Monday, November 30, 2009

Sekitar hujung minggu..Bola lagi

Sekarang berada di Lumut, mengikut member sekolah dulu yang bekerja di sini.Bertolak dari Kb maghrib semalam dan selamat sampai sebelum perlawanan bola sepak 'El Classico'.Memecut dengan agak laju (bukan kereta aku la) di jalan kuala kangsar ke ayer tawar.Alhamdullillah tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku.



Aku tak sempat tengok perlawanan Arsenal dan Chelsea semalam, hanya sempat melihat goal ketiga Chelseas, sepakan percuma yang cantik dari Drogba menerjah gawang Almunia hanya sambil melayangkan badan sempat terkebil-kebil melihat bola melepasi tanganya. Aku sempat juga menonton kembali gol-gol Chelsea yang lain (Drogba dan gol sendiri oleh Vermaelen - pertahanan Arsenal). Banyak sumber mengatakan perlawanan semalam macam perlawanan antara budak tingkatan 2 melawan budak tahun ketiga IPTA. Memang nampak sangat perbezaannya dan pastinya kemenangan ini meletakkan Chelsea dilandasan yang selesa untuk merampas tahkta EPL daripada Manchester United.

Bercakap mengenai The Red Devils (Man Utd la nie), aku sempat menonton jugak perlawanan ini.Agak seimbang pada babak pertama dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan namun bila masuk babak kedua, Portsmouth hilang akal setelah gol kedua Rooney yang mendapat hantaran cantik dari Ryan Giggs.Ryan Giggs berjaya juga menghasilkan gol dan beliau membuktikan walaupun sudah berusia (36 tahun dah nie), beliau masih berbisa dan mendapat kepercayaan daripada orang tua nya di Old Trafford (Ferguson).


Perlawanan yang ditunggu-tunggu semalam, 'El Classico' memang tidak membuah kan hasil seperti yang diperkatakan sebelum ini.Firasat aku juga hampir tepat semalam dimana aku mengatakan perlawanan yang berlangsung di Nou Camp (penuh dengan hampir 100 ribu penyokong Barcelona) akan berkesudahan seri.Perlawanan itu tamat dengan keputusan kemenangan 1 gol dijaringkan Ibrahimovic (bekas pemain Inter Milan) pada babak kedua perlawanan.Perlawanan ini agak seimbang dengan Barca bermain seperti biasa, mengawal bahagian midfield dan Real Madrid kadang-kadang melakukan serangan balas yang laju ditunjangi Ronaldo (Baru sembuh tapi tidak dapat bermain penuh 90 minit semalam), Kaka dan Higuain.Pemain terbaik perlawanan semalam sudah pastinya carles Puyol yang berjaya melakukan asakan dalam kotak penalti Barca menahan sepakan higuain dan Ronaldo daripada membolosi gawang Valdes (penjaga gol Barca). Apa pun perlawanan semalam agak terhibur dan aku tengok member aku yang merupakan penyokong kuat (Die hard Fan) barcelona gembira dan hari ini dia pergi kerja dengan tersenyum lebar.

Aku pula turut gembira kerana dapat tahu Inter Milan menang semalam di San Siro dan Juventus (yang berada di tempat kedua Serie A ) kalah.Meskipun aku tidak dapat tengok perlawanan itu namun kemenangan ini sedikit sebanyak dapat mengubati kekalahan dalam Champions League minggu lepas.Perlawanan penting seterusnya bagi Inter Milan adalah bertemu Juventus.Forza Inter.

p/s..keseorangan dalam apartmen di Lumut Valley berteman kan laptop, PS3 dan Astro.layan sudah.Esok atau malam ini akan bertolak balik ke rumah.

Saturday, November 28, 2009

Bored..sleepy..full

A lot of meat got into my body this past 2 days and really need to get back into exercise mdoe so that my body won't go any bigger than it already is.Really looking forward to go back to UPM to play futsal next semester every weekend.

While i was watching Astro Starworld on channel 711, i came across the lastest comercial by Astro.What i like about it was the background song which occur to me sound very catcy and seem spot on with the message that Astro want to deliver with this channel.I googling and found out what the song really is and i guess girls do know about this band.However enjoy it.

p/s enjoy the holiday while u can.I will be back with more football coverage in the next post as tommorow there will be a lot of football .Stay tune for football galore on Channel 811, 812, 813 and 816 on Astro Sports Package.

Download the song..here.

You make me feel funny
When you come around
Yeah that's what I found out honey
What am i doing without you
You make me feel happy
When I leave you behind
It plays on my mind now honey
What am i doing without you

Took for granted everything we had
As if I'd find someone
Who's just like you

We got a little world of our own
I'll tell you things that no one else knows
I let you in where no-one else goes
What am i doing without you
And all of the things I've been looking for
Have always been here outside of my door
And all of the time I'm looking for something new
What am i doing without you

Well I guess I'm ready
For settling down
My fooling around is over
And I swear it's true
No buts or maybes
(Buts or maybes)
When I'm falling down
There's always someone who saves me
(someone who)
And girl it's you

Funny how life can be so surprising
I'm just realising what you do

We got a little world of our own
I'll tell you things that no one else knows
I let you in where no-one else goes
What am i doing without you
And all of the things I've been looking for
Have always been here outside of my door
And all of the time I'm looking for something new
What am i doing without you

Well it's feeling right now
So let's do it right now
Praying that some how
You will understand the way
It's feeling right now baby somehow
I won't let this slip away

We got a little world of our own
I'll tell you things that no one else knows
I let you in where no-one else goes
What am i doing without you

We got a little world of our own
(We got a little ,world of our own)
I'll tell you things that no one else knows
(ill tell you things that no one knows)
I let you in where no-one else goes
What am i doing without you
And all of the things I've been looking for
(all of the things, ive been looking for)
Have always been here outside of my door
And all of the time I'm looking for something new
What am i doing without you

Thursday, November 26, 2009

Aidiladha disambut..Bola jangan dilupa.


