Friday, December 31, 2010

Jualan Celcom

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back!

Setengah jam terakhir sebelum 2011..terima kasih.

Setengah jam lagi maka berakhirlah tahun masihi 2010 dan melangkah masuk lah kita ke tahun masihi 2011. Dalam tahun ini, pelbagai perit jerih dirasa, pelbagai pengalaman ditimba, bermacam tempat diteroka, beraneka ragam orang diketahui. Apa yang boleh aku katakan mengenai tahun 2010 ? Bagi aku tahun ini macam naik roller coster. Ada tinggi, ada rendah. Ada pahit, ada manis. Yang pahit aku akan jadikan teladan. Yang manis aku akan jadikan sebagai kenangan.Apa-apa pun terima kasih kepada semua. Aku berterima kasih kepada Allah kerana masih dipanjangkan umur aku. Terima kasih kepada kedua ibu bapa aku yang sentiasa menyayangi aku serta kepada adik beradik aku yang aku sayang selalu. Ucapan terima kasih juga kepada si Dia yang sentiasa ada bersama dan mengenalkan aku apa itu cinta dan persahabatan. Kepada kawan-kawan aku, aku berterima kasih diatas segala jasa, budi yang tidak terhingga. Aku tidak akan lupakan semua, kawan di sekolah Faris dulu, UTP, UDM dan UPM. Terima kasih kepada semua kerana mengajarkan aku erti kehidupan.Semoga apa yang aku pelajari pada tahun ini dapat aku gunakan pada tahun depan.Serta semoga tahun depan akan menjadi lebih baik daripada tahun ini. Apa yang dapat aku katakan pada tahun ini, aku sudah boleh memaafkan diri sendiri dengan lebih baik. Sekian.
Selamat Menyambut Tahun 2011

p/s--tarikh yang ditunggu pada tahun hadapan..11.11.11...sape nak kahwin sila book cepat tarikh tue.

Kebetulan? Masih sekitar Piala Suzuki 2010

Kebetulan atau tidak? Jom sama-sama fikir.

  • Pasukan Malaysia hanya kalah sekali apabila Khairul Fahmi menjadi penjaga gol nombor satu negara sepanjang kejohanan baru-baru ini.
  • Pasukan Malaysia memperolehi kejayaan apabila 2 tonggak utama Kelantan bermain bersama, NorShahrul dan Khairul Fahmi
  • Pasukan Malaysia meningkat mendadak di persada Asia Tenggara apabila Tan Sri Annuar Musa memegang jawatan dalam FAM
  • Tahun Malaysia menang kejuaraan di Asia Tenggara adalah tahun yang sama Kelantan menjuarai Piala Malaysia.
  • Liga Bola Sepak Malaysia semakin meriah dengan kehadiran penonton di stadium terutamanya penyokong Kelantan seiring dengan kebangkitan pasukan Kelantan dalam liga Malaysia
Aku bukan nak kata Kelantan banyak mempengaruhi bola sepak Malaysia tetapi sedikit sebanyak memang ada mempengaruhi. Dalam pasukan Malaysia Kelantan hanya ada 2 pemain tapi semua boleh lihat betapa besar peranan NorShahrul dan Khairul Fahmi apabila beraksi untuk pasukan negara. Secara ringkasnya, kalau Malaysia mahu lebih berjaya di antarabangsa, Kelantan dan liga bola sepak tempatan kena meriah macam tahun ini.

p/s..Sudah sampai di Serdang. Perjalanan semalam memang meletihkan. Hujan, jalan tak elok, traffik banyak, kenderaan berat penuh, kemalangan membuatkan perjalanan aku dari KB semalam agak lama.Kereta aku dah macam kereta rally sebab teramat kotor.Perlu di snow wash selepas ini

