Sunday, December 20, 2009

Stranger Than Fiction - penuh maksud


 Berdasarkan nama tajuk filem ini, aku mula-mula ingatkan satu filem fiksyen seperti the land of the lost tapi rupa-rupanya bukan.Aku mula berkenan dengan filem ini setelah melihat Astro akan menayangkan filem ini pada 25 hb ini di AXN dan disebabkan mungkin aku tidak dapat menontonnya, maka aku terus mencari di google dan bernasib baik kerana terjumpa. Filem ini dibintangi oleh Will Ferrel yang sekarang merupakan salah seorang superstars Hollywood dalam genre Komedi dan tidak dinafikan melalui filem ini Will Ferrel membuktikan dia merupakan pelakon yang  serbaboleh dan mampu mengarap watak apa sekalipun.

Pada permulaan filem boleh dikatakan agak mendatar dan mungkin kepada yang tidak sabar akan kecewa dengan filem ini.Namun begitu apabila sudah sampai ke tengah filem, semua persoalan mula timbul dan seterusnya plot menjadi lebih laju tetapi kadang-kadang macam tergantung seketika. Kehadiran Dustin Hoffman yang menjadi pelakon pembantu dalam filem ini begitu memuaskan kerana beliau dapat menjalankan wataknya membantu Will Ferrel mencari apa yang berlaku dalam hidupnya.

Di akhir filem ini pasti penonton tidak sabar dan mengharapkan satu keajaiban berlaku dan sesungguhnya pengakhiran sebegini agak mendatar berbanding daripada pengakhiran yang awal-awal dicadangkan dalam filem berkenaan.

Bagi aku, filem ini bagus untuk ditonton kerana ia melibatkan kehidupan.Bagaimana seorang yang kuat berkerja sepanjang hidup nya mula mengerti apa kenikmatan hidup dan disaat beliau gembira ,beliau mendapat tahu beliau akan meninggal dan yang lebih mengecewakan, penulis novel yang akan mematikan hidup beliau dan abadikan dalam karyanya yang terhebat.Memang filem ini sesuai dengan tajuk yang telah diberikan, lebih ganjil dari fiksyen.Skrip dalam filem ini amat hebat, plot dan susunan juga memuaskan.Jadi, 25 hb ini sila lah menonton Stranger than Fiction di AXN jam 9 malam.


9 comments:

  1. chal mere bhai??????mner nyer..huhuhu

    ReplyDelete
  2. olooo~ balik suda~ haish!

    ReplyDelete
  3. farah - tak jumpe.dah banyak kali mencari tau.takpe try cari lagi ye.

    tiha - balik kolej cepat

    jaa - mu ado ko cite tue?bollywood mari

    ReplyDelete
  4. aku tgk dh....tp dlm tv ar...heheheh

    ReplyDelete
  5. apa yang penting enjoy.. bosan2 singgah le..

    ReplyDelete
  6. wah great writing.. thanks very much i like.. i support your side..

    ReplyDelete
  7. zu - ado doh main kat tv ek

    sharinginfoz - terima kasih..dah singgah.sangat bermaklumat.

    ezzati - try lah.best cite nie

    zuwairiaiman - thank you.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share