Friday, October 16, 2009

Kewajaran

Satu benda yang selalu menjadi bahan pendebatan sejak zaman berzaman lagi dalam sejarah tamadun dunia.Wajarkah Hitler menyerang Poland ?Wajarkah bom atom dijatuhkan di nagasaki dan Hiroshima? Wajarkah Serbia menyerang Bosnia? Pasti ada yang menjawab tidak wajar sama sekali kepada soalan diatas namun ada sesetengah pihak berpendapat amat wajar

.Sebagai contoh, wajar kah Malaysia menerima kembali Chin Peng? Siapa tidak kenal Chin Peng..Hatta kepada golongan remaja tahu perihal Chin Peng kerana beliau merupakan salah satu watak penting dalam perjalanan sejarah negara kita ini.Beberapa tahun ini kedengaran suara-suara yang menyatakan Malaysia patut member pengampunan kepada tulang belakang Komunis negara kita ini dahulu yang kini menetap di Thailand untuk kembali ke Malaysia.Perdana Menteri kita secara terang menolak usul tersebut dan sudah semestinya ramai pihak tidak bersetuju jika Chin Peng kembali ke Malaysia.PKM iaitu sebuah parti komunis di era sebelum dan selepas merdeka terkenal kerana pernah menyeksa dan mengharu biru kan negara selepas kejatuhan Jepun dan sebelum kembalinya British.Persoalan di sini, apa kewajaran Chin Peng untuk kembali ke Malaysia?

Kita perlu melihat kepada personaliti Chin Peng itu sendiri. Mungkin pihak yang mengusulkan agar beliau kembali ke Malaysia atas dasar perkauman dan politik dan ada yang berpendapat Malaysia patut mengampunkan kesalahan beliau. Wajarkah kita berbuat demikian? Ya, dalam islam mengajar umatnya agar sentiasa berprasangka baik dan hidup dalam aman dan harmoni tidak mengganggu kaum dan bangsa lain. Namun jika dilihat kepada isu ini, Chin Peng sendiri masih tidak mahu berganjak daripada pegangan komunis beliau dan jika diteliti secara halus beliau masih tidak berpuas hati kejatuhan Komunis di Malaysia dahulu.Yang menjadi persoalan, kenapa beliau masih mahu kembali ke Malaysia?Adalah lebih baik jika beliau kembali sahaja ke Tanah Besar China. Rakyat Malaysia masih ingat apa yang dilakukan oleh PKM dahulu dan luka tersebut masih terbuka dan mungkin tidak akan sembuh sama sekali. Dengan kembalinya Chin Peng ke Malaysia hanya akan menyebabkan isu perkauman dan ideologi politik akan lebih kacau bilau dan tidak stabil.Mungkin akan ada sesetengah pihak yang fanatik akan mengambil langkah yang keterlaluan dan menyebabkan sejarah hitam kepada Malaysia.Jadi amatlah tidak wajar untuk Chin Peng kembali ke Malaysia.

Persoalan yang sama boleh diajukan seperti wajarkah Napoleon diterima kembali ke Eropah? Wajarkah Ariel Sharon kembali ke Palestin? Ataupun Wajarkah Khmer Rouge kembali ke Kemboja? Ada sesetengah perkara adalah lebih elok tidak membincangkan dan jika mahu dibincangkan perlu dalam landasan yang betul serta ditandai oleh rujukan dan sumber yang tidak mengarut.

p/s Wajar kah Kereta aku disaman?

Sangat wajar kerana tiada pelekat kenderaan

Sangat wajar kerana tidak meletak kenderaan dengan baik

Sangat wajar kerana pegawal keselamatan di sini semuanya tidak bersekolah tinggi

Sangat wajar kerana peraturan di sini tidak melambangkan seperti yang diura-urakan

5 comments:

  1. mg keno saman ko lie? hehehe... kutip pitih nga roy n matyie..hahah

    ReplyDelete
  2. tue la.pagi td keno saman.nyesal bgn lambat.bgn awal leh bwk gi lain doh

    ReplyDelete
  3. cih natang matyeng. kutip sali nge dio li

    ReplyDelete
  4. awakkk...
    bersabar tau..
    nnt kte saman pak guard 2 blk..hihi

    ReplyDelete
  5. roy - hahaha.yen sek debat lo nie.tokleh kaca doh

    farah - saman berjuta2 nanti tau.jage laa

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share