Thursday, December 30, 2010

Pagi khamis

Sekali cuti pulak Jumaat nie. Tapi bagi orang duk Kelantan, Terengganu dan Kedah, tak dapat la nak merasa cuti umum yang diumumkan Pak Jib semalam.Nak buat macam mana kan, Malaysia nie memang banyak cuti. Ada pilihanraya, cuti. Ada orang menang emas olimpik, cuti. Ada pasukan julang Piala Malaysia, cuti. Ada team bola julang piala untuk negara, cuti. Ringkasnya, Malaysia memang banyak cuti. Tue belum lagi kira cuti-cuti perayaan yang lama dan cuti peristiwa.
Lepas ini, moleknya lagi ramai rakyat yang berminat nak main wakil Malaysia, biar bersungguh-sungguh nak mati gitu main, macam bola sepak ke, badminton ke, hoki ke. Kenapa? ya lah, bila dapat menang peringkat antarabangsa ( tak perlu pergi peringkat dunia pun, peringkat asia tenggara sudah) confirm rakyat satu Malaysia bangga ngan kita sebab kita dapat bagi dorang seme cuti umum satu hari.hahaha
Aku pun nak try cari sukan apa yang boleh buat Malaysia bangga dan dapat cuti lagi ek. Hoki dan Badminton la kot kan. Nak main bola umur sekarang nie memang confirm kena reject awal-awal lagi oleh rajagopal. Mana taknya, rajagopal nak pemain-pemain muda aje.
Sebagai nukilan ringkas sebelum berkemas, tunggu member nak balik Selangor, nikmatilah cuti sedap-sedap ye. Oh ye, sebab cuti esok, maka KL memang akan jem gile.Nape? Sebab malam esok adalah new year.Damn..

p/s..Malaysia menang peringkat Asia tenggara baru.Jangan nak bangga tinggi sangat ye semua.Kena kekalkan prestasi lepas nie. Kalau Malaysia menang peringkat Asia takpun dapat masuk Piala Dunia, agak-agak berapa lama cuti PM kita nak bagi?
Rupa-rupanya telahan aku mengena semalam bila habis game smpi umah aku cakap cuti umum, selang kemudian Najib umum cuti .hahaha

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Tanah Air ku

Penutup bagi tahun 2010 yang gemilang. Malam ini memang malam bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia tak kira dimana juga mereka berada. Lebih manis kejayaan menjulang Piala Suzuki ini adalah kerana dapat menewaskan musuh seteru yang sudah lama iri hati dengan negara kita, Indonesia. Tahniah kepada seluruh pemain serta jurulatih Malaysia. Rajagopal memang sudah membuktikan bahawa dia adalah antara jurulatih berkaliber dalam Malaysia. Meskipun pasukan negara pada awal-awal kejohanan tidak diberikan harapan tinggi disebabkan banyak pemain yang mengalami kecederaan tapi akhirnya Rajagopal dapat membuktikan bahawa bola sepak Malaysia sudah kembali dipersada asia tenggara. Diharapkan agar kejayaan pasukan negara pada malam ini dapat menjadi pemangkin kepada keseluruhan pembangunan bola sepak Malaysia untuk mencapai lebih banyak kejayaan di persada antarabangsa. Langkah yang berikutnya bagi pasukan negara adalah untuk mengekal prestasi dan menunjukkan pencapaian yang lebih gemilang di masa akan datang. Tahniah sekali lagi kepada pasukan negara. Harimau meskipun tewas tipis malam ini kepada Garuda tapi secara keseluruhannya, Harimau Malaya ternyata kuat.

p/s..memang enjoy menonton bola di perkarangan stadium KB malam ini. Penuh rakyat kita bersorak di kedai makan malam ini. Terhibur malam ini selain daripada melihat pasukan negara menjulang piala kerana 2 tonggak utama Kelantan, Apek dan Norshahrul berjaya membuktikan mereka adalah antara pemain yang hebat bagi skuad Malaysia. Terhibur juga sebab bila tonton perlawanan malam ini, ramai cewek-cewek indon yang cun-cun.hahahah.

