Tuesday, November 24, 2009

3 perlawanan..3 mlm..

Hujan masih jugak turun dan sudah kedengaran banyak jalan raya ditutup terutamanya di Kelantan dan Terengganu.Ada beberapa tempat di Kota Bharu juga yang sudah dinaiki air sungai yang melimpah dari Sungai Kelantan.Semoga kepada penduduk yang ditimpa bencana diharap bersabar dan mengikuti segala arahan pihak berkuasa untuk berpindah dengan penuh berhemah.

Bagi peminat sukan dan pelanggan astro (termasuk aku) amat gembira kerana Astro telah menambah satu lagi siaran terbaru iaitu Astro Supersport 2 yang menjanjikan pelbagai sukan menarik.Yang paling aku suka ialah dengan adanya siaran baru ini iaitu di 816, bilangan perlawanan untuk liga Itali , Serie A turut bertambah dan aku dapat lihat perlawanan membabitkan Inter Milan dengan lebih kerap.Jika dahulu di 811, perlawanan Serie A terpaksa berkongsi dengan La Liga (Liga Sepanyol) tapi kini Serie A dapat ditonton dengan lebih kerap.Siaran 811 juga turut membawakan NHL (hoki ais Amerika), NFL yang lebih banyak ( Rugbi Amerika) dan liga bola sepak Perancis.
Baiklah sepanjang minggu nie, bagi aku ada 3 perlawanan bola sepak yang betul-betul akan 'mengunci' peminat bola sepak dikaca televisyen masing-masing (Astro sudah semestinya).
Perlawanan pertama yang telah berlangsung baru-baru ini iaitu antara Tottenham Hotspurs lawan Wigan yang berkesudahan 9 gol berbalas 1.Perlawanan ini berlangsung di White Hart Lane (Stadium Spurs ).Ya, ada 10 gol dalam perlawanan ini dan aku hanya terdiam seketika melihat perlawanan ini tempoh hari.Jermaine Defoe yang menyumbat 5 gol pada malam itu memang sangat berbisa dibantu dengan Kranjar, Lennon.Pemain-pemain Wigan memang kelihatan seakan tidak bermaya dan hanya berserah.Untuk bacaan lebih banyak mengenai perlawanan ini boleh la berkunjung di sini, sini dan juga sini.Bagi peminat Spurs pastinya sangat sangat gembira.
Perlawanan kedua pula adalah perlawanan Champions League yang akan berlangsung pada awal pagi Rabu (hari ini) iaitu perlawanan yang membabitkan Inter Milan dan Barcelona.Barcelona sangat memerlukan kemenangan untuk melayakkan mereka ke pusingan seterusnya dalam Champion League manakala Inter Milan pula ingin mengukuhkan penguasaan mereka dalam kumpulan yang turut dibarisi Rubin Kazan dan Dynamo Kiev.Terdapat berita buruk kepada peminat Barcelona iaitu Lionel Messi dan Ibrahimovic masih sangsi untuk bermain pada malam ini disebabkan kecedaraan dan Eric Abidal dan Yaya Toure diserang Swine Flu.Pastinya Barcelona mengharapkan kelebihan bermain di tempat sendiri (Nou Camp) untuk mengalahkan Inter Milan tetapi Inter Milan bukanlah satu pasukan belasahan.Tekanan pastinya lebih kuat kepada Barcelona untuk bermain mencari kemenangan.Aku sebagai penyokong Inter Milan menjangkakan perlawanan ini akan berakhir dengan seri.Tontonilah perlawanan ini di saluran 812 pada jam 330 pagi ini.Untuk bacaan lebih lanjut mengenai perlawanan ini boleh baca disini, sini, sini, dan juga sini.
Perlawanan ketiga ialah perlawanan setempat atau dipanggil Derby ataupun El Classico yang membabitkan Real Madrid dan Barcelona yang akan berlangsung pada awal pagi Ahad(tidak berapa pasti).Perlukah aku menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai kepentingan perlawanan ini.Semua sedia maklum Real Madrid telah membeli banyak pemain bertaraf bintang (kaka, ronaldo,benzema, Alonso) untuk mengejar kejuaraan yang dimenangi oleh Barcelona di La Liga dan Champions League.Perlawanan ini boleh dikatakan perlawanan ulangan untuk mencari siapa pemain terbaik dunia antara Ronaldo dan Messi.Pastikan anda (peminat bola sepak )tidak terlepas peluang menonton 'El Classico' ini pada hujung minggu nanti.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 'El Classico' boleh la berkunjung di sini, sini, dan juga sini.

Selamat menonton kepada semua peminat bola sepak dan bagi penduduk pantai timur , selamat menghadapi musim tengkujuh.

p/s mlm nie tido lwt pulak la aku.Tengok bola sambil mendengar hujan diluar.Diselangi bunyi katak.

2 comments:

  1. tlg laa..bola jer setiap mase..ape kes ni dow..huhuhu

    ReplyDelete
  2. farah - hehe.tak tau nak tgk cite pe lagi doww.bola je yang best

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share