Friday, October 23, 2009

Neka bahasa yang bercampur aduk

Rindu Hamba kepada tuhannya

Rindu Musa kepada al-khaliq

Rindu Muhammad kepada Allah

Rindu abid kepada Ibadah

Rindu syuhada kepada Jihad-jihadnya

Rindu ibu kepada anaknya

Rindu aku kepada ……

Aku mengambil masa yang sentiasa mencemburui ini untuk menulis serba sedikit dalam blog yang tidak seberapa ini. Semalam Inter Milan seri lagi dengan Dynamo Kiev dengan keputusan seri 2- 2. Satu keputusan yang boleh diterima kerana masih ada baki tiga perlawanan lagi. Inter Milan amat memerlukan keputusan yang baik dalam arena Eropah setelah mengecapi dan menguasai takhta Itali untuk beberapa tahun kebelakangan ini.Ada sesetengah pendapat mengatakan Inter Milan tidak memiliki kekuatan yang diperlukan untuk bersaing di peringkat ini namun aku tidak bersetuju dengan penyataan tersebut kerana Inter Milan merupakan satu pasukan yang masih dalam pembinaan.Pastinya selepas ini , Inter akan lebih Berjaya setelah beberapa pemain sembuh daripada kecederaan (Milito dan Motta).

AC Milan juga berjaya semalam menewaskan gergasi Real Madrid dengan 2 gol daripada Pato dan ini merupakan satu keputusan yang agak mengejutkan kerana di kancah Serie A (Itali) prestasi AC Milan agak goyah. Real Madrid yang pada awal musim menguatkan jentera mereka dengan membeli Ronaldo,Kaka,Benzema nampaknya masih perlukan tonik untuk berjaya di Eropah dan Sepanyol.Mungkin ada kebenaran disebalik kenyataan yang Real Madrid terlalu bergantung kepada Ronaldo namun perjalanan ini masih panjang, dalam dunia bola sepak bermacam-macam perkara yang tidak diduga boleh berlaku.

Sabtu ini, Kelantan akan melayan kunjungan KL Plus di Kota Bharu untuk saingan suku akhir Piala Malaysia dan pastinya satu tugas yang berat bagi anak didik Mat Zan itu. Rekod Kelantan di stadium sendiri sudah terkenal amat kebal dan satu keajaiban diperlukan oleh KL Plus jika mereka ingin melangkah ke pusingan seterusnya. Kelantan pula berbekalkan gol ditempat lawan pasti akan meneruskan corak serangan dalam usaha melenyapkan terus harapan KL Plus. Pasti pemain Kelantan tidak mahu mengecewakan ribuan peminat Kijang Merah yang pasti akan berpusu memenuhi stadium tersebut.Dan ad aura-ura mengatakan tiket pada perlawanan sabtu ini akan habis dengan awal.Semoga Kelantan memperoleh kejayaan nanti.Gomo Kelate Gomo.

- Gaya bahasa diatas jika dilihat lebih mirip kepada gaya bahasa berdasarkan acuan bukan bahasa iaitu bertujuan untuk menyampai kan ilmu.

- Laras bahasa yang digunakan pula bercampur iaitu laras bahasa umum dan laras bahasa tidak rasmi.

- Penggunaan Anafora pada permulaan teks yang diteliti dipetik daripada buku modul BM

- Ada juga terdapat penggunaan AntiKlimaks dan anthesis dalam teks diatas.

- Penggunaan nada remaja dalam penggunaan kata ‘aku’ oleh penulis dengan harapan mendekatkan penulis dengan pembaca

p/s – Aku tak tau betul atau tidak penggunaan tatabahasa generative aku diatas namun maafkan aku kerana aku pening selepas membaca 2 muka surat modul BM yang akan melabuhkan peperiksaan pada minggu hadapan.

Selimut kemalasan aku tarik dengan harapan mimpi indah membawa aku pergi

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share