Esok pagi umat islam akan menunaikan ibadah solat sunat AidilAdha dan diharapkan dapat bangun awal dan tidak terlewat untuk ke masjid kalau tidak kena sembahyang kat bawah nanti.

Lepas sembahyang, melapah daging dan syukur cuaca dah cerah dan pasti seronok esok dapat melapah daging tapi pasti memenatkan.

malam esok jika tiada aral melintang akan bermain futsal bersama teman-teman sekolah yang balik bercuti semua.Agak lama tidak bersenam.dapat lah mengeluarkan peluh nanti.

Hari ahad ini ada 2 perlawanan bola sepak yang pasti ditunggu-tunggu peminat.El Classico sudah aku nyatakan pada entry yang lepas dan kali ini perlawanan yang boleh dikatakan 'Derby London' Arsenal vs Chelsea di emirates stadium.Chelsea kelihatan kuat kebelakangan ini dengan mencatatkan kemenangan di EPL dan eropah.Arsenal pula mengalami sedikit kemerosotan minggu lepas setelah kekalahan kepada Sunderland dan pasti ingin memungut mata penuh untuk menghambat Chelsea di tangga teratas.Jangan lupa saksikan perlawanan ini di ESPN hari ahad nanti.

Tengok bola sambil makan daging.Kadar darah mungkin akan naik beberapa hari ini disebabkan makan banyak daging.

Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat Islam dan sama-sama menghayati ibadah korban dan haji di Mekah.

Wednesday, November 25, 2009

Kadang-kadang ada sesetengah daripada kita hanya lihat dalam hitam dan biru sahaja


Aku berjaga
Aku tak tido

Aku penat
Aku pokai


tapi apa yang dapat

Marah
Kecewa

Sakit Hati

Putus Asa

Geram

kadang-kadang terpikir nak bakar je baju

sabar? dah banyak tahun bersabar
sabar lagi?
orang duk kutuk aku sabar je
lantak la nak kata apa

perasaan aku, hati aku, mulut aku, amarah aku
Selama nie pekakkan telinga je

adui la inter. kenapa la seksa macam nie. Susah sangat ke?
Hmm.Biarlah..terus setia menyokong.

Biar mati semua pemain dengan jurulatih,
Biar runtuh stadium di Itali ,
Biar bankrap kewangan,
Biar kena denda jutaan ringgit,
Biar terkeluar liga,
Walau apa-apa pun
Aku tetap setia sokong
Mungkin ini la yang dimaksudkan Forza Inter (Inter Forever).

Tuesday, November 24, 2009

3 perlawanan..3 mlm..

Hujan masih jugak turun dan sudah kedengaran banyak jalan raya ditutup terutamanya di Kelantan dan Terengganu.Ada beberapa tempat di Kota Bharu juga yang sudah dinaiki air sungai yang melimpah dari Sungai Kelantan.Semoga kepada penduduk yang ditimpa bencana diharap bersabar dan mengikuti segala arahan pihak berkuasa untuk berpindah dengan penuh berhemah.

Bagi peminat sukan dan pelanggan astro (termasuk aku) amat gembira kerana Astro telah menambah satu lagi siaran terbaru iaitu Astro Supersport 2 yang menjanjikan pelbagai sukan menarik.Yang paling aku suka ialah dengan adanya siaran baru ini iaitu di 816, bilangan perlawanan untuk liga Itali , Serie A turut bertambah dan aku dapat lihat perlawanan membabitkan Inter Milan dengan lebih kerap.Jika dahulu di 811, perlawanan Serie A terpaksa berkongsi dengan La Liga (Liga Sepanyol) tapi kini Serie A dapat ditonton dengan lebih kerap.Siaran 811 juga turut membawakan NHL (hoki ais Amerika), NFL yang lebih banyak ( Rugbi Amerika) dan liga bola sepak Perancis.
Baiklah sepanjang minggu nie, bagi aku ada 3 perlawanan bola sepak yang betul-betul akan 'mengunci' peminat bola sepak dikaca televisyen masing-masing (Astro sudah semestinya).
Perlawanan pertama yang telah berlangsung baru-baru ini iaitu antara Tottenham Hotspurs lawan Wigan yang berkesudahan 9 gol berbalas 1.Perlawanan ini berlangsung di White Hart Lane (Stadium Spurs ).Ya, ada 10 gol dalam perlawanan ini dan aku hanya terdiam seketika melihat perlawanan ini tempoh hari.Jermaine Defoe yang menyumbat 5 gol pada malam itu memang sangat berbisa dibantu dengan Kranjar, Lennon.Pemain-pemain Wigan memang kelihatan seakan tidak bermaya dan hanya berserah.Untuk bacaan lebih banyak mengenai perlawanan ini boleh la berkunjung di sini, sini dan juga sini.Bagi peminat Spurs pastinya sangat sangat gembira.
Perlawanan kedua pula adalah perlawanan Champions League yang akan berlangsung pada awal pagi Rabu (hari ini) iaitu perlawanan yang membabitkan Inter Milan dan Barcelona.Barcelona sangat memerlukan kemenangan untuk melayakkan mereka ke pusingan seterusnya dalam Champion League manakala Inter Milan pula ingin mengukuhkan penguasaan mereka dalam kumpulan yang turut dibarisi Rubin Kazan dan Dynamo Kiev.Terdapat berita buruk kepada peminat Barcelona iaitu Lionel Messi dan Ibrahimovic masih sangsi untuk bermain pada malam ini disebabkan kecedaraan dan Eric Abidal dan Yaya Toure diserang Swine Flu.Pastinya Barcelona mengharapkan kelebihan bermain di tempat sendiri (Nou Camp) untuk mengalahkan Inter Milan tetapi Inter Milan bukanlah satu pasukan belasahan.Tekanan pastinya lebih kuat kepada Barcelona untuk bermain mencari kemenangan.Aku sebagai penyokong Inter Milan menjangkakan perlawanan ini akan berakhir dengan seri.Tontonilah perlawanan ini di saluran 812 pada jam 330 pagi ini.Untuk bacaan lebih lanjut mengenai perlawanan ini boleh baca disini, sini, sini, dan juga sini.
Perlawanan ketiga ialah perlawanan setempat atau dipanggil Derby ataupun El Classico yang membabitkan Real Madrid dan Barcelona yang akan berlangsung pada awal pagi Ahad(tidak berapa pasti).Perlukah aku menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai kepentingan perlawanan ini.Semua sedia maklum Real Madrid telah membeli banyak pemain bertaraf bintang (kaka, ronaldo,benzema, Alonso) untuk mengejar kejuaraan yang dimenangi oleh Barcelona di La Liga dan Champions League.Perlawanan ini boleh dikatakan perlawanan ulangan untuk mencari siapa pemain terbaik dunia antara Ronaldo dan Messi.Pastikan anda (peminat bola sepak )tidak terlepas peluang menonton 'El Classico' ini pada hujung minggu nanti.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 'El Classico' boleh la berkunjung di sini, sini, dan juga sini.

