Tuesday, November 17, 2009

Sejarah - inipati masa lalu, sekarang dan masa hadapan



Apa yang boleh kita definisikan dengan sejarah?

Saya maksudkan disini bukan definisi sejarah yang dipetik daripada mana-mana buku mahupun sumber internet tetapi definisi sejarah berdasarkan pemahaman kita serta pengetahuan kita.Definisi sejarah yang kita belajar sejak dari bangku sekolah sehingga peringkat tertinggi semuanya tepat dan benar tetapi sejarah yang sebetulnya dapat didefinisikan berdasarkan pemerhatian dan pemahaman kita.Para sarjana telah mengaitkan konsep sejarah tersebut dengan definisi perkataan sejarah “History”.Saya tidak akan mengulas panjang definisi dan konsep asas sejarah disini kerana sejak dari bangku sekolah rendah sehinggalah ke university kita semua telah didedahkan dengan sejarah secara tidak langsung dan langsung.Mengapa sejarah ini begitu penting tetapi sesetengah orang memandang rendah terhadap sejarah ini?

Jika kita susur galuri isi kandungan Al-Quran, kita akan dapati terdapat banyak unsure-unsur sejarah yang dijadikan satu teladan ataupun cerita yang berkisar nabi-nabi terdahulu, para wali serta sahabat Rasulullah SAW.Sejak dari kecil, kita belajar sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW.Di bangku sekolah menengah pula kita belajar Malaysia, Asia Tenggara, Dunia.Kita dibuka minda untuk belajar dan memahami sejarah Agama-agama besar dunia, tokoh sejarahwan, falsafah, tokoh politik dunia dan tempat-tempat tamadun awal dunia. Di peringkat university juga para mahasiswa diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran yang amat berkait rapat dengan sejarah seperti Malaysian Studies, Kenegaran, TITAS dan Hubungan Etnik.

Kenapa sejarah ini penting?

Kenapa kita perlu belajar semua ini?

Persoalan ini bukanlah soalan yang hanya akan dijawab didalam PMR atau SPM tetapi satu persoalan yang berkait rapat dengan bagaimana kita menilai kehidupan kita.Sejarah kehidupan merupakan satu perkara subjektif yang amat unik dan mempunyai pelbagai persepsi untuk dibongkar.

Jadi kita perlu lihat apa yang sejarah bawa kepada kita semua.Apa yang dapat kita lihat dari sudut positif dan negatif daripada sejarah?Kebenaran yang pastinya.Namun disebabkan kebenaran yang dibawa oleh sejarah maka ramai pihak yang bertindak memanipulasikan sejarah untuk kepentingan sendiri.banyak fakta dan peristiwa sejarah yang telah dimanipulasi dalam era masa kini.Sebagai contoh, sejarah penindasan Kaum yahudi pada era pentadbiran Nazi telah dijadikan satu tapak bagi kaum Yahudi untuk meraih simpati masyarakat dunia seterusnya mendirikan sebuah negara haram, Israel dalam negara Palestin dan sehingga ke hari ini saya pasti bilangan rakyat Palestin yang ditindas zionis Yahudi adalah melebihi rakyat yahudi yang ditindas dalam era Nazi.Contoh terdekat adalah bagaimana British memanipulasikan istilah pejuang-pejuang tempatan dan mengelarkan mereka pengganas dan pemberontak.Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau, Haji Abd Rahman Limbong, sekadar menyebut beberapa tokoh terkenal yang sebetulnya berjuang untuk kedaulatan tanah Melayu namun dilabelkan oleh British sebagai pemberontak.

Sejarah sebenarnya sesuatu yang indah jika kita selami dan disebabkan kepincangan sistem pendidikan masa kini , ramai pihak tidak begitu mengendahkan serta bersikap acuh tidak acuh berkaitan aspek sejarah.Sejarah dapat mengajar manusia agar berwaspada dan merupakan satu platform untuk kita mengkaji peristiwa lampau agar di masa hadapan kita dapat memperbaiki dan menjadi yang lebih baik.

Sejarah tidak perlu dijadikan satu subjek untuk mendapatkan “A” dalam peperiksaan namun lebih daripada itu.Sejarah dapat disampaikan dalam pelbagai medium.Dalam bahasa Melayu, Inggeris dan malahan dalam komponen sastera juga sejarah dapat diluahkan dan diterjemahkan.Hikayat Panji Semirang, salah satu karya sastera Melayu Lama yang penuh unsur-unsur klasik bahasa Melayu banyak menceritakan sejarah peperangan dan kerabat diraja. Lord of the Rings jika dikaji secara mendalam merupakan satu komponen sastera Bahasa Inggeris yang menceritakan keadaan di Eropah pada peperangan dunia pertama.

Sebagai kesimpulannya, kita tidak patut menyembunyikan fakta sejarah daripada kaca mata umum jika hasrat kita adalah untuk kepentingan diri sendiri.Biarkan masyarakat umum mentafsir sendiri sejarah kerana konsep sejarah itu berbeza mengikut pandangan individu.Namun jangan pula ada sesetengah pihak bertindak kurang rasional dan tidak matang mengaitkan sejarah untuk mendapatkan sesuatu.Dalam negara kita, banyak peristiwa yang boleh dijadikan sejarah yang ditutup oleh pihak atasan dengan alasan akan menganggu gugat kestabilan kaum.Sebagai contoh, peristiwa memali, kejadian Kampung Medan, Al Maunah, 13 Mei dan sebagainya.Peristiwa sebegini dianggap ‘taboo’ dan dilarang untuk kita membicarakannya.

Sama-samalah kita merenung dan berfikir.Sejarah itu satu kehidupan.

p/s.ini adalah hak cipta terpelihara.Tidak menciplak mana-mana karya.seratus peratus adalah hasil nukilan sendiri.Berdasarkan idea daripada filem "the history boys".sila tonton filem ini untuk mendalami bahasa Inggeris.(filem yang agak bosan tetapi menarik skrip)

3 comments:

  1. Al Quds Travel Welcome You :-

    "FIESTA ALQUDS TRAVEL FAIR"
    Date : 10,11,12 December 2009
    Time : 10.30 am - 10.00 pm
    Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
    Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
    Tel No : 609-747 9999

    ReplyDelete
  2. bro..very well written !

    original

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share