Balik je dari Lumut terus hujan.Dan skang, hujan tak berhent-henti.Nak tgk astro pun tka lepas skang nie.Astro pun tak nak upgrade kelemahan disebabkan hujan nie.
Kebosanan pun melanda disebabkan tidak dapat menonton TV dan akhirnya aku pun menonton How I met Your Mother season 1 hingga season 5.Season 5 nie adalah yang paling terbaru dan setakat ini aku masih mengumpul lagi.Bersekang mata sebelum ini memuat turun semua episod.Bagi sesiapa yang meminati Sex and the city, Friends , boleh la turut sama mengikuti series ini kerana series ini mengandungi humor, romantik, persahabatan, kehidupan dan banyak lagi.
Dalam aku menghabiskan cuti dalam musim hujan sekarang ini, aku tidak dapat tidak mengambil tahu perkembangan politik dalam negara kita.Terlalu banyak permainan politik berlaku sejak kebelakangan ini.Antara yang menjadi tajuk utama akhbar media perdana dan dalam blog-blog adalah isu Biro tata negara, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Ada yang mengatakan "aku tok minat lah nak amek tahu pasal politik nih""Politik ni kotor"
Bagi aku, semua rakyat Malaysia yang sudah berumur 21 tahun yang wajib mengundi berhak mengambil tahu pasal politik kerana politik merupakan satu komponen penting dalam kehidupan seharian kita.Sebagai contoh, isu BTN, semua kakitangan kerajaan dan mahasiswa IPTA akan menghadiri BTN dan langkah kerajaan Pulau Pinang dan Selangor mengharamkan BTN adalah satu langkah bijak.Ini kerana modul yang ada dalam program tersebut sudah tidak relevan dan kadang-kadang melampau.Ramai kawan-kawan aku yang mengikuti kursus BTN menyuarakan benda yang sama.Modul yang sudah ketinggalan zaman dan lebih fokus kepada mengagung-agungkan kerajaan sekarang.Dan kesudahan kepada isu ini adalah, kerajaan akan menggubal balik modul BTN agar berkesesuaian dengan perkembangan masa sekarang.
Isu doa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat?Aku malas nak ulas cuma yang aku boleh sampai kan, jangan percayai satu persatu apa yang disiarkan dalam TV ataupun Utusan Malaysia.Tak percaya, NST telah diarahkan membayar sejumlah wang kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnah beliau.Dan sebelum kita membuat apa-apa spekulasi atau menyokong mana-mana pihak silalah baca dan kaji dulu dari semua segi.Baca la blog-blog yang ada kerana kadang-kadang informasi yang terdapat dalam blog-blog lebih telus daripada akhbar perdana.Kita semua diberikan minda dan pemikiran untuk menganalisis sesuatu perkara jadi jangan cepat menyokong atau menafikan sesuatu perkara.
Setakat ini sahaja lah bagi kali ini kerana aku baru siap memuat turun one piece dan bleach yang terbaru (manga sahaja ..anime kemudian hari sebab besar sangat).Sebagai pengakhirannya, dalam dunia ini ada banyak lagi benda penting yang dapat kita buat dan fikir.Jadi sama-samalah fikir.
p/s - baru-baru ini ada kawan aku cakap keputusan UPM dah keluar tapi bila aku lihat, tak kelihatan pulak.Entah lah.Tak tau yang dah rasmi ke belum.Baik tunggu yang betul-betul rasmi dulu.Aku dah buat semampu yang aku boleh dan berserah je dapat berapa sekali pun.
Li cari Prison Break sizen 2
ReplyDeletedownload cter tamil ek..
ReplyDeleteroy - prison break?nanti aku cari.
ReplyDeletefarah - tamil.rajnikand ke.hehe