Selamat menonton kepada semua peminat bola sepak dan bagi penduduk pantai timur , selamat menghadapi musim tengkujuh.

p/s mlm nie tido lwt pulak la aku.Tengok bola sambil mendengar hujan diluar.Diselangi bunyi katak.

Sunday, November 22, 2009

Can't sleep even it was raining cat and dog outside

Yup.That's right.i can't sleep last night while i was writing this post, i still awake from yesterday morning.Believe it and i, myself wondered why can't i slept last night.i didn't drink coffee last time around and i still can't figure it out what in the world that make me this sober.My eyes was like it was going to be an exam tomorrow.Hopefully i can get some sleep this morning.
By the way, the rain had stopped, temporarily and it had been raining cat and dog for almost 3 days now.i didn't go out much lately because of the rain but this coming week really need to get fresh air outside.Hopefully the sun will come out more often.The monsun season is upon us and got to thrive with it like usual.i'm just like the cat above, just sitting by the door hoping for the rain to stop and played outside.yeah, yeah the red car was there to be drive but it 's a little bit dangerous to drive in this raining condition and besides no one want to catch cold right.

Last night, at 1 am, as usual i watched my favourite team played and gladly they won.And they do it in style.They won by 3 goals and last night match was seen as a preparations for upcoming Champions League match with defending Champion, Barcelona (this wednesday morning).For full match detail about Inter game last night with Bologna, you can read here and here or just go here.

Last night also there were many football matches played around Europe and i can get happier as Astro Sports package now offer new channel (Astro Supersports 2) which give more football coverage beside adding to NHL, NFL and a whole lot other sports.Well this will keep me occupy all this semester break.

Just hoping the rain would stop but then i can heard outside that the rain started again and it's going to be cold morning like yesterday and day before that and the day before that.Well, what can you do right, just live with it.

Happy Sleeping and beware of the flood.

Thursday, November 19, 2009

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia


SPM telah pun bermula semalam dan diharapkan kepada semua calon-calon SPM pada tahun ini dapat menjawab soalan dengan tenang.Bila bercakap tentang SPM, aku teringat kepada zaman aku mengambil SPM beberapa tahun yang lepas.Dah lama meninggalkan sekolah dan mula teringat kenangan manis dan pahit sewaktu berada di sekolah dulu.Kenangan SPM di sekolah berasrama di Kota Bharu ini merupakan antara kenangan indah yang tidak dapat dilupakan.Baiklah bercakap mengenai SPM, apa sebenarnya yang dapat dimaksudkan dengan perkataan SPM itu?Yang pastinya SPM membawa maksud Sijil Pelajaran Malaysia.Namun begitu, SPM bukan sahaja membawa kepada maksud Sijil tetapi lebih daripada itu.yang dibawah merupakan hasil perahan otak aku dan apa yang aku rasakan mengenai maksud perkataan 'SPM' itu.

Saat penentu masa depan
Kita terpaksa akui, zaman SPM adalah satu zaman yang amat penting dalam kehidupan sebagai seorang rakyat Malaysia.SPM menentukan kemana arah tuju kita di masa hadapan nanti.Namun tidak bermakna orang yang gagal dalam SPM akan menghadapi kegagalan dalam hidupnya.Tetapi jika SPM kita mendapat sesuatu yang boleh dibanggakan, itu merupakan satu tapak untuk menikmati kehidupan dan kerjaya yang selesa nanti.

Satu perjalanan mencabar
Alam persekolahan menengah merupakan satu alam yang mencabar.Disamping masing-masing mengejar ilmu mempersiapkan diri menghadapi SPM, saat ini juga merupakan perjalanan mengenal dunia.Alam persekolahan kita lebih banyak luahkan masa dengan kawan-kawan dan pilihan kita di masa ini amat lah penting.Saat di universiti tidak akan sama dengan apa yang kita alami di alam persekolahan

Skil pensel menanda
Kebanyakan kertas peperiksaan SPM memerlukan pelajar menanda boring OMR dan boleh dikatakan setiap pelajar ada skil tersendiri dalam menghadapi situasi ini.Di universiti, kebanyakkan peperiksaan lebih banyak terarah kepada subjektif.Pada masa SPM dulu, aku lebih suka menanda di kertas soalan sebelum tanda kertas jawapan.Ini kerana aku ingin memastikan jawapan yang aku pilih adalah betul dan aku malas untuk memadamkan kertas OMR yang kecil itu.

