Friday, December 4, 2009

Lelaki dan Mabuk

Lelaki.

Kaum Adam.

Kaum Jantan (bagi sesetengah orang panggil).

Kaum lelaki sememangnya telah dikurniakan oleh Allah, akal fikiran yang sepatutnya digunakan untuk menjadi wakil khalifah di bumi Allah ini.Namun banyak kita dengar kes-kes yang melibatkan kaum lelaki yang tidak mengambarkan sifat sebenar kaum lelaki.Ada sesetengah kes yang terlalu menakutkan sehingga buat kita terfikir, kadangkala kaum lelaki dapat bertindak lebih jahat daripada syaitan sendiri. Kaum lelaki dikurniakan kekuatan, kebijaksaan dan akal fikiran yang matang untuk memimpin diri sendiri, kaum wanita serta dunia.Namun begitu, kaum lelaki seringkali menyalah guna kelebihan yang ada dan hanyut dalam permainan syaitan dan duniawi.Sejak dulu lagi, kaum lelaki tidak dapat dipisahkan dengan keegoan.Keegoan lelaki melambangkan kemegahan dan maruah dan seringkali dunia hancur disebabkan hanya keegoan lelaki.Tidak percaya?Selidiki sejarah peperangan dunia, peperangan teluk, perang Vietnam dan Amerika, Falkland War dan sebagainya.

Satu benda lain yang sering menjadi kelemahan bagi kaum lelaki dan membezakan antara lelaki baik dan lelaki jahat adalah tahap mabuk seseorang lelaki tersebut.Lelaki dan mabuk tidak dapat dipisahkan dan banyak sebenarnya yang lelaki mabuk terhadap benda dalam dunia ini.Ada mabuk yang dapat digunakan kearah kebenaran dan selebihnya lebih terarah kepada kemungkaran.Disini aku senaraikan 10 benda yang seringkali lelaki mabuk.Mungkin ada lagi perkara yang tidak aku sebutkan disini dan aku akan tambah dimasa akan datang (mabuk laut dan udara tidak diambil kira untuk senarai ini)

Mabuk perempuan – Yang ini memang sudah sedia maklum. Banyak kes lelaki tumbang di pangkuan wanita.Lelaki memang lemah dengan wanita kerana Allah telah mencipta lelaki dan wanita berpasang-pasangan dan saling melengkapi.Namun begitu, ada lelaki yang bertindak mencari yang haram.Keseronokan dunia.Lihatlah di Golok, berapa ramai kaum lelaki pergi ke sana saban minggu.Lihatlah di Bukit Bintang, berapa ramai lelaki yang mabuk dengan sentuhan manja pelayan-pelayan mahupun pelacur-pelacur dalam dan luar negara sehingga mereka mengabaikan anak, bini dan kawan-kawan serta teman wanita.Ada pula lelaki yang bila dah berkahwin atau bercinta langsung tidak ingat dunia.Sanggup tinggalkan kawan-kawan dan lebih teruk lagi sanggup tinggalkan keluarga.Nak salahkan perempuan?Lelaki yang salah.Mungkin dua-dua yang salah.

Mabuk arak – Arak memang dah diketahui air kencing syaitan.Bila dah berkeadaan mabuk, macam-macam perkara boleh berlaku. Kalau sesiapa ada kawan dari kaum cina atau india, Tanya lah kepada mereka bagaimana penangan arak ini.Ada satu kes di Ipoh baru-baru ini disebabkan mabuk ada seorang lelaki mengoyak dan merosakkan gambar sultan perak.Kadang-kadang disebabkan mabuk arak, lelaki sanggup bergolok gadai, sanggup jual harta benda, lebih teruk lagi jual anak bini dan yang lebih bersifat binatang sanggup merogol anak sendiri semuanya disebabkan mabuk arak.Gambar orang mabuk.

Mabuk duit – Duit yang menggerakkan dunia ini.Tanpa duit dunia ini lumpuh.Benarkah penyataan ini?Mungkin ada juga kebenaran disebaliknya. Lelaki yang mabuk duit ini sanggup melakukan apa saja asalkan mereka dapat duit tersebut dan semua jalan mereka redah tidak kira halal atau haram.banyak kes rasuah berlaku disebabkan lelaki yang mabuk duit.Lagi banyak duit yang ditawarkan lagi besar kes rasuah itu. Ada lelaki yang mabuk duit sanggup menipu, membunuh (ala-ala Altantuya) semata-mata agar kehendak mereka tercapai.Anak bini tidak dihiraukan, kawan baik tidak dipedulikan, keluarga dibuang jauh-jauh semata-mata menghambakan diri kepada duit.Duit tidak dapat membeli kebahagiaan, itu yang pasti.