Prelude Perlawanan Akhir Kedua- Stadium Gelora Bung Karno


Lagu-lagu popular sempena malam ini

Nidji – Sang Markus
Dewa – Lalok
Project Pop –Bukan Superstar ( Pemain nama macam soto, Oktopus)
Hijau Daun -  Suara (ku berharap laser)
Nidji – Jangan Lupakan ( Coli Julia Perez)
Nidji -  Hapus Norshahrul
Nidji – Laskar Sayur
The Lucky Laki – Superman (Bambang)
Letto – Sebelum Cahaya Laser
Ari Lasso – Rahsia Rajagopal
Dewa19 – Sedang Ingin Merusuh
Peterpan – Mimpi yang Ngeri
Ratu – Lelaki Sotong
Tangga – Terburuk untuk Indon
Ungu – Kekasih gelapku (Kunalan)
Sheila On 7 – Safee Sali
Padi – Menanti Kekalahan

p/s kalau Malaysia boleh main macam dekat Vietnam hari itu memang berharapan besar untuk julang Piala kat Jakarta. langkah awal, jangan bagi gol dalam separuh masa pertama. Senarai diatas memang banyak lagu Nidji, aku sendiri tak paham nape ada banyak lagu Nidji.hahaha. Lagu Peterpan sebenarnya mahu diban sebab ArielPorn masih dibicarakan tapi demi Indon yang nak tengok bola malam ini jadi masuk la satu.

Misi hampir sempurna

Esok sudah mahu berangkat ke Selangor. Jadi sebelum berangkat beberapa misi perlu dilaksanakan agar tiada tertinggal atau menghadapi masalah dalam perjalanan ke sana nanti.
Misi-misi yang diberi keutamaan

  • Service kereta - Air dah periksa.Minyak hitam dah periksa. Masih dalam berkeadaan baik sebab dalam 2 bulan yang lepas sudah di'service'. Jadi mungkin akan selia balik sebulan lagi masa raya Cina
  •  
  • Service aircond - dah setel pagi tadi. Dalam musim hujan sekarang ini, aircond memang sangat penting dan dah jika aircond terlampau kuat pun tak elok jugak.
  •  
  • Service tayar - dah setel juga. Rim jika mengambil pandangan orang kedai tadi kata "boh, rim belok sket nih". Aku hanya angguk saja. Tak boleh nak lari laju sangat lah bila rim berkeadaan sebegitu. Lain kali betulkan rim.
  •  
  • Jahit selipar - Yang ini tak boleh sebab hujan jadi tukang kasut tutup kedai hari ini.Malas nak masuk bandar sebab tahu bila hujan macam ini tukang kasut memang malas nak menjahit selipar. Jadi terpaksalah pakai selipar lain. Selipar yang aku nak jahit tue pun bukannya harga ratus-ratus..Made In Siam je pun.haha
  •  
  • Pakaian - Ini malam baru kemas.Sempat lagi pagi esok sebab mahu bertolak tengah hari, jika mengikut perancangan.
  •  
  • Perkakasan - Haha.Sudah macam budak perempuan aku nie duk sibuk pasal perkakasan. Bukan apa, aku mahu rembat yang ada kat umah nie je, kalau tak memang tak ingat la bab sabun, berus gigi dan sebagainya lagi. Perkara penting nanti mahu beli pencukur.
  • Duit ? Yang ini akan sentiasa ada tanda soal.hahaha
  •  
  • Fizikal dan Mental - rasanya dalam keadaan terbaik dah sekarang ini. Cuma malam ini mental kuat sebab nak bersorak tengok Indon lawan Malaysia pukul 8.
  •  
Rasanya itu saja misi-misi yang selalu jadi perhatian sebelum balik ke Selangor. Tunggu malam ini dan esok saja. Diharapkan tiada jalan dinaiki air nanti.