Saat pandang memandang
Masa yang diperuntukkan dalam SPM bagi satu-satu kertas adalah lama.Sebagai contoh, kertas 1 sejarah, 2 jam setengah bagi 60 soalan. Bagi pelajar yang agak cemerlang pastinya sejam sudah mencukupi untuk menjawab kesemua soalan dan masa yang selebihnya adalah untuk memandang kawan-kawan disebelah kiri, kanan, depan dan memandang siling, lantai serta pengawas peperiksaan.

Satu pengolahan minda
SPM merupakan satu platform bagi pelajar yang rata-ratanya adalah remaja untuk mendalami kemampuan minda masing-masing.Pelajar perlu mengambil sekurang-kurangnya 9 mata pelajaran wajib untuk SPM (zaman aku dulu kala).Dan di dalam minda pelajar pasti berkecamuk semua ilmu sejarah, matematik, sains, bahasa dan sebagainya.Bagaimana kepandaian pelajar mengolah ilmu yang ada dalam minda mereka merupakan kunci kepada kejayaan dalam SPM.

Satu persinggahan masa
SPM sebetulnya adalah satu persinggahan sementara sebelum menghadapi realiti kehidupan yang sebenarnya.Banyak berlaku kejutan budaya kepada mahasiswa yang mula belajar di IPTA dan IPTS dan jika diselidiki mereka dahulunya merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah.Jika pelajar tidak menggunakan masa SPM dengan penuh hikmah pasti mereka akan kecundang.Namun tidak semua akan menjadi sedemikian.

Sains perlu matematik
Memang benarpun penyataan diatas.Jika salah tolong betul kan aku. Amat jarang pelajar yang mendapat A dalam Fizik tetapi mendapat C dalam matematik Tambahan. Matapelajaran Sains tulen dan matematik selalunya berjalan seiringan dan dua mata pelajaran ini merupakan satu benda yang amat penting.

Saat pentingkan masa
Masa memang sangat-sangat penting bagi pelajar menghadapi SPM.Sebagai contoh, peperiksaan Matematik Tambahan, masa 2 jam setengah yang diberikan terasa tidak cukup untuk menjawab pengamiran, punca kuasa dua, logaritma, statistic dan sebagainya yang aku sendiri tidak berapa ingat.
x(1+x)^n=1+nx/1!+(n(n-1) x^2)/2!+⋯

Satu proses menghafal
Sejarah, geografi, Biologi, Kimia.Antara subjek yang sangat-sangat memerlukan daya ingatan yang kuat.Pelajar SPM perlu menghafal bukan sahaja buku teks tingkatan 5 tetapi juga buku teks Tingkatan 4.Memang suatu yang menyeksakan tetapi terpaksa jua dilakukan.Sejarah dunia, tamadun islam, sejarah Malaysia, Perlembagaan Malaysia.Jika diingat balik, TITAS lebih senang berbanding sejarah SPM.Tak percaya tengok balik kertas SPM.

Satu pelaburan menarik
Pernyataan ini lebih menyokong kepada penyataan yang diatas sekali.Seperti yang telah dinyatakan, aku percaya jika pelajar yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang, pastinya mereka akan pergi lebih jauh, mendapat tempat di university terkemuka (APEX Universiti sebagai contoh, hehehe), mendapat kursus yang digilai ramai (Perubatan dan kejuruteraan mekanikal, Kimia,)seterusnya berjaya mendapat perkerjaan professional yang menawarkan gaji yang tinggi dan mendapat taraf hidup yang dicemburui ramai.Memang SPM merupakan satu pelaburan jangka panjang yang menarik.

Tuesday, November 17, 2009

Sejarah - inipati masa lalu, sekarang dan masa hadapan



Apa yang boleh kita definisikan dengan sejarah?

Saya maksudkan disini bukan definisi sejarah yang dipetik daripada mana-mana buku mahupun sumber internet tetapi definisi sejarah berdasarkan pemahaman kita serta pengetahuan kita.Definisi sejarah yang kita belajar sejak dari bangku sekolah sehingga peringkat tertinggi semuanya tepat dan benar tetapi sejarah yang sebetulnya dapat didefinisikan berdasarkan pemerhatian dan pemahaman kita.Para sarjana telah mengaitkan konsep sejarah tersebut dengan definisi perkataan sejarah “History”.Saya tidak akan mengulas panjang definisi dan konsep asas sejarah disini kerana sejak dari bangku sekolah rendah sehinggalah ke university kita semua telah didedahkan dengan sejarah secara tidak langsung dan langsung.Mengapa sejarah ini begitu penting tetapi sesetengah orang memandang rendah terhadap sejarah ini?

Jika kita susur galuri isi kandungan Al-Quran, kita akan dapati terdapat banyak unsure-unsur sejarah yang dijadikan satu teladan ataupun cerita yang berkisar nabi-nabi terdahulu, para wali serta sahabat Rasulullah SAW.Sejak dari kecil, kita belajar sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW.Di bangku sekolah menengah pula kita belajar Malaysia, Asia Tenggara, Dunia.Kita dibuka minda untuk belajar dan memahami sejarah Agama-agama besar dunia, tokoh sejarahwan, falsafah, tokoh politik dunia dan tempat-tempat tamadun awal dunia. Di peringkat university juga para mahasiswa diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran yang amat berkait rapat dengan sejarah seperti Malaysian Studies, Kenegaran, TITAS dan Hubungan Etnik.

