Monday, December 21, 2009

Berita sekitar Kelantan dan Filem

Gelombang ke empat banjir mula datang dan sudah kedengaran kebanyakkan penduduk di Kuala krai dan rantau ranjang yang berpindah setelah rumah masing-masing ditenggalami air.Aku amat bersimpati kepada mereka semua kerana terpaksa berpindah 4 kali dalam tahun ini sahaja.Semoga mereka semua tabah menghadapi musim hujan ini dan insyaAllah, keadaan akan pulih seperti sedia kala nanti.Aku harapkan gelombang ini akan berakhir dengan cepat dan semua orang akan ceria dalam menyambut kedatangan tahun baru.Aku juga berdoa agar tiada jalan yang ditutup disebabkan banjir kerana ingin ke Kuala Lumpur jumaat ini.


Aku terbaca dalam harian metro (kalau tak salah) dan boleh dibaca disini. Bunyinya agak ketat tapi jika diteliti sebenarnya langkah pihak berkuasa KB berbuat demikian adalah untuk kebaikan semua pihak.Jika undang-undang sebegini tidak dilaksanakan, dengan kadar jenayah yang setiap hari semakin meningkat ini, maka masyarakat kita akan sentiasa berada dalam ketakutan.Jenayah ragut, rogol dan mencuri serta merompak kini bukan sahaja boleh didengari di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, tetapi di Kota Bharu juga semakin hari semakin teruk kadar jenayah.Sekuran-kurangnya langkah PBT KB melaksanakan kompaun ini dapat mengajar dan menyedarkan kepada orang ramai betapa pentingnya hukum islam tersebut.Jangan pula kedengaran selepas ini ada NGO yang bukan Islam mempersoalkan motif hukuman ini dilaksanakan kerana bagi aku, langkah ini amat amat dituntut dalam Islam dalam menjaga kesucian agama Islam itu sendiri seterusnya umat Islam secara keseluruhannya.

Apa lagi yang berlaku sekitar negeri Cik Siti Wan Kembang ini dalam 2,3 hari ini? Oh yaa.KAFA (Kelantan Football Associations) akan memperkenalkan tiket elektronik yang mirip konsep Touch and Go. Pendapat aku, ini merupakan satu langkat merevolusikan sistem tiket di Malaysia dan seterusnya antara langkah yang dapat meningkatkan mutu bola sepak tempatan.Kita sering bercakap mengenai peningkatan mutu bola sepak tempatan dan penonton dan stadium merupakan satu elemen yang sangat penting dalam meningkatkan mutu bola sepak tempatan.Setelah skuad negara menang pingat emas di Sukan Sea Laos baru-baru ini, masanya sudah tiba untuk kita merevolusikan mutu sistem bola sepak tempatan.Keadaan padang, sistem tiket, tempat duduk dan keselesaan penonton dan peminat bola sepak tempatan dalam kancah liga bola sepak tempatan harus dipandang serius oleh semua pihak.Sekiranya keyakinan penonton dan peminat bola sepak tempatan naik dan amat menggalakkan tidak mustahil senario bola sepak kita akan dapat meningkat ke satu tahap yang lebih membanggakan. Semua pihak harus berkerjasama dalam hal ini dan tidak semata-mata terletak kepada pihak pengurusan negeri masing-masing.FAM, MSN dan PBT negeri masing-masing harus duduk semeja dan mengetepikan pandangan politk dan ego masing-masing demi bola sepak tempatan.


Bercakap seketika mengenai filem-filem yang ditayangkan di pawagam sekarang.Avatar, filem James Cameron dan ramai mengatakan filem ini patut ditonton.Aku menunggu filem Sherlock Holmes yang menampil kan Robert Downing Jr, dan amat sukakan filem yang penuh aksi dan skrip yang hebat. Assasins yang menampilkan Rain juga menampilkan aksi yang hebat berdasarkan cerita ninja dari Jepun namun ada sesetengah pengkritik mengatakan filem tersebut lebih tertumpu kepada populariti Rain semata-mata.Storm Warrior juga telah ditayangkan dan kawan aku yang telah menontonnya tidak mengalakkan aku untuk pergi menontonnya.Filem itu katanya kurang sengat berbanding filem pertama,Storm Raiders.

6 comments:

  1. ish~ harap banjir xtruk~

    oh! avatar..?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Ganu xdak lagi la banjir teruk Gel-4 cam Kelate..

    AVATAR?rmai yg berckp tentengnye..huhu xsbr nak p jeng0k panggung es0k lusa..

    T_T

    ReplyDelete
  3. Kalo air bah tak surut, pakat naik sampan rmai2..thn dpn leh join varsity boat race...ahaks... :P

    ReplyDelete
  4. banjir lg ke??kesiannye...
    may Allah bless them....
    pali...sile la ber'charity'...

    besh ke avatar...??
    mcm cite ntah pape je...
    sedang menunggu alvin n the chipmunks 2...=)

    ReplyDelete
  5. tiha - aku pun harap begitu jugak

    jaa - tue laa.tapi semakin surut dah nie banjir kat rantau panjang.

    ainul - varsity boat?bleh2kita buat latihan kat tasik kolej 12.haha

    zu - alvin?tue filem utk budak leh la tue.hahah

    ReplyDelete
  6. pali...untuk budak2 ek...
    aku kn mmg masih budak2...
    =)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share