Tuesday, December 28, 2010

Nestle Test..

Sihat tak? Nak tau diri kita sihat atau tidak. cuba amek ujian kesihatan yang ringkas tapi berguna daripada Nestle. Klik pada link dibawah
ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today!

Hati-hati esok..bukan sekadar penyokong menanti pemain Malaysia tetapi coli juga.


Kata Julia, pemain Malaysia akan ‘diajar’ melalui cahaya laser, tetapi ia lebih unik kerana dipancarkan dari coli khasnya.
“Saya akan turun padang menyaksikan perlawanan pusingan kedua Indonesia menentang Malaysia di Stadium Bung Karno di Jakarta.
“Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia.

Hahaha.berhati-hati ye pemain Malaysia sekalian. jangan cepat tergoda dengan artis dangdut seksi maut Indon nie. Mana artis Malaysia? Artis Indon walaupun kadang-kadang semangat terlebih tapi kurang-kurang tunjuk juga semangat nasionalisme mereka sokong negara mereka.Mana artis negara kita? Sibuk buat filem dan beriklan ke? Filem tak laku juga.

p/s..Jangan Maya Karin lawan tunjuk coli jugak sudah..Kalo Maya Karin pun nak tunjuk coli jugak sambil cari suami baru alamat rebah Rajagopal dan Kunalan tengah padang tuh nanti.Hahaha

Monday, December 27, 2010

lagi pasal indon bangang



Punya le kecoh media Indon sampaikan pemimpin tertinggi dia pun bunyi gak pasal laser. Hey Indon batak sekalian, terima la hakikat kekalahan semalam. Bukannya Piala Suzuki tue dah tertulis nama Indon'Celaka'. Macam besar sangat perihal laser nih. Orang lain main dengan mercun takdak bunyi apa-apa pun. Tak mati pun kena laser dkt perut tuh.
Dan ada juga peminat Indon beri amaran jaga-jaga dekat pemain Malaysia apabila main di kampung halaman dia rabu nanti. Amboi..siap bagi ugutan lagi. Aku nak bagi cabaran juga kat Indon jugak..Kalau Indon rasa power sangat, jom la bertandang ke Stadium KB..Baru kamu boleh rasa macam mana penangan bola sepak Malaysia. Apa..ingat stadium Bung Karno je hebat haa?

ChurpChurp | Social Share » Catch Korean Pop Stars live in Malaysia! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Catch Korean Pop Stars live in Malaysia! (Preview)

Kalau nak ganyang buat cara lelaki, duk cakap dari zaman 50-an tapi negara merempat sana sini.

Semalam Malaysia menang. Tapi sudah jadi kebiasaan, bila ada pihak yang kalah, mesti ada saja alasan yang dikeluarkan.Kami orang Malaysia memang selalu kalah kalau peringkat antarabangsa tapi kami takde lah buat macam orang takde akal menuduh pihak lawan. Kami tengok kepada kesalahan diri sendiri. Ini Indon tak.Duk kutuk orang Malaysia lagi kat laman-laman siber. Memang dasar tak sedar diri! Kalau kalah, terima je la. Ada satu perlawanan lagi kan.
Diorang duk cakap penyokong Malaysia menipu dengan guna laser. Ada bukti kukuh? kalau betul kami nak menipu, dari awal lagi kami dah suh JPN periksa setiap sorang penonton Indon yang datang stadium bukit jalil semalam. Tapi tak, kami baik. kami bagi juga mat indon pakai baju merah masuk. Padahal datang negara orang cara haram.Buat onar kat sini. Nak cari simpati keje kat sini. Tapi tak reti nak jaga adab kat sini. So aku sekarang tak pelik lah bila model Indon (Manohara) kena seksa ke kerabat raja, pembantu kena rogol dek menteri. Eloknya Pati Indon nie semua buang ke laut Selat Melaka je. Menyemak je duk KL tuh.
Ada orang cakap, apsal nak emo-emo? Masalahnya orang Indon tue yang start dulu. Dah berapa banyak bendara kita diorang bakar? dah berapa banyak bendera kita diorang pijak? Malaysia baik.kan? takpe, nanti buat bom buluh bagi geng2 jawa makan sampai muntah.
Apa pun perlawanan semalam memang menarik. Safee Sali membuktikan ketajaman beliau sebagai penyerang utama negara. Tapi semalam, NorShahrul Idlan adalah pemain yang paling menyerlah. 2 assist beliau merobek gawang Indon. Bahagian pertahanan kita juga hebat. Apek berjaya mengawal gawang dengan cemerlang semalam. Tahniah Malaysia. Berusaha lagi untuk perlawanan kedua nanti.
Malaysia Boleh!