Kenapa sejarah ini penting?

Kenapa kita perlu belajar semua ini?

Persoalan ini bukanlah soalan yang hanya akan dijawab didalam PMR atau SPM tetapi satu persoalan yang berkait rapat dengan bagaimana kita menilai kehidupan kita.Sejarah kehidupan merupakan satu perkara subjektif yang amat unik dan mempunyai pelbagai persepsi untuk dibongkar.

Jadi kita perlu lihat apa yang sejarah bawa kepada kita semua.Apa yang dapat kita lihat dari sudut positif dan negatif daripada sejarah?Kebenaran yang pastinya.Namun disebabkan kebenaran yang dibawa oleh sejarah maka ramai pihak yang bertindak memanipulasikan sejarah untuk kepentingan sendiri.banyak fakta dan peristiwa sejarah yang telah dimanipulasi dalam era masa kini.Sebagai contoh, sejarah penindasan Kaum yahudi pada era pentadbiran Nazi telah dijadikan satu tapak bagi kaum Yahudi untuk meraih simpati masyarakat dunia seterusnya mendirikan sebuah negara haram, Israel dalam negara Palestin dan sehingga ke hari ini saya pasti bilangan rakyat Palestin yang ditindas zionis Yahudi adalah melebihi rakyat yahudi yang ditindas dalam era Nazi.Contoh terdekat adalah bagaimana British memanipulasikan istilah pejuang-pejuang tempatan dan mengelarkan mereka pengganas dan pemberontak.Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau, Haji Abd Rahman Limbong, sekadar menyebut beberapa tokoh terkenal yang sebetulnya berjuang untuk kedaulatan tanah Melayu namun dilabelkan oleh British sebagai pemberontak.

Sejarah sebenarnya sesuatu yang indah jika kita selami dan disebabkan kepincangan sistem pendidikan masa kini , ramai pihak tidak begitu mengendahkan serta bersikap acuh tidak acuh berkaitan aspek sejarah.Sejarah dapat mengajar manusia agar berwaspada dan merupakan satu platform untuk kita mengkaji peristiwa lampau agar di masa hadapan kita dapat memperbaiki dan menjadi yang lebih baik.

Sejarah tidak perlu dijadikan satu subjek untuk mendapatkan “A” dalam peperiksaan namun lebih daripada itu.Sejarah dapat disampaikan dalam pelbagai medium.Dalam bahasa Melayu, Inggeris dan malahan dalam komponen sastera juga sejarah dapat diluahkan dan diterjemahkan.Hikayat Panji Semirang, salah satu karya sastera Melayu Lama yang penuh unsur-unsur klasik bahasa Melayu banyak menceritakan sejarah peperangan dan kerabat diraja. Lord of the Rings jika dikaji secara mendalam merupakan satu komponen sastera Bahasa Inggeris yang menceritakan keadaan di Eropah pada peperangan dunia pertama.

Sebagai kesimpulannya, kita tidak patut menyembunyikan fakta sejarah daripada kaca mata umum jika hasrat kita adalah untuk kepentingan diri sendiri.Biarkan masyarakat umum mentafsir sendiri sejarah kerana konsep sejarah itu berbeza mengikut pandangan individu.Namun jangan pula ada sesetengah pihak bertindak kurang rasional dan tidak matang mengaitkan sejarah untuk mendapatkan sesuatu.Dalam negara kita, banyak peristiwa yang boleh dijadikan sejarah yang ditutup oleh pihak atasan dengan alasan akan menganggu gugat kestabilan kaum.Sebagai contoh, peristiwa memali, kejadian Kampung Medan, Al Maunah, 13 Mei dan sebagainya.Peristiwa sebegini dianggap ‘taboo’ dan dilarang untuk kita membicarakannya.

Sama-samalah kita merenung dan berfikir.Sejarah itu satu kehidupan.

p/s.ini adalah hak cipta terpelihara.Tidak menciplak mana-mana karya.seratus peratus adalah hasil nukilan sendiri.Berdasarkan idea daripada filem "the history boys".sila tonton filem ini untuk mendalami bahasa Inggeris.(filem yang agak bosan tetapi menarik skrip)

Monday, November 16, 2009

Hubungan Etnik Dalam Sektor Kerajaan - Keselamatan Awam - Tugasan SKP2204 kumpulan aku


Malaysia mempunyai 3 kaum yang utama iaitu Melayu,Cina dan India. Kaum Melayu dilihat sebagai kaum yang utama dan teramai di Malaysia. Namun begitu bilangan penduduk dari kaum Cina dan India semakin meningkat dan jika digabungkan jumlah kedua-dua kaum tersebut, bilangan mereka dilihat dapat menandingi bilangan kaum Melayu. Bagaimanapun keadaan ini haruslah dilihat dari sudut positif kerana dapat memberi persaingan yang sihat dalam segala bidang yang melibatkan kepentingan ketiga-tiga kaum utama ini. Antara bidang yang menjadi rebutan serta timbulnya persaingan yang kuat tentulah di bidang pekerjaan.

Seperti yang kita semua maklum, bidang pekerjaan menjadi rebutan setiap kaum dan individu agar dapat menempatkan diri sesuai dengan kehendak dan keperluan diri, keluarga dan masyarakat. Dalam sektor kerajaan, bidang pekerjaan yang ditawarkan sentiasa menjadi rebutan setiap individu. Ini mungkin disebabkan oleh rasa yakin dan percaya kedudukan mereka terjamin di sektor kerajaan berbanding sektor-sektor lain. Tetapi, fenomena ini dilihat tidak berlaku dalam sektor kerajaan di bidang keselamatan seperti polis, tentera dan sebagainya. Jika bidang pekerjaan di sektor pentadbiran dan pengurusan dilihat menjadi tumpuan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang bangsa, hal yang sebaliknya pula berlaku pada sektor keselamatan. Bilangan kaum Melayu yang menyertai sektor ini dilihat jauh mengatasi kaum lain sama ada kaum Cina dan India.

