Sunday, September 27, 2009

Selamat Sampai

Alhamdulilah akhirnya selamat sampai juga di UPM semalam. Bertolak sebelum kala tengah malam dan syukur dapat menjejak kaki di bumi serdang selepas subuh. Tiada sebarang kecelakaan yang berlaku dan semua penumpang Berjaya mengagahkan mata untuk tidur walaupun ada sesetengah penumpang hanyut juga dibelai mimpi.

Dan sepanjang perjalanan pulang hari itu, kami sempat berbual mengenai filem Sifu dan Tongga. Siapa tidak pernah tengok filem ini?Pasti semua pernah melihatnya pada hari raya baru-baru ini.Kami bukanlah sesiapa jika ingin mengutuk dan mengkritik filem ini tapi kami sebagai penonton rasanya ada hak untuk menilai sejauh mana baik atau buruk filem tersebut.Memanglah filem tersebut dibintangi oleh Apek Namun filem itu dibuat semata-mata menumpang kepada populariti Nabil sebagai Raja Lawak. Filem ini bagi kami sekadar penuh dengan lawak jenaka kosong dan tidak bermotif langsung. Inikah yang dipanggil seni perfileman ? Jika ini dinamakan seni maka industri perfileman Malaysia pasti lambat untuk menandingi industri perfileman negara jiran seperti Thailand yang telah melangkah jauh. Sebuah filem Thailand yang terbaru aku pernah tonton adalah “Som tam”, filem yang padat dengan unsur tempatan dan seni “muay thai “ yang diolah dengan penuh kehalusan diadun dengan unsur komedi, keagamaan, kehidupan, aksi dan kekeluargaan.

Namun apa yang sebenarnya ingin ditonjolkan dalam filem Sifu dan Tongga?

Sekadar lawak jenaka yang sudah lapuk dan kadang-kadang menguris hati sesetengah pihak.Sepatutnya pembuat filem negara perlu berfikiran terbuka dan lebih kreatif dalam membuat sesuatu filem, kami sebagai penonton sudah bijak menilai filem mana yang baik dan buruk. Dan jika betul sesuatu filem itu dibuat dengan baik tidak mustahil kutipan tiket akan tinggi dan sudah semestinya sesebuah filem yang dibuat dengan pelaburan yang tinggi akan menghasilkan satu karya yang lebih baik. Jangan takut kepada kegagalan dan sekadar membuat filem untuk tujuan komersial semata-mata tanpa arah tuju yang kukuh.

Memang dan betul jika sesetengah orang menyatakan membuat sesuatu filem bukan benda yang mudah dan jika kita lihat scenario di Malaysia sekarang, pengarah dan penerbit filem dari golongan muda amat kurang. Kerajaan dan pihak swasta seperti grand Brilliance harus merangka satu program atau langkah dalam usaha menggalakkan pembabitan golongan muda yang mempunyai idea yang lain dan baru serta memberikan platform kepada mereka untuk berkarya serta menghasilkan filem untuk disumbangkan kepada industri perfileman negara.
Ini semua adalah buah fikiran kami semasa perjalanan pulang kelmarin dan jangan kata kami golongan muda tidak peka dan arif mengenai scenario semasa negara, kami peka dan sentiasa berusaha mencari jalan untuk membantu kerajaan menangani segala permasalahan negara.

p/s -Bulan oktober menjelang tiba dan bermulalah episode menelaah buku untuk menghadapi peperiksaan.Duit Ptptn sudah masuk namun aku sudah kehabisan duit merawat sang merah.

Kan ku benam dadaku
Kaki kananku ke barat
Kaki kiriku ke timur
Kan ku hanyutkan hatiku
Mencari sesuatu yang telah lama hilang
Mencari sesuatu yang telah lama pergi
Semoga dapat ditemui

6 comments:

  1. mu balik ngn sape?
    mcm ramai jer penumpang..huhu
    alhamdulillah sumenye selamat..

    +_-

    ReplyDelete
  2. roy - hahahah..mampu gelak jah aku

    ja - balik ngan roy,yen n yie.tue la syukur la selamat balik perjalanan tgh2 mlm

    ReplyDelete
  3. sifu tongga 2 akn kuo bulan depan.....tunggu r

    ReplyDelete
  4. xmnyaport lngsung korg yang mnumpg kete pali 2..termasuk driver skali..hahha

    ReplyDelete
  5. free2rite - hahaha.bg tiket free aku takkan gi tgk

    farah - kene la support driver nie.huhu

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share