Thursday, November 19, 2009

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia


SPM telah pun bermula semalam dan diharapkan kepada semua calon-calon SPM pada tahun ini dapat menjawab soalan dengan tenang.Bila bercakap tentang SPM, aku teringat kepada zaman aku mengambil SPM beberapa tahun yang lepas.Dah lama meninggalkan sekolah dan mula teringat kenangan manis dan pahit sewaktu berada di sekolah dulu.Kenangan SPM di sekolah berasrama di Kota Bharu ini merupakan antara kenangan indah yang tidak dapat dilupakan.Baiklah bercakap mengenai SPM, apa sebenarnya yang dapat dimaksudkan dengan perkataan SPM itu?Yang pastinya SPM membawa maksud Sijil Pelajaran Malaysia.Namun begitu, SPM bukan sahaja membawa kepada maksud Sijil tetapi lebih daripada itu.yang dibawah merupakan hasil perahan otak aku dan apa yang aku rasakan mengenai maksud perkataan 'SPM' itu.

Saat penentu masa depan
Kita terpaksa akui, zaman SPM adalah satu zaman yang amat penting dalam kehidupan sebagai seorang rakyat Malaysia.SPM menentukan kemana arah tuju kita di masa hadapan nanti.Namun tidak bermakna orang yang gagal dalam SPM akan menghadapi kegagalan dalam hidupnya.Tetapi jika SPM kita mendapat sesuatu yang boleh dibanggakan, itu merupakan satu tapak untuk menikmati kehidupan dan kerjaya yang selesa nanti.

Satu perjalanan mencabar
Alam persekolahan menengah merupakan satu alam yang mencabar.Disamping masing-masing mengejar ilmu mempersiapkan diri menghadapi SPM, saat ini juga merupakan perjalanan mengenal dunia.Alam persekolahan kita lebih banyak luahkan masa dengan kawan-kawan dan pilihan kita di masa ini amat lah penting.Saat di universiti tidak akan sama dengan apa yang kita alami di alam persekolahan

Skil pensel menanda
Kebanyakan kertas peperiksaan SPM memerlukan pelajar menanda boring OMR dan boleh dikatakan setiap pelajar ada skil tersendiri dalam menghadapi situasi ini.Di universiti, kebanyakkan peperiksaan lebih banyak terarah kepada subjektif.Pada masa SPM dulu, aku lebih suka menanda di kertas soalan sebelum tanda kertas jawapan.Ini kerana aku ingin memastikan jawapan yang aku pilih adalah betul dan aku malas untuk memadamkan kertas OMR yang kecil itu.

Saat pandang memandang
Masa yang diperuntukkan dalam SPM bagi satu-satu kertas adalah lama.Sebagai contoh, kertas 1 sejarah, 2 jam setengah bagi 60 soalan. Bagi pelajar yang agak cemerlang pastinya sejam sudah mencukupi untuk menjawab kesemua soalan dan masa yang selebihnya adalah untuk memandang kawan-kawan disebelah kiri, kanan, depan dan memandang siling, lantai serta pengawas peperiksaan.

Satu pengolahan minda
SPM merupakan satu platform bagi pelajar yang rata-ratanya adalah remaja untuk mendalami kemampuan minda masing-masing.Pelajar perlu mengambil sekurang-kurangnya 9 mata pelajaran wajib untuk SPM (zaman aku dulu kala).Dan di dalam minda pelajar pasti berkecamuk semua ilmu sejarah, matematik, sains, bahasa dan sebagainya.Bagaimana kepandaian pelajar mengolah ilmu yang ada dalam minda mereka merupakan kunci kepada kejayaan dalam SPM.

Satu persinggahan masa
SPM sebetulnya adalah satu persinggahan sementara sebelum menghadapi realiti kehidupan yang sebenarnya.Banyak berlaku kejutan budaya kepada mahasiswa yang mula belajar di IPTA dan IPTS dan jika diselidiki mereka dahulunya merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah.Jika pelajar tidak menggunakan masa SPM dengan penuh hikmah pasti mereka akan kecundang.Namun tidak semua akan menjadi sedemikian.

Sains perlu matematik
Memang benarpun penyataan diatas.Jika salah tolong betul kan aku. Amat jarang pelajar yang mendapat A dalam Fizik tetapi mendapat C dalam matematik Tambahan. Matapelajaran Sains tulen dan matematik selalunya berjalan seiringan dan dua mata pelajaran ini merupakan satu benda yang amat penting.

Saat pentingkan masa
Masa memang sangat-sangat penting bagi pelajar menghadapi SPM.Sebagai contoh, peperiksaan Matematik Tambahan, masa 2 jam setengah yang diberikan terasa tidak cukup untuk menjawab pengamiran, punca kuasa dua, logaritma, statistic dan sebagainya yang aku sendiri tidak berapa ingat.
x(1+x)^n=1+nx/1!+(n(n-1) x^2)/2!+⋯

Satu proses menghafal
Sejarah, geografi, Biologi, Kimia.Antara subjek yang sangat-sangat memerlukan daya ingatan yang kuat.Pelajar SPM perlu menghafal bukan sahaja buku teks tingkatan 5 tetapi juga buku teks Tingkatan 4.Memang suatu yang menyeksakan tetapi terpaksa jua dilakukan.Sejarah dunia, tamadun islam, sejarah Malaysia, Perlembagaan Malaysia.Jika diingat balik, TITAS lebih senang berbanding sejarah SPM.Tak percaya tengok balik kertas SPM.

Satu pelaburan menarik
Pernyataan ini lebih menyokong kepada penyataan yang diatas sekali.Seperti yang telah dinyatakan, aku percaya jika pelajar yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang, pastinya mereka akan pergi lebih jauh, mendapat tempat di university terkemuka (APEX Universiti sebagai contoh, hehehe), mendapat kursus yang digilai ramai (Perubatan dan kejuruteraan mekanikal, Kimia,)seterusnya berjaya mendapat perkerjaan professional yang menawarkan gaji yang tinggi dan mendapat taraf hidup yang dicemburui ramai.Memang SPM merupakan satu pelaburan jangka panjang yang menarik.

3 comments:

  1. berilmiah nyer kandaku ni..bagus sungguh..huhu

    ReplyDelete
  2. pali...saat meniru dan saat memberi tiru xde ker??huhuhu

    ReplyDelete
  3. farah - heheh.thanx.

    tak knal sape - saat meniru sentiasa ada masa spm nie.tak teringat nak letak dlm post tue.hehe

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share