Meskipun bilangan kaum Cina dan India ramai di Malaysia, penyertaan mereka dalam sektor keselamatan awam seperti Polis Diraja Malaysia,Angkatan Tentera dan Pasukan Gerakan Am amatlah sedikit. Tidak banyak permohonan daripada bukan Melayu adalah antara faktor utama wujud jurang besar, berbanding pegawai Melayu dalam sektor perkhidmatan awam. Statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) katanya, menunjukkan hanya 1.78 peratus kaum Cina dan 2.5 peratus kaum India daripada 486,802 individu yang memohon untuk menyertai sektor awam tahun lalu. Aspek yang diambil kira dalam pengambilan adalah merit dan kelayakan akademik bukannya kaum. (Dr. Mohd Ridhuan Tee, Utusan Online,23 Julai 2009). Tidak timbul sebarang masalah bagi kaum lain untuk menyertai sektor keselamatan di bidang kerajaan kerana peluang sentiasa terbuka dan pastinya tiada diskrimanasi yang berlaku malah dialu-alukan oleh pihak kerajaan bagi kaum lain untuk menyertainya

Dalam mencapai konsep satu Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Najib Tun Razak, kekurangan kaum Cina dan India dalam sektor keselamatan awam akan menjejaskan usaha murni kerajaan ini. Jika keadaan ini berterusan pasti, persepsi dan prejudis akan muncul dan sekiranya tidak dibasmi dengan segera akan menganggu gugatkan keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia ini.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Rosli b. Ab. Razak, Perkhidmatan Awam dalam negara berbilang kaum,beliau mengatakan “Perkhidmatan kerajaan yang lain seperti polis dan tentera tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kaum bukan bumiputera”. Ini telah mengukuhkan lagi pendapat yang sektor keselamatan awam memang kekurangan kaum bukan Melayu. Sektor ini lebih banyak dipelopori oleh kaum Melayu dari bawah hingga kepada pihak atasan dan disebabkan monopoli kaum Melayu ini, kaum bukan Melayu yang lain khususnya kaum Cina dan India kurang berminat kerana mereka beranggapan sektor keselamatan awam ini amat susah untuk mendapat kenaikan pangkat sekiranya mereka sertai seperti yang diutarakan oleh Dr. Ridhuan Tee Abdullah dalam rencana beliau , Bukan Melayu dipinggirkan?.Beliau berpendapat antara punca yang menyebabkan kurangnya kaum Cina menyertai sektor perkhidmatan awam adalah kerana “awal-awal lagi orang Cina berpersepsi adalah sukar untuk mendapat jawatan dalam perkhidmatan awam kerana sektor ini dibolot oleh orang Melayu atau persekitaran Melayu. Jika berjaya pun mendapatkan sesuatu jawatan itu, terlalu sukar untuk mendapat kenaikan pangkat;

Senario kekurangan kaum bukan Melayu dalam bidang perkhidmatan awam khususnya sektor keselamatan awam ini merupakan isu yang serius dan perlu dikaji serta dihalusi bersama.Semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha merapatkan kembali jurang perbezaan kaum ini.Ini akan membantu meningkatkan kerharmonian negara kita yang dihuni oleh berbilang kaum.

Oleh itu, satu penyelesaian yang konstruktif haruslah dicari agar masalah kekurangan kaum lain dalam bidang ini dapat diselesaikan. Punca utama haruslah dikenalpasti supaya masalah ini tidak berpanjangan dan perpaduan tidak terencat. Pelbagai rancangan yang telah dirangka oleh pihak kerajaan memerlukan kerjasama semua kaum supaya nikmat dan manfaat dapat dirasai secara bersama dan tidak timbul perasaan hasad serta tidak puas hati.

Saturday, November 14, 2009

5 Bulan

yup.sudah boleh dikatakan 5 bulan bagi aku menetap sementara di UPM dan kali ini cuti sebulan setelah menghabiskan satu semester di UPM.Badan penat, sakit, minda letih, pengetahuan bertambah, kawan bertambah, pengalaman juga bertambah.Namun apa-apa pun tahniah kepada semua dan semoga semester kedua yang akan dibuka selepas Krismas akan menjanjikan satu lagi pengalaman yang unik dalam kita semua mengejar impian masing-masing.

5 bulan ini aku bersyukur kerana dapat menaiki kapal terbang tambang murah AirAsia dan rebutlah peluang menikmati kadar tambang murah dan tempat duduk percuma dari Airasia pada tahun depan.Layari web ini .

5 Bulan ini aku telah sesat, mengenali jalan baru di sekitar selangor dan Kuala Lumpur juga menguji ketahanan badan (memandu dari Timur ke Barat).Tahun depan pasti banyak lagi pengalaman baru yang menanti.

5 bulan ini, banyak perubahan telah muncul.Konsep satu negara, perubahan dalam belajar, perubahan dalam percakapan, perubahan dalam pemakaian, perubahan dalam persahabatan, perubahan dalam sikap.nak berubah ke tak nak berubah ke terserahlah.jalan masing-masing pilih.nasi masing-masing suap.Yang penting nilai persahabatan, setiakawan, kemanusiaan tidak hilang (Hooligan kelate..hehehe).Tahun depan pasti tidak akan sama.berkurang dan terus berkurang tapi semoga akan bertambah.hadapi dengan senyuman.

bagi sesetengah orang , 5 bulan terlalu sekejap dan ada yang mengatakan 5 bulan sudah cukup lama.Tak kisah apa yang orang cakap, yang jadi persoalan apa yang kita pilih.5 bulan cukup untuk menjadi manusia yang baik dan terlalu lama untuk menjadi manusia yang jahat.

