Friday, December 18, 2009

Hijrah

Hari ini seluruh umat Islam menyambut maal hijrah 1431.Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah sebenarnya? Hijrah jika dikaji dari sudut bahasa bermaksud "meninggalkan satu tempat menuju ke tempat yang lain". Dari sudut konteks pula, konsep hijrah lebih terarah kepada "meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain".

Daripada pengertian diatas apa yang dapat kita faham secara ringkas adalah hijrah bermaksud kita menjadi lebih baik daripada yang sebelum ini serta memperbaiki apa yang telah kita buat, percayai dan lalui.Bersempena dengan tahun hijrah yang baru melangkah ini, adalah elok kita berazam dan menguatkan semangat agar kita sebagai umat Islam bersama-sama berhijrah menjadi satu umat yang baik bukan sahaja dari segi fizikal, rohani serta emosi. Kita semua perlu berganding bahu menegakkan agama Allah ini agar kita sama-sama dapat memakmurkan bumi yang Allah telah kurniakan ini.

Bola sepak Malaysia juga nampaknya telah berhijrah seiring dengan tahun baru ini setelah semalam dapat menaikkan kembali nama Malaysia dalam kancah bola sepak Asia Tenggara setelah menumpaskan Vietnam dalam merebut pingat emas dalam Sukan Sea di Laos.Di harapkan semoga kejayaan ini dapat menjadi satu ransangan yang berguna dalam memacu peningkatan taraf mutu bola sepak negara di peringkat antarabangsa dan langkah itu bermula dengan arena Asia Tenggara.Skuad bola sepak ini kita harus lihat bukan sahaja melibatkan para pemain dan jurulatih, tetapi juga sebenarnya mewakili seluruh warga bola sepak tempatan yang begitu dahagakan kejayaan di arena antarabangsa.Kita tidak mahu menunggu 20 tahun dari sekarang lagi untuk mendapatkan pingat emas di sukan sea dan kita tidak mahu kejayaan semalam hanya tergantung di sukan sea (Asia Tenggara).Warga bola sepak tempatan mahukan skuad bola sepak pergi lebih jauh dan jika mampu melangkah gagah setanding negara lain di Piala Dunia.

Semoga lembaran baru yang dibuka oleh kejayaan bola sepak semalam akan membuka mata semua pihak untuk terus memberikan sokongan kepada kancah bola sepak tempatan dan langkah itu boleh lah dimulakan dengan memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak negeri yang akan mula beraksi januari depan dalam liga super mahupun liga perdana.

Dalam kita bercakap mengenai harapan dan impian peminat bola sepak tempatan, kita perlu sama-sama berhijrah memperbaiki segala kelemahan yang dilalui sepanjang tahun 2009 dan mengharapkan tahun depan menjanjikan lebihb banyak kejayaan kepada kancah bola sepak tempatan.

10 kenangan yang aku tidak dapat dilupakan bagi kancah bola sepak tempatan sepanjang 2009
  1. Pasukan Kelantan dapat masuk Liga Super melalui tiket Pasukan Polis yang menarik diri
  2. Kelantan bertemu Selangor dalam Perlawanan Akhir Piala FA
  3. Pasukan Kelantan dihukum membayar denda dan tidak dapat menggunakan Stadium Muhammad ke 4
  4. Rusuhan di luar stadium di Kota Bharu disebabkan kekalahan kepada pasukan Negeri Sembilan
  5. Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan stadium baru untuk Kelantan disebabkan pengharaman stadium di Kota Bharu
  6. Kelantan menewaskan Perlis untuk mara ke perlawanan Akhir Piala Malaysia
  7. Negeri Sembilan menewaskan Kelantan untuk menjulang Piala Malaysia
  8. Malaysia menewaskan Thailand bagi merebut tempat ke Separuh Akhir
  9. Malaysia menewaskan Laos (tuan rumah Sukan Sea ) dengan bergaya dan akan menentang Vietnam dalam merebut pingat emas
  10. Malaysia menang dengan gol sendiri oleh pemain Vietnam dan seterusnya mendapat pingat emas acara bola sepak bagi sukan sea di Laos.

p/s..Berhijrah agar dapat menjadi muslim yang lebih baik dimasa akan datang.

CF8GCTDZH6HA

9 comments:

  1. selamat tahun baru hijarah...1431H...
    moga azam anda taun nie tercapai....
    huhuhuhu.....
    p/s:mung nie mmg dop bley pisah dgn bola...
    aku wi bola se baru tau...
    =p

    ReplyDelete
  2. amin~ slm thn bru.. wah..layout blog pn berhijrah~ maju~

    ;)

    ReplyDelete
  3. zu - selamat tahun baru gak

    tiha - hahah.template baru.berhijrah.kasi cerah skit

    armouris - tahniah2

    ReplyDelete
  4. aih...xder dh ker AimTrust?hahaha...

    ReplyDelete
  5. ye2!bhijrah ke arah kebaikan.itu yg kita mahu =)
    selamat berhijrah ok.jgn hanye pd kate2,perbuatan juga mesti seiring.
    =)

    ReplyDelete
  6. ainul - lari doh tue.

    izzah - jom same2 kita berhijrah

    roy - bakpo mu nie?

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share