Wednesday, November 4, 2009

Isu penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Asri

Pelik , sungguh pelik.Kalo orang yang memang terbukti layak dan pernah menjadi mufti ditangkap, apakah pula dengan orang lain?Motif ape tue? Perkara sebegini sebenarnya hanya akan menjatuhkan kredibiliti Agama Islam di mata umum.Kita tolak perbezaan politik sementara dan lihat dari konteks agama Islam.Agama sepatutnya diletakkan diatas sekali.JAIS jika betul-betul hendak menangkap orang sepatutnya tangkap orang murtad, yang sebar agama sesat yang bersepah di Selangor tue.Cikgu Kahar dan Ayah Pin pun lambat nak ambil tindakan.Entahlah, jika kuasa urus Islam diberikan kepada orang yang tidak sepatutnya maka ini lah yang berlaku dan pasti ada udang disebalik batu.

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BHARU, 3 Nov — Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin semasa mengadakan ceramah di sebuah rumah rakannya adalah tindakan yang tidak wajar bahkan sekaligus menggambarkan kelemahan integriti pihak terbabit pada pandangan mata masyarakat umum.

Ia diakui bekas Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Muhammad Daud Iraqi, yang memungkinkan terdapat motif lain yang tidak diketahui umum di sebalik penangkapan tokoh agama itu.

Dr Asri adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada 2006 hingga 2008 merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Al-Quran And Sunnah Studies).

Di samping itu beliau juga memiliki ijazah hadith dengan lima ijazah sanad menerusi ulama India malam kelmarin ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Hulu Klang kerana dikatakan memberi kuliah tanpa tauliah selain didakwa mengamalkan fahaman Wahabi kepada pengikutnya.

Muhammad sesekali tidak faham dengan sistem jabatan agama yang mempersoalkan pasal tauliah sedangkan Asri sendiri mempunyai PhD di dalam bidang berkenaan. Malah menurutnya dalam kontek dakwah Islam mewajibkan seseorang itu menyampaikan dakwahnya walaupun hanya sepotong ayat yang diketahui.

“Kalau begini caranya saya rasa lebih ramai lagi ulama dan penceramah yang JAIS boleh tangkap selepas ini,” katanya semasa dihubungi wartawan The Malaysian Insider.

Ketika ditanya mengenai ajaran Wahabi Muhammad berkata, ajaran tersebut tidak salah untuk diamalkan sambil meminta orang yang mendakwa ajaran tersebut adalah salah agar berhujah dahulu apa yang dimaksudkan dengan ajaran tersebut, sebaliknya jangan cepat melatah kerana ia boleh menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

Dalam satu perkembangan lain (berhubung perkara berkenaan) Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, dilapor meminta JAIS segera memberikan penjelasan mengenai penahanan Asri kerana tindakan itu akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam lebih-lebih lagi bekas mufti itu diketahui tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti politik.

Tindakan terbabit telah secara tidak langsung mengundang persepsi tidak senang di kalangan umum terhadap imej ataupun kredibiliti jabatan berkenaan.

Apatah lagi jika melihat plot penahanan Asri itu berlaku dalam suasana tegang dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang, membayangkan situasinya tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share