Cukup setakat ini.Nikmati masa cuti dengan sebaiknya.Tonton Tv dengan berhemah.Ber'internet' dengan sebaik mungkin.

Tuesday, November 10, 2009

Sekadar Luahan

SAYA merasakan amat perlu menyuarakan luahan ini berhubung insiden final Piala Malaysia 2009. Kita akur dengan kekalahan kerana sememangnya Negeri Sembilan bermain dengan baik.

Saya atas nama rakyat Malaysia berasal dari Kelantan, terkilan bilamana kontroversi melibatkan pasukan dan penyokong Kelantan, pihak media terus melabelkan sebagai negatif dan ganas serta dihebahkan oleh semua media yang ada, tetapi bilamana perkara positif yang wujud hanya disiarkan dalam ruangan yang kecil (berita bola luar negara lebih diberi perhatian-macam mana nak maju bola negara?).

Sepatutnya FAM khususnya perlu berterima kasih kepada Red Warriors dan penyokong kerana dalam suasana suram Liga Malaysia tercetus suasana yang meriah dengan kehadiran penyokong yang ramai dan Liga Malaysia kembali menjadi perhatian ini memberikan win win situation kepada peminat bola sepak dan semua yang terlibat khususnya.

Saya mengikuti beberapa perlawanan yang berlangsung di beberapa venue ibu kota dan Pahang, secara faktanya, kehadiran penyokong amat kecil tak sampai 10 peratus daripada jumlah penyokong bila perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu.

Apa jadi dengan nasib penyokong Kelantan di Kangar, separuh akhir kedua, penyokong kami di Pulau Pinang, penyokong kami di Shah Alam dan penyokong kami di Bukit Jalil?

Kereta penyokong Kelantan dirosakkan, bas dipecah dan penyokong Kelantan dikepung... tiada tindakan ke atas penyokong dan persatuan negeri terlibat.

Apa tindakan ke atas Terengganu di separuh akhir kedua? Apa yang FAM buat? Tetapi sedikit sahaja salah laku yang dilakukan oleh segelintir mungkin 3-4 orang atau bilangan yang kecil di kalangan 80,000 penyokong terus diberi perhatian yang meluas.

Di mana profesionalisme FAM dan media?

Mana mungkin kita melihat di negeri mana bila adanya perlawanan walaupun perlawanan liga, stadium penuh dan padat dan sokongan padu diberikan?

Bayangkan di final Piala Malaysia 2009 tempat duduk yang dikhususkan untuk Negeri Sembilan masih kosong walaupun difahamkan terdapat tiket diberi secara percuma dan jarak dari negeri tersebut ke Bukit Jalil hanya kurang tiga jam.

Walaupun jarak ke Bukit Jalil memakan masa kurang lapan jam, tapi penyokong Kelantan tetap bersemangat memenuhi stadium, keluarga ditinggalkan, kerja ditinggalkan, bencana banjir dilupakan seketika, semata-mata memberi sokongan kepada pasukan kesayangan.

Jangan kerana nila setitik, susu sebelanga dibuang.

Tahniah buat FAM atas tindakan segera yang di ambil ke atas Kelantan sebaik sahaja sesuatu insiden berlaku. Tindakan yang pantas dan cekap namun mohon lebih adil dan saksama.

Semasa memasuki stadium pukul 6 petang, sungguh mendukacitakan, mana pasukan keselamatan yang menjaga ketenteraman?

Peminat dilihat memanjat pagar tanpa seliaan pasukan keselamatan, mana peranan mereka atau hanya berperanan bila perlawanan bermula.

Inilah kelemahan kita, menyalahkan orang lain tapi tidak diri sendiri. Kononnya 1st class facility tetapi kenapa tidak mengguna pakai standard keselamatan di stadium seperti di Jerman. Penyokong diperiksa semasa memasuki stadium dan dirakam wajah, dicop tangan dan seterusnya kamera litar tertutup memainkan peranan dan jika wujud sebarang perbuatan negatif terus diambil tindakan oleh pasukan keselamatan yang telah memantau CCTV tersebut.

Jangan benarkan sebarang bentuk jualan makanan atau minuman jika dikhuatiri akan digunakan sebagai objek untuk dibaling.

Kadang-kadang kita melihat keuntungan lebih dari aspek keselamatan. Saya yakin pasukan keselamatan kita memiliki peralatan canggih dalam mengesan sebarang objek berbahaya untuk digunakan pada masa yang akan datang bagi memastikan lebih selamat keadaan perlawanan.

Ambil langkah pencegahan bukannya 99 peratus penyokong yang tak bersalah teraniaya.

FAM khasnya dan peminat bolasepak Malaysia khususnya perlu lebih mantap dalam membuat penilaian bukan hanya melihat dari satu sudut, kenal pasti kelemahan.

Kita sememangnya perlukan sokongan padu penyokong agar bola sepak Malaysia terus gemilang, cemerlang dan terbilang.

Sunday, November 8, 2009

speechless- post Final Malaysia Cup

Regret
Angry
Hooligan
Tired
Frustrated
Professionalisme
Ashamed
Red Warriors
Lost
Enough

Thursday, November 5, 2009

Pinstripes, Black and Blue and Red Warriors





Sangat Gembira.

New York Yankees Menang World Series untuk kali ke 27 dan berbaloi aku bangun awal sepanjang minggu ini.Walaupun berseorangan menonton kaca televisyen namun tetap sangat gembira.


