Monday, November 16, 2009

Hubungan Etnik Dalam Sektor Kerajaan - Keselamatan Awam - Tugasan SKP2204 kumpulan aku


Malaysia mempunyai 3 kaum yang utama iaitu Melayu,Cina dan India. Kaum Melayu dilihat sebagai kaum yang utama dan teramai di Malaysia. Namun begitu bilangan penduduk dari kaum Cina dan India semakin meningkat dan jika digabungkan jumlah kedua-dua kaum tersebut, bilangan mereka dilihat dapat menandingi bilangan kaum Melayu. Bagaimanapun keadaan ini haruslah dilihat dari sudut positif kerana dapat memberi persaingan yang sihat dalam segala bidang yang melibatkan kepentingan ketiga-tiga kaum utama ini. Antara bidang yang menjadi rebutan serta timbulnya persaingan yang kuat tentulah di bidang pekerjaan.

Seperti yang kita semua maklum, bidang pekerjaan menjadi rebutan setiap kaum dan individu agar dapat menempatkan diri sesuai dengan kehendak dan keperluan diri, keluarga dan masyarakat. Dalam sektor kerajaan, bidang pekerjaan yang ditawarkan sentiasa menjadi rebutan setiap individu. Ini mungkin disebabkan oleh rasa yakin dan percaya kedudukan mereka terjamin di sektor kerajaan berbanding sektor-sektor lain. Tetapi, fenomena ini dilihat tidak berlaku dalam sektor kerajaan di bidang keselamatan seperti polis, tentera dan sebagainya. Jika bidang pekerjaan di sektor pentadbiran dan pengurusan dilihat menjadi tumpuan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang bangsa, hal yang sebaliknya pula berlaku pada sektor keselamatan. Bilangan kaum Melayu yang menyertai sektor ini dilihat jauh mengatasi kaum lain sama ada kaum Cina dan India.

Meskipun bilangan kaum Cina dan India ramai di Malaysia, penyertaan mereka dalam sektor keselamatan awam seperti Polis Diraja Malaysia,Angkatan Tentera dan Pasukan Gerakan Am amatlah sedikit. Tidak banyak permohonan daripada bukan Melayu adalah antara faktor utama wujud jurang besar, berbanding pegawai Melayu dalam sektor perkhidmatan awam. Statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) katanya, menunjukkan hanya 1.78 peratus kaum Cina dan 2.5 peratus kaum India daripada 486,802 individu yang memohon untuk menyertai sektor awam tahun lalu. Aspek yang diambil kira dalam pengambilan adalah merit dan kelayakan akademik bukannya kaum. (Dr. Mohd Ridhuan Tee, Utusan Online,23 Julai 2009). Tidak timbul sebarang masalah bagi kaum lain untuk menyertai sektor keselamatan di bidang kerajaan kerana peluang sentiasa terbuka dan pastinya tiada diskrimanasi yang berlaku malah dialu-alukan oleh pihak kerajaan bagi kaum lain untuk menyertainya

Dalam mencapai konsep satu Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Najib Tun Razak, kekurangan kaum Cina dan India dalam sektor keselamatan awam akan menjejaskan usaha murni kerajaan ini. Jika keadaan ini berterusan pasti, persepsi dan prejudis akan muncul dan sekiranya tidak dibasmi dengan segera akan menganggu gugatkan keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia ini.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Rosli b. Ab. Razak, Perkhidmatan Awam dalam negara berbilang kaum,beliau mengatakan “Perkhidmatan kerajaan yang lain seperti polis dan tentera tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kaum bukan bumiputera”. Ini telah mengukuhkan lagi pendapat yang sektor keselamatan awam memang kekurangan kaum bukan Melayu. Sektor ini lebih banyak dipelopori oleh kaum Melayu dari bawah hingga kepada pihak atasan dan disebabkan monopoli kaum Melayu ini, kaum bukan Melayu yang lain khususnya kaum Cina dan India kurang berminat kerana mereka beranggapan sektor keselamatan awam ini amat susah untuk mendapat kenaikan pangkat sekiranya mereka sertai seperti yang diutarakan oleh Dr. Ridhuan Tee Abdullah dalam rencana beliau , Bukan Melayu dipinggirkan?.Beliau berpendapat antara punca yang menyebabkan kurangnya kaum Cina menyertai sektor perkhidmatan awam adalah kerana “awal-awal lagi orang Cina berpersepsi adalah sukar untuk mendapat jawatan dalam perkhidmatan awam kerana sektor ini dibolot oleh orang Melayu atau persekitaran Melayu. Jika berjaya pun mendapatkan sesuatu jawatan itu, terlalu sukar untuk mendapat kenaikan pangkat;

Senario kekurangan kaum bukan Melayu dalam bidang perkhidmatan awam khususnya sektor keselamatan awam ini merupakan isu yang serius dan perlu dikaji serta dihalusi bersama.Semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha merapatkan kembali jurang perbezaan kaum ini.Ini akan membantu meningkatkan kerharmonian negara kita yang dihuni oleh berbilang kaum.

Oleh itu, satu penyelesaian yang konstruktif haruslah dicari agar masalah kekurangan kaum lain dalam bidang ini dapat diselesaikan. Punca utama haruslah dikenalpasti supaya masalah ini tidak berpanjangan dan perpaduan tidak terencat. Pelbagai rancangan yang telah dirangka oleh pihak kerajaan memerlukan kerjasama semua kaum supaya nikmat dan manfaat dapat dirasai secara bersama dan tidak timbul perasaan hasad serta tidak puas hati.

3 comments:

  1. apekah..?? da desperate kah mahu berkata2..? bersemangat waja aku membaca smpai hbes..hehehee..

    ;)

    aku stju! suh polis cina india byk ciket ler~

    ReplyDelete
  2. tiha - hahah.bkn desperate.tak tau nak watpe dah kat umah nie.takpe ilmu nie tau

    ReplyDelete
  3. huhuhuhu....apekah yang ingin disampaikan....
    sehingga esaimen pn hendak di postkn.....
    ish3....bosan sgt ke pali....???
    hehehehheh

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share