Sunday, December 26, 2010

The Top. Flop, Surprise , Villain, Hero of footballing world

It's the end of the year. And it's been one heck of year in the world of football around us. Especially for the fan in Malaysia. For this time around i would like to compile some of the thought about what's going on for the whole 2010 involving football.

First let's start with the Top. Who or which team had been the top in this year?
Top Manager - Some might argue that Vicente Del Bosque deserve to be crowned the top manager as he lead Spain to the World Cup. But for me, i would prefer Jose "Special One" Mourinho to be the top manager of 2010. Why? He lead Inter to treble. Some argue that Serie A is not compatative as EPL or La Liga but still Roma, Ac Milan and Juventus are legitimate team to be feared all around Europe. What make Mourinho top? He dictate Inter to Champion League glory by beating mighty Chelsea, Barcelona and Bayern Munich. And then he takes over Real Madrid. This year, have to be Mourinho's year.
*noted..Kelantan also the top team for this year after finally won the Malaysia Cup. Malaysia team also worth to be included as the finally won the gold medal in the Asean Cup and today will be heading to the first leg of Suzuki Cup final.

Top Player - Well, Messi right now argubaly the greatest player in the world. Cristiano Ronaldo is second to none on that list.But for me, the top player for this year have to be Eto. Why is that? beside leading Inter to treble in May this year. He again add Italian Supercup and Club World Cup. In Mourinho term, Eto had been one hell of Machine. He might not score a lot of goal but he helped the team. He even played as right back. And under Benitez term, Eto found his goal scoring touch again. He had been Inter leading scorer for the first half of Serie A. For me , Eto is the top player for the year 2010.

Now.let see on the flop. Flop of this year.
Well, in my opinion, there are some teams and players that had to be awarded as flop of the year.

Liverpool obviously  one of the flop of this year. Last season failed to even qualify for Champions League. The Benitez resignation and this season they still hard to find the winning touch and consistency.
Italy and France are the flop of this year's world cup in South Africa.
Ronaldinho once being awarded the world best player. But this year, he had been nowhere near the form he used to demonstrate while he was in Nou Camp. He's being lazy, out of idea and sometimes too greedy. Entering the January transfer, the 30 year player had been rumoured to be sold to his old club in Brazil.

Suprise me.
The biggest suprise in the world of football this year would be the World Cup that will be held in Qatar and Russia. Many expert said that FIFA have made a wrong decision awarding these 2 country the world cup right.
Khairul Fahmy , the number one keeper in Kelantan and probably in Malaysia right now had been a revelation this year. At the start of this year, he was supposedly the third keeper for Kelantan. But as Syed Adney poor form added with Shahrizan injury, Khairul Fahmi or Apek had been given the opportunity to guard the post. Remarkably, he did a great job. He is one of the key player that helped Kelantan win Malaysia Cup and Malaysia entered the Suzuki Cup final tonight.

