Thursday, December 10, 2009

Merah untuk UPM dan Kelantan, Biru dan Hitam untuk Inter Milan.

Yang pertamanya, aku minta maaf kerana tiada idea untuk mencari tajuk yang sesuai untuk nukilan kali ini.Namun begitu, aku hendak menunaikan janji aku sebelum ini iaitu bercakap mengenai pasukan Kelantan di persada bola sepak tempatan dan secara khususnya persiapan 'The Red Warriors' menghadapi tahun 2010 dengan misi menjulang Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super.

Yang pertama ingin aku mengucapkan syukur kepada Allah kerana akhirnya secara rasmi telah keluar keputusan peperiksaan aku di UPM.Keputusan aku? Senang kata, aku berpuas hati dan syukur kerana aku dapat apa yang setimpal dengan apa yang aku usahakan dan mungkin ada sedikit 'bernasib baik'.Tetapi walau apa pun, sangat bersyukur dan akan menggunakan keputusan awal ini sebagai platform untuk yang seterusnya yang menjanjikan lebih banyak cabaran.

Baiklah, yang keduanya, maaf kan aku kerana aku terpaksa juga membicarakan mengenai pasukan Inter Milan (kipas susah mati nie..hehe). Pada minggu lepas, menentang Juventus, Inter Milan kalah dan kelebihan mata kini hanya 4 mata dengan tempat kedua iaitu AC Milan dan aku sangat sangat tidak berpuas hati mengenai perlawanan tersebut.Tapi jika dikaji dengan lebih mendalam, Juventus sangat memerlukan kemenangan pada masa itu dan mereka mempunyai motivasi tambahan selain bermain di tempat sendiri.Walaubagaimanapun, Inter berjaya menebus kekalahan minggu lepas dengan menang menentang Rubin Kazan awal pagi semalam untuk melangkah ke pusingan kedua (Kalah Mati) Liga Juara-Juara Eropah.Perlawanan semalam amat menghiburkan.Kedua-dua pasukan menyerang dan ternyata Inter lebih menyengat dengan gol daripada Eto dan Balotelli.Tahniah kepada Jose Mourinho dan Forza Inter...

Yang ketiga sudah pastinya mengenai Kelantan.Pasukan Kelantan dalam persiapan menghadapi musim hadapan dilihat antara pasukan yang paling banyak membuat perubahan .Perubahan ini mungkin disebabkan prestasi yang membanggakan musim ini walaupun Kelantan kalah dalam dua perlawanan akhir (Piala FA dan Piala Malaysia).Beberapa nama besar pemain bola sepak tanah air telah menandatangani kontrak bersama Kelantan dan jika di atas kertas memang terbukti pasukan Kelantan mempunyai segala ramuan untuk menguasai liga bola sepak tanah air tahun depan.Meskipun terdapat khabar buruk selepas perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari yang mengatakan terdapat beberapa pemain Kelantan menerima rasuah bagi memberi kemenangan kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan malam itu.Mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan itu dimana pasukan ini dapat membuat rombakan yang menyeluruh dan menyiapkan pasukan dengan pemain terbaik tanah air.

Dengan pengurusan yang diterajui oleh Anuar Musa, pasukan Kelantan dilimpahi oleh pelbagai penaja.Dan terdapat khabar angin yang boleh dipercayai, jersey pasukan Kelantan tahun depan akan ditaja oleh Umbro selain daripada AirAsia yang akan menaja pengangkutan pasukan ini bermain di luar Kota Bharu.Jurulatih B.Sathianathan yang sebelum ini merupakan bekas jurulatih negara, peminat Kelantan berharap beliau dapat mencari taktikal yang sesuai dan dapat memotivasikan pemain untuk bermain yang sebaik mungkin.

Terdapat banyak muka baru yang dibeli Kelantan untuk musim hadapan iaitu
  1. Akmal Rizal (bekas penjaring utama Kedah, Selangor dan Malaysia)
  2. S Chanturu (dari Pulau Pinang, penyerang lincah)
  3. S Subramanian (pertahanan tengah dari Perak)
  4. Shahrul Idlan (penyerang bawah 21 tahun Malaysia)
  5. Syed Adney (penjaga gol negara bawah 21 tahun namun digugurkan untuk sukan sea laos)
  6. Syakir (pemain tengah dari UPB My team)
  7. Hairrudin Omar (terbaru)(dari T Team)
  8. Azizi Mat Rose (pertahanan dari perlis)
Dalam membuat perubahan ini , beberapa pemain terpaksa ditamatkan kontrak dan antara pemain terkenal yang ditamatkan kontrak oleh Kelantan adalah Khalid Jamlus (akan menyertai tentera) dan Halim Napi (menjadi jurulatih penjaga gol Kelantan).

Berdasarkan senarai pemain-pemain Kelantan untuk musim hadapan, terdapat sinar harapan yang mungkin tahun 2010 akan menjadi tahun Kelantan merebut semua piala yang dipertandingkan dalam Malaysia ini.Namun begitu, persembahan yang terbaik perlulah sentiasa dipamerkan oleh pemain-pemain selain mengharapkan sokongan padu daripada penyokong Kelantan yang terkenal dengan sikap fanatik, tidak mustahil Kelantan akan mengecapi kejayaan pada tahun hadapan.

p/s.. Sungguh tidak sabar hendak menanti tirai bola sepak Malaysia dibuka awal tahun depan dan melihat Kelantan beraksi.Sangat berharap dapat menonton Kelantan bermain di Lembah Klang mahupun di Kota Bharu.Sedikit sedih kerana cuti semakin menghampiri kepada penghujungnya.

6 comments:

  1. TAW's owner..
    gane cite team kelate dop leh beraksi c0z hutang lapuk?

    huhu..

    hairuddin omar is a g0od player fr0m Trg..+_-

    ReplyDelete
  2. yepp! agree jalela~;)

    oh palie.. dean kah..? ape2 pun congrates! sile doakan beta dpt cek dgn gumbira~

    ReplyDelete
  3. jaa - hahah.cite kelate zaman dulu tuh.zaman gelap.dah setel dah seme.hairuddin duk saujana setiu jah.setiu n besut tuh alah ko kelate doh.

    tiha - alhamdulillah, tidak dean aku.huhuhu.tapi leh la cukup makan

    ReplyDelete
  4. congrats congrats congrats =)
    semoga terus berjaya dan berjaya

    ReplyDelete
  5. kelate amik player ganu...result fnal cam sial...

    ReplyDelete
  6. izzah - terima kasih, danke schon dan arigato.huhuh

    aku anggap roy - hairuddin duk saujana jah..lebih kure kelate doh tue.takpo sem dpn kito wat molek lagi

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share