Wednesday, December 23, 2009

TMnet - Telekom Malaysia Network


Aku baru dapat menggunakan internet kat umah nie.Sejak dari petang semalam, sambungan internet tak dapat digunakan.Bila aku telefon buat laporan kerosakan, boleh pulak pejabat TMnet cakap sambungan internet tengah 'update server'. Adoi laa.Jika selalu berlaku begini, mungkin aku akan pujuk orang rumah ini tukar kepada P1W1Max.Bayaran bulanan pun lebih kurang dan yang lagi istimewa, tiada wayar.Semuanya 'wayarless'.Bertambah-tambah senang.

Kadang-kadang aku hairan, kenapa perkhidmatan yang diberikan oleh TMnet kadang-kadang agak mengecewakan?Aku tidak berkata keseluruhannya, tetapi kadang-kadang.Berbanding perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat lain memang TMnet agak kebelakang sedikit.Walau apa pun aku bersyukur kerana kadang-kadang perkhidmatan internet TMnet ini lebih laju daripada perkhidmatan 'broadband celcom'.Aku pernah pakai benda itu sebelum ini dan memang perlahan.Mungkin broadband hanya sesuai dipakai di bandar-bandar besar.

Berbalik kepada W1Max, kawan aku di Kuala Lumpur ada menggunakannya dan bila aku tanyakan kepada dia, dia menjawab, sambungan nya agak laju dan bayaran bulanan hanya RM49 (yang paling asas..jika tidak salah).Namun, aku rasakan perkhidmatan ini mungkin tidak dapat dinikmati di sesetengah tempat lagi kerana masih agak baru.Aku masih ingat dalam bulan 9 dulu, aku bertanyakan kepada promoter W1Max tentang liputan di UPM, dia menjawab masih belum ada liputan perkhidmatan itu di sana.Mungkin sekarang dah ada, aku sendiri tidak pasti.

Jika kita lihat pada senario perkembangan liputan internet di Malaysia sekarang ini, satu senario yang amat menggalakkan.Tidak kira peringkat umur,dari budak sekolah rendah sehingga 50-an dan 60-an, semuanya sudah mengetahui dan menggunakan internet berbanding dekad yang lepas.Disebabkan inilah kita dapat lihat persaingan bermacam syarikat tempatan menawarkan perkhidmatan internet kepada pengguna.Pengguna sekarang mempunyai pelbagai pilihan , samada mencari yang laju, yang stabil, yang mudah alih mahupun yang asas.Pelbagai kadar disediakan dan aku tidak nafikan kadar yang ditawarkan amat berpatutan.Semua orang mampu menggunakan perkhidmatan internet sekarang ini dan aku jangkakan untuk tahun-tahun yang berikutnya, lebih banyak lagi penambahan kepada perkhidmatan internet dalam negara kita ini.

7 comments:

  1. en. pali... p1w1max memg best... laju... =)

    ReplyDelete
  2. update bkit diman. Ad 3g tp broadband mcm setan. P1, aku nk try sem dpn.

    ReplyDelete
  3. UPM xsampai lg....no wonderla UNITEN pon xsampai2

    streamyx kdg2 die ske off
    aku kt umah dlu pakai streamyx tp da potong dah xgne tnet sbb asyik putusss aje

    p/s: ternampak link ku di sblah kanan page ni. Mekasihhh!!!

    ReplyDelete
  4. tol la.. mcm best je P1.. nk2 bl miemi dh ckp g2 (hrp2 dy tol2 pkai la)..

    ReplyDelete
  5. mimi - ye ek.bagus2.nanti try la kat kb

    roy - try roy..jgn tak try

    hang tuarc - mmg pun streamx weng.asyik putus je.patut la iklan P1W1Max suh potong2 je.haha

    adz - pakat try p1w1max plak seme

    ReplyDelete
  6. aku pkai streamyx okay je....
    =)

    ReplyDelete
  7. btol la wess.. kt umah ak pkai w1max la ni... unlimited leh acces tenet.. hehehe =)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share