Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.Semoga Hari raya tahun ini membawa pelbagai keberkatan dan kenangan yang indah kepada kita semua.

Esok genaplah sudah sebulan kita berpuasa di bulan ramadhan dan ramadhan akan pergi meninggalkan kita, Syawal pula datang menjelma.Apa erti Hari Raya sebenarnya kepada kita?

Bagi sesetengah orang, mereka menyambut Hari Raya dengan membeli semua kelengkapan diri dan keluarga yang baru.Manakala bagi yang bersifat sederhana, mereka hanya mencari dan membelikan barangan yang amat perlu sahaja. Islam mengajar kita supaya bersederhana dalam kehidupan dan kita tidak perlulah membazir dibulan Syawal ini.Sebagai contoh, jika kita masih ada baju Melayu yang lama dan masih elok dipakai, elok lah kita memakai baju itu sahaja.

Jadi sama-samalah kita menyambut hari lebaran ini dengan penuh keinsafan dan keberkatan daripada Allah SWT.


p/s berhati-hati di jalan raya sepanjang perayaan ini semasa menziarah sanak saudara.Berwaspada semasa makan juadah hari raya, awasi kalori dan lemak.Jangan sampai berat badan naik mendadak selepas Aidilfitri dan rebutlah puasa sunat dalam bulan Syawal ini.

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  2. ad z - selamat hari raya dan maaf zahir dan batin jugak

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share