Inter Milan turut menang semalam dan mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya Champion League.Sangat Gembira

Petang esok, insyaAllah akan berangkat ke Bukit Jalil dan mengegarkan Perlawanan Akhir Piala Malaysia.Tiket dah beli, baju merah dah bersedia.yang pasti mlm sabtu nanti suara akan hilang dan "hooligan" harap tidak mencemarkan perlawanan.

bolehkah aku berbuat seperti dibawah?hahahha

Wednesday, November 4, 2009

Isu penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Asri

Pelik , sungguh pelik.Kalo orang yang memang terbukti layak dan pernah menjadi mufti ditangkap, apakah pula dengan orang lain?Motif ape tue? Perkara sebegini sebenarnya hanya akan menjatuhkan kredibiliti Agama Islam di mata umum.Kita tolak perbezaan politik sementara dan lihat dari konteks agama Islam.Agama sepatutnya diletakkan diatas sekali.JAIS jika betul-betul hendak menangkap orang sepatutnya tangkap orang murtad, yang sebar agama sesat yang bersepah di Selangor tue.Cikgu Kahar dan Ayah Pin pun lambat nak ambil tindakan.Entahlah, jika kuasa urus Islam diberikan kepada orang yang tidak sepatutnya maka ini lah yang berlaku dan pasti ada udang disebalik batu.

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BHARU, 3 Nov — Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin semasa mengadakan ceramah di sebuah rumah rakannya adalah tindakan yang tidak wajar bahkan sekaligus menggambarkan kelemahan integriti pihak terbabit pada pandangan mata masyarakat umum.

Ia diakui bekas Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Muhammad Daud Iraqi, yang memungkinkan terdapat motif lain yang tidak diketahui umum di sebalik penangkapan tokoh agama itu.

Dr Asri adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada 2006 hingga 2008 merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Al-Quran And Sunnah Studies).

Di samping itu beliau juga memiliki ijazah hadith dengan lima ijazah sanad menerusi ulama India malam kelmarin ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Hulu Klang kerana dikatakan memberi kuliah tanpa tauliah selain didakwa mengamalkan fahaman Wahabi kepada pengikutnya.

Muhammad sesekali tidak faham dengan sistem jabatan agama yang mempersoalkan pasal tauliah sedangkan Asri sendiri mempunyai PhD di dalam bidang berkenaan. Malah menurutnya dalam kontek dakwah Islam mewajibkan seseorang itu menyampaikan dakwahnya walaupun hanya sepotong ayat yang diketahui.

“Kalau begini caranya saya rasa lebih ramai lagi ulama dan penceramah yang JAIS boleh tangkap selepas ini,” katanya semasa dihubungi wartawan The Malaysian Insider.

Ketika ditanya mengenai ajaran Wahabi Muhammad berkata, ajaran tersebut tidak salah untuk diamalkan sambil meminta orang yang mendakwa ajaran tersebut adalah salah agar berhujah dahulu apa yang dimaksudkan dengan ajaran tersebut, sebaliknya jangan cepat melatah kerana ia boleh menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

Dalam satu perkembangan lain (berhubung perkara berkenaan) Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, dilapor meminta JAIS segera memberikan penjelasan mengenai penahanan Asri kerana tindakan itu akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam lebih-lebih lagi bekas mufti itu diketahui tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti politik.

Tindakan terbabit telah secara tidak langsung mengundang persepsi tidak senang di kalangan umum terhadap imej ataupun kredibiliti jabatan berkenaan.

Apatah lagi jika melihat plot penahanan Asri itu berlaku dalam suasana tegang dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang, membayangkan situasinya tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

Tuesday, November 3, 2009

Kelantan lagi....Hooligan Negara?



Kelantan tidak dapat beraksi untuk musim depan? Baca disini.

Pelik , sungguh pelik. Entahlah, kadang-kadang pening jugak memikirkan FAM.Senario pengurusan FAM yang tidak konsisten dan kadang-kadang lebih menjurus kepada politik semata-mata.

Kejadian di Perlis senyap je tanpa apa-apa tindakan.Tapi jika peminat Kelantan, dengan serta merta dijatuhkan hukuman.

Patutlah pasukan negara kita tidak menampakkan apa-apa perubahan.Pertukaran pucuk kepimpinan pun tidak menampakkan hasil, pertukaran jurulatih pun masih sama tanpa hasil yang boleh dibanggakan.Jangan salahkan peminat dan rakyat Malaysia jika tidak menyokong pasukan negara kalau pemain dan pengurusan bola sepak FAM diberikan kepada orang yang tidak sepatutnya.

Kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong bola sepak negara dan hasilnya lihatlah kepada arena liga tempatan dan Piala Malaysia.Stadium-stadium negeri sentiasa dipenuhi meskipun ketiadaan pemain import (dasar FAM yang bahlul).

Jika aku ingin membicarakan mengenai dasar-dasar dan perubahan FAM yang kadang-kadang lebih teruk daripada badan bola sepak negara Timor Leste.
(peta diatas adalah peta kawasan Timor Leste)

Kita boleh bercakap dan menunding jari tetapi yang sentiasa menjadi mangsa adalah peminat.Kami membeli tiket perlawanan.Kami bersorak untuk pasukan tempatan.Kami rakyat Malaysia.

Namun apa yang dapat dilakukan oleh kami kan?sekadar rakyat biasa.

Apa-apa pun sabtu ini stadium Nasional Bukit Jalil akan dipenuhi ribuan penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan.Sama-sama memeriahkan kancah bola sepak tempatan.Apalah sangat menghabiskan RM20 membeli tiket perlawanan tersebut kerana hasil tiket tersebut diharapkan dapat dijadikan motivasi memajukan lagi bola sepak negara.


Jom Share