Thursday, December 17, 2009

nak masuk tahun baru dah

Okies.sekarang dah 17 disember.lagi 16 hari maka masuk la kita ke tahun 2010 kan.bagi tahun hijrah pula, esok adalah tahun yang baru dalam kalendar islam.Selalunya apabila kita bercakap mengenai tahun baru, pasti semua akan berfikir apa yang telah dilalui sepanjang tahun ini dan apa azam baru yang akan dibuat untuk tahun depan.

Untuk aku, aku sendiri tak ingat aku berazam atau tidak pada tahun lepas dan mungkin aku akan berazam pula untuk tahun depan.Namun yang pasti, selalunya aku berazam agar kehidupan aku sentiasa lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan Alhamdullilah,Allah mengurniakan dan mengabulkan azam aku itu.Walaupun demikian, aku sedar dan sentiasa akan ingat bahawa usaha yang berterusan adalah satu-satunya jalan untuk membuahkan satu kejayaan dan aku sentiasa akan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Baiklah, bercakap pula mengenai blog ini.Aku dapat rasanya ini merupakan tahun yang penuh emosi, pengalaman dan teladan.Ini merupakan satu tahun penuh blog ini beroperasi dan pelbagai cabaran serta ilmu baru mengenai dunia blogger aku selami.Terima Kasih kepada semua pembaca yang sudi menulis komen dan memberi input berguna kepada aku.Aku sangat-sangat hargai jasa baik kamu semua.

Jadi dalam kita menyambut tahun baru Masihi dan Hijrah ini, aku terfikir,entry ataupun hasil nukilan yang manakah dalam blog aku ini yang aku rasakan paling mendapat perhatian?paling sedap dibaca?paling puas hati aku menulis dan paling buruk?Untuk menjawab semua itu aku semestinya perlu melihat balik semua hasil nukilan yang lepas-lepas dan jika ada para pembaca yang ingin menambah serta memberikan kepada aku pendapat kamu sekalian, aku amat lah berbesar hati.

Sekian..Jumpa lagi di nukilan akan datang dan aku janji aku akan ulas mengenai entri-entri terbaik, terburuk aku pernah tulis.Wassalam.

2 comments:

  1. awal2 tahun 2009, tahun paling fucking dlm idup gua....

    ReplyDelete
  2. yeng - hahaah.ye ek.takpo.thn dpn bwk benda molek

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share