Thursday, December 24, 2009

Sessi Jangan Tidur lagi (TV3)

Semalam sedang aku melangkah hendak masuk ke dalam bilik, aku terlintas depan tv, yang sedang ditonton oleh adik aku.Dia sedang melayan rancangan 'Jangan Tidur Lagi' di TV3 yang bermula jam 11 malam.Aku kebiasaannya tidak berminat sangat untuk layan tv3 tetapi tak tahu kenapa, semalam aku terduduk dan turut melayan sama.Seingat aku, hos rancangan tersebut adalah Adlin Ramli, tetapi semalam rupa-rupanya Saiful Apek.Yang menariknya, semalam tetamu undangan adalah Danny XFactor dan Marsha.Lama aku tak tengok Danny di kaca televisyen dan kali terakhir aku terjumpa dia di Secret Recipe KB Mall, awal tahun ini selepas keluarnya filem 'Budak Kelantan'.

Danny sekarang semakin gemuk.Memang kalau sesiapa tengok dia semalam akan terkejut.Aku sendiri terkejut.Memang semakin berisi.Marsha tak perlu la diulaskan, memang akan tetap "maintain" je badan dia, orang perempuan memang sentiasa jaga badan, aset katakan, lebih-lebih lagi dalam dunia hiburan.Baiklah berbalik kepada Danny tadi, memang aku tidak sangka Danny boleh berubah sedemikian, aku jangkakan orang industri, yang ada banyak wang  pasti akan pergi ke gimnasium mane-mane dan menjaga tubuh badan mereka namun sangkaan aku meleset bila tengok Danny semalam.Mungkin dia berbuat demikian untuk filem nya , aku sendiri tak pasti.Tapi semalam aku dapat tahu yang dia ada membintangi filem terbaru yang akan keluar April tahun depan, tajuk aku tak ingat.Yang mencuit hati semasa melayan rancangan itu semalam, Apek tanya soalan kepada Danny dan Danny jawab dalam bahasa 'Kelate' dan Marsha pula terpinga-pinga sambil ketawa gedik-gedik.Adik sendiri tak tahan gelak mendengar Danny menggunakan bahasa dialek semalam.Memang bahasa 'Kelate' amat unik.Aku bangga dengar Danny bercakap dalam bahasa 'kelate' semalam.

Aku tak layan sampai habis rancangan semalam.Aku sambung tengok CSI-NY yang lebih mencabar setiap episod dan episod semalam berkaitan dengan korupsi, penipuan orang-orang atasan dan penyembunyian bahan bukti.Aku malas nak ulas episod semalam di sini kerana lebih baik lihat sendiri nanti , lebih syok kan? Jangan risau, Astro banyak ulang episod CSI, tunggu hari Ahad , pasti ada ulangan CSI.

Yang mahu aku sentuh adalah berkaitan kes kecurian dua enjin jet pesawat milik TUDM yang heboh sekarang ini.Aku pun pelik kerana daripada apa yang aku faham dan baca, kes ini sebenarnya dah berlaku tahun lepas(kalau tidak salah) tetapi kenapa baru sekarang diheboh kan.Harga enjin itu dikhabarkan berjuta-juta ringgit.Memang tersangat mahal.Jadi macam mana dengan siasatan kes itu sekarang?itu yang rakyat hendak tahu.Semua itu adalah berkait dengan wang rakyat.Rakyat yang bayar cukai, ibu bapa aku berkerja penat-penat semata-mata nak tengok duit mereka hilang , dicuri oleh segolongan manusia yang tidak reti bahasa.Aku rasa perkara ini bukan seorang dua yang terlibat, pasti ramai yang bersekongkol.Lagipun, bukan senang hendak menghilangkan harta milik TUDM dan kalau senang, pasti aku dah ajak kawan-kawan aku pergi Sungai Besi .Bukan setakat enjin jet aku curi, dengan jet-jet aku curi.Senang nak balik KB.Laju.Siasatan dijalankan sekarang dan dengar khabar PDRM akan berkerjasama dengan Interpol mencari dalang-dalang.Aku rasakan, tidak perlulah PDRM lari jauh-jauh sampai luar negara, dalang-dalang kes ini masih ada dalam negara kita lagi.Aku yakin.

Entahlah, zaman sekarang ini susah hendak mempercayai orang.Kalau harta "Tentera Di Raja Malaysia" boleh dicuri siapa lagi yang rakyat dapat percayai kan?Aku berharap sangat-sangat kes ini dapat selesai dan jangan wang rakyat hilang begitu sahaja.Kalau begini, negara tidak perlulah beli lagi enjin dari luar, naikkan saja PTPTN agar ramai graduan belajar bersungguh-sungguh dan rakyat kita dapat cipta enjin jet sendiri nanti.Daripada wang rakyat dibazirkan begitu sahaja, amat besar faedahnya dapat membantu anak bangsa sendiri. 

Maklumlah, aku hanya peminjam PTPTN,orang lain bertuah sebab dapat biasiswa,dah terjamin kerjaya nanti.Aku hanya berterusan berhutang.Syukur sekurang-kurang dapat jugak kan.

4 comments:

  1. pasal enjin jet tu..hahaha..paham2 sendiri la mse tu sapa menteri pertahanan...lama2 kes ni msti senyap cmtu je...sme politik

    ReplyDelete
  2. aku pun hutang~ ahhahaa..

    ;)

    oh! bru tau sal enjin tue..ihiks! thanx!

    ReplyDelete
  3. Kan best kalo duit PTPTN naik tp byrn balik krg...hahaha

    ReplyDelete
  4. pali...try laa mntk jpa tauh dpan...silau2 laa sket.... =)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share