandas tuan rumah.Jarang sangat aku pergi rumah ada orang hidangkan teh o ais laici ke, bandung ke tebu ke.Mungkin agak melampau la kan kalau hidang mocha, tapi apa salahnya?

4 - Kesesakan lalulintas.Tidak dinafikan lagi.Sebelum,semasa dan selepas raya, kesesakan akan berlaku.Semasa raya kawasan-kawasan kampung akan sesak dengan kenderaan.Jalan utama yang sesak teruk musim perayaan ini di Kelantan tidak lain tidak bukan di Jambatan Sultan Yahya Petra menghubungkan Kota Bharu dan Wakaf Bharu dan juga Jambatan Salor, Kota Bharu dan Pasir Mas.Kadang-kadang kesesakan di Jambatan ini melibatkan berkilometer panjangnya.Perlu banyak kesabaran.Sediakan aricond dan minyak dalam kereta anda..(tukar gas air cond +Rm15 shj)

3 - Menziarahi kubur. Pada musim perayaan ini lah kita perlu menziarah kubur, mengingati yang telah pergi sambil menginsafi diri kita sendiri.Al fatihah..Yang pergi jangan diratapi, yang hidup perlu diteruskan..

2 - Bermaafan dan mencium tangan ibu dan bapa kita.Kita sebagai anak perlu sentiasa patuh dan taat pada ibubapa kita dan kesempatan ini lah kita dapat meluahkan kemaafan kita.kemaafan itu perlu hadir dari hati yang tulus dan suci.

1 - Zakat Fitrah - yang ini memang wajib kepada yang berkemampuan dan perlu dilakukan selewat-lewatnya sebelum sembahyang sunat Aidilfitri.(kepada Nazrin, sila amek perhatian kepada kadar zakat yang disiarkan diatas, itu adalah kadar zakat fitrah yang agak terkini ye : )

Rasanya ada lagi yang dapat dimasukkan dalam senarai diatas tapi disebabkan aku menyenaraikan 10 sahaja maka harap anda semua dapat menerimanya.Mungkin dapat dimasukkan juga kad raya, duit raya dan duit minyak(memandangkan pergi menziarah dengan kenderaan bermotor).Walau apa pun selamat berhari raya dan jaga lah diri masing-masing dalam musim perayaan ini.



7 comments:

  1. ohoooo..setuju!!!!!!!


    bab duit raye x.!


    huhuuu...

    ReplyDelete
  2. jom datang kuantan berayer..
    xkre jgk.....

    ReplyDelete
  3. tiha - tak setuju bab duit raya?hahaha.mesti tak dpt duit raya nie

    farah - alololo.yela nanti dtg kuantan ye.dtg sg isap 1

    ReplyDelete
  4. CHECK IT OUT!! http://nicephonenumbers.blogspot.com/ SPREAD IT AROUND!! TELL UR FMLY AND FRENS!! BOOKMARK THIS LINK!! LINK MY BLOG PLEASEE

    ReplyDelete
  5. erm...yg laen dh mdirikn rumah tgge...
    anda rsenye bile lg??
    hehehhehe
    =)

    ReplyDelete
  6. sila berhati2 dgn penulisan anda
    dgalakkan supaya jgn mencarut =)
    ape itu duit ****r
    haish
    (tutup mata che nazrin)

    ReplyDelete
  7. zu - rahsia.huhuhu

    izzah - mencarut?aik..ade ekk.kesilapan menaip tue kot

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share