Monday, December 7, 2009

Bola oh Bola..Harimau Kuning dah jadi jinak

Tahu tentang Sukan Sea di Laos? Aku sejujurnya tidak mengikuti sangat sukan ini tapi yang setakat yang aku tahu, sukan sea tahun ini akan berlangsung di Laos dan aku membuka tirai dalam masa 2 hari lagi.Sukan yang sentiasa menjadi tumpuan ramai sudah pastilah sukan bola sepak.

Malaysia ambil keputusan menghantar dua pasukan bola sepak ke sana.Pasukan bola sepak lelaki bawah 23 tahun dan pasukan bola sepak wanita.Diharapkan kedua-dua pasukan ini dapat sekurang-kurangnya mengembalikan harapan untuk melihat nama Malaysia gah di Asia Tenggara ini.Namun yang terjadi adalah perkara yang sebaliknya.

Kita pergi kepada pasukan bola sepak lelaki.Perlawanan pertama, Malaysia 'berjaya' membelasah Timor Leste dengan jaringan 11 gol berbalas kosong.Yup, 11 gol.Satu jumlah yang agak banyak.Kemudian, ramai pihak media mula mengatakan mungkin skuad bimbingan Rajagopal ini dapat mengembalikan kembali taring skuad Harimau Malaysia ini.Tetapi pada perlawanan kedua melawan Vietnam, Malaysia kalah 3-1. Vietnam bukanlah sebuah pasukan yang dilihat begitu gah di persada antarabangsa berbanding Indonesia, Thailand dan Singapura namun pasukan ini dilihat antara pasukan yang paling cepat meningkat sejak beberapa tahun ini.Nampaknya skuad Malaysia kita masih jauh ketinggalan berbanding negara lain.Untuk memburukkan lagi keadaan, pemain negara kita beremosi selepas perlawanan menentang Vietnam dengan menyerang pengadil perlawanan yang berasal dari Korea.Mungkin kalau pemain negara kita mengambil kursus bahasa korea pada waktu sekolah dulu, senang hendak berbicara dengan pengadil tersebut.Malangnya pemain negara kita hanya pandai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pun tidak pandai sangat.Kenapa perlu emosi sedemikian?Sekarang kejadian itu menjadi buah mulut semua orang dan menjatuhkan integriti seluruh nama Malaysia.Kalau kalah, maka terima la kekalahan tersebut.Jangan hendak menyalahkan orang lain.

Aku sendiri pun buntu memikirkan macam mana cara hendak lihat persembahan skuad bola sepak Malaysia di persada antarabangsa berkesan dan mengerunkan pihak lawan.Patutla Peter Butler (bekas jurulatih Kelantan) lari untuk menjadi jurulatih pasukan Vietnam.Beliau lebih arif mengenai kelemahan bola sepak Malaysia gamaknya.

Baiklah, untuk pasukan bola sepak wanita pula.Lihat dan baca di bawah.

Malaysia 0 - 14 Thailand
Malaysia 0 - 8 Vietnam

Keputusan bola sepak tetapi seperti keputusan perlawanan badminton.Dan baru sekejap tadi aku menonton buletin utama, 'FAM akan melarang skuad bola sepak wanita daripada menyertai sebarang pertandingan antarabangsa termasuk skuad futsal kecuali perlawanan persahabatan'.Mungkin ini satu-satu cara terbaik agar nama Malaysia tidak bertambah-tambah malu lagi.Sudah la skuad lagi diperbudak-budakkan, ditambah pula skuad wanita pula.

Apa hendak jadi dengan senario bola sepak kita.

Yang menjadi ironi nya, kita sering mendabik dada mengatakan kita mempunyai liga bola sepak yang mantap di Asia Tenggara.Namun begitu, persembahan skuad negara tidak melambangkan kemantapan liga tempatan.

Bersama-sama lah kita berdoa agar satu keajaiban berlaku dan nama negara harum di persada antarabangsa kembali.

p/s - i had been meaning to write about Kelantan team after the Malaysia Cup Final.I'm talking about the rumor surrounding this beloved team of mine and the steps in rebuilding for the better team to conquer Super League, FA cup and Malaysia Cup next year.I promise you this, i will write all this down before i have to go to KL, how about that? Please wait for this.

3 comments:

  1. bla bla bla bla~


    ehehheee..

    nth! ape nk jadik la kan.. mgkin terlalu dimanjakan kot~ hahahaaa..

    ;D

    ReplyDelete
  2. tiha - btl gak tue.dimanjakan sejak dari kecik kot pemain bola malaysia nie.dimanjakan oleh media dan presiden FAM

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share