Mabuk kuasa – yang ini dapat kita lihat dalam dunia politik.Bukan sahaja dalam negara kita malah di serata pelosok dunia.George Bush yang mabuk kuasa sanggup menyerang Afghanistan dan Iraq dan dia juga mabuk duit kerana dua negara ini mempunyai bekalan minyak yang banyak.Ada lelaki yang mabuk kuasa sanggup menindas kaum yang lemah , merasa ego terhadap kuasa yang dimilikinya dan sehinggakan sanggup menggunakan saluran haram agar kuasa yang mereka ada sentiasa terjamin

Mabuk pangkat – lebih kurang diatas tapi mungkin dalam konteks yang lebih kecil.Lelaki , jika kita lihat memonopoli pangkat-pangkat tertinggi dalam pentadbiran kerajaan, syarikat-syarikat di negara kita.Ada sesetengah lelaki yang berpangkat tinggi ini mabuk dan mengamalkan rasuah, kronisme, nepotisme dan ada juga lelaki yang mabuk pangkat ini menggunakan ilmu hitam semata-mata untuk mengekalkan pangkat yang mereka sandang.Mereka sanggup berhabis wang ringgit dalam mengejar pangkat dimata masyarakat.

Mabuk bola – Yang ini mungkin boleh dimaafkan kerana rata-rata lelaki memang mabuk bola sepak.Sanggup bersekang mata menonton pasukan kegemaran beraksi.Namun ada lelaki yang terlampau mabuk bola sanggup bertindak liar seperti melakukan keganasan kerana tidak dapat mengawal emosi semasa perlawanan bola sepak. Dan tahun depan pada bulan Jun, seluruh peminat bola sepak akan mabuk dan demam Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Selatan

Mabuk judi - Judi merupakan satu benda yang haram dan amat ketagih.Jika tidak ketagih masakan tauke Genting Highlands tercatat sebagai salah seorang individu terkaya di Asia Tenggara.Ada lelaki yang mabuk judi sehingga berhutang dengan ceti haram dan ada yang lebih teruk sanggup menggadai anak bini semata-mata untuk berjudi.

Mabuk kereta – Lelaki yang mabuk kereta adalah lelaki yang sentiasa tidak puas dengan kereta yang dimilikinya. Mereka sentiasa hendak kereta mereka lebih cantik, lebih laju, lebih kuat daripada kereta orang lain.Mereka ini sanggup mengikat perut semata-mata membeli aksesori kereta masing-masing.Malahan ada lelaki yang terlampau mabuk kereta sanggup mencuri.Lihat lah di jalan-jalan raya, ada sesetengah kereta itu kelihatan seperti jet pejuang yang menunggu masa untuk terbang.

Mabuk rokok – tidak dinafikan banyak kaum lelaki yang terjebak dalam rokok.Sanggup lagi menghisap rokok walaupun sedia maklum rokok dapat membunuh.Sanggup lagi membeli rokok walaupun sedia maklum harga rokok sudah mencecah RM10 (pek 20)..tidak mampu berkata-kata lagi (hehe)

Mabuk dadah – Dadah merupakan musuh utama negara.dadah dapat merosakkan anak bangsa.Apa lagi yang mahu dikatakan mengenai dadah, semua sedia maklum mengenai dadah kerana dadah bukan satu isu baru.Isu lapuk yang tidak ada kesudahannya.

Jadi diharapkan kepada semua kaum lelaki agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah mabuk dengan dunia ini.Aku sampai ini semua sebagai teladan dan sama-sama memperingatkan diri aku sendiri juga.Sekian...

p/s – Aku nak selitkan jugak mengenai bola sepak.

Perlawanan yang akan menentukan hala tuju Serie A (Liga bola sepak Itali) Juventus lawan Inter Milan, Sabtu, jam 3.45 pagi waktu tempatan di saluran Astro Sport , 811/816. Perlawanan ini penting kerana Inter selaku pendahulu Liga dapat menambah mata dan meninggalkan Juventus dan AC Milan di tangga ketiga dan kedua sekiranya menang di Turin esok. Juventus pula ingin mengurangkan jurang mata antara pasukan mereka dan Inter.Kedua-dua pasukan pasti ingin mencari kemenangan dan pasukan bimbingan Mourinho (Inter Milan) dilihat mempunyai sedikit kelebihan dari segi kekuatan mental dan pemain. Inter Milan mungkin tidak dapat bermain seperti Barcelona namun mereka terkenal kepada kekuatan pertahanan. Inter Milan yang akan bertandang ke Turin esok hari dilihat tidak berada dalam keadaan tertekan berbanding Juventus yang telah mengalami dua kekalahan berturut-turut sebelum ini iaitu kepada Bordeux dan Cagliari.Sama-sama saksikan perlawanan ini.

Jangkaan aku perlawanan ini akan berkesudahan seri yang dilihat menguntungkan kedua-dua pihak.Namun sebagai peminat Inter Milan aku pastinya mengharapkan kemenangan kepada skuad Mourinho dan berharap Samuel Eto dapat menjaringkan gol.Baca di sini dan sini.

2 comments:

  1. en.zulfadli kategori maner yer..hihi..n sempat lagi post pasal bola ek..

    ReplyDelete
  2. farah - boleh dikata sket2 mabuk bola la.huhu.mesti perlawanan penting nie malam nie.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share