The Villain or the antagonist.
On top of my head probably had to name Rafa Benitez. Looked at Liverpool last season before he was given mutual termination by the Liverpool board. Looked at Inter this season before being sacked few days ago. He seems in habit of blaming everyone else. At Liverpool he blame the board. At Inter he blame injury and President for not backing him by buying more players.
FAM..trully the Villain of Malaysia's footballing world. Many of FAM action did not reflecting the true image that supposedly being shown by the highest football organization in our country. Some of FAM actions toward Kelantan were bias and cruel. The price of Malaysia cup ticket, the ban of Sathianathan, the punishment of fan reaction are just some of the example of FAM action. FAM have to be the Villain for this year.

Lastly we came to the Hero of footballing world.
B.Sathianathan have to be the Hero for Kelantan team this year. He had received many cursing when Kelantan did not perform but still he had faith in his team and he had done tremendous job in the final of Malaysia Cup by encouraging all of his player to overturn the one goal defisit and  then beating Negeri Sembilan by 2 goal and won the coveted trophy.
Another Hero had to go to Diego Forlan. For all his work with Atletico Madrid which they won the Europa League this year and helping Uruguay in the world cup single handedly. Forlan showed to the world that he had to be recognize as one of the top strikers in the world.

Saturday, December 25, 2010

Selamat datang Leo, selamat tinggal Rafa Be'nok'

Akhirnya Rafa dipecat jugak. Tapi kesalahan dia jugak yang selepas menang Club World Cup baru-baru nie buat keluar statement macam tue. Mana-mana Presiden Kelab pun akan tercabar dengan kata-kata Rafa tuh.Jadi bagi aku, Moratti, Presiden Inter dah buat benda yang betul. Penyataan Rafa memang seperti macam bini minta cerai. Cerai pulak awal. Mungkin sebab Rafa rasa 6 bulan nie bayang-bayang Mourinho masih ada kat San Siro. Sebab tue dia balik Anfield tue. Dan dia pulak jadi bayang-bayang kepada Hogson.
Leonardo pula dah secara rasmi akan memulakan tugas sebagai pengurus baru Inter berkuat kuasa 29 Disember nanti. Dan serentak dengan perlantikan baru tersebut, banyak la muncul khabar-khabar angin mengenai perpindahan pemain. Yang pasti Inter sangat perlukan pertahanan tengah dan seorang penyerang. Samuel dah cedera sepanjang musim. Perlukan seorang pertahanan lain untuk berganding dengan Lucio mahupun Cordoba. Milito pula dah tak menyengat musim ini. Memang perlukan penyerang lain untuk berganding dengan Eto atau Milito. Biabiany masih muda. Pandev pula lebih sesuai bermain sebagai pemain sayap daripada penyerang tengah. Bahagian tengah rasanya sudah mencukupi.
Masalah utama Inter adalah kecederaan sebenarnya. Dan setelah semua pemain pulih, Inter mampu mengejar kembali takhta serie A daripada AC Milan, Lazio mahupun Juventus.Diharapkan Inter mampu mengejar kembali setelah bahagian kedua liga yang akan bermula bulan Januari nanti.
Sekali lagi, selamat tinggal Rafa.Semoga bahagia la merebut kembali kerusi Anfield tue. jangan terkejut lah tengok Rafa duduk kat Kop End minggu-minggu lepas nie.

Friday, December 24, 2010

Kitaran tahun 2010

Hari ini dah 24. Esok pulak cuti Krismas.Lagi 6 hari maka kita semua akan masuk tahun baru, 2011. Bila difikirkan balik, sebenarnya kita bukan sahaja akan masuk tahun baru , tetapi juga akan masuk dekad baru nanti. Sudah satu dekad atau 10 tahun berlalu semenjak daripada tahun 2000, atau tahun yang lebih dikenali ramai sebagai Y2K.
Dan dalam masa satu dekad ini bermacam-macam perkara dah terjadi kepada kita semua. Nak review sket apa yang dah aku rasa, alami satu dekad yang lepas. Tahun 2000 bermula, masa tue aku F4, orang kata honeymoon year bagi sekolah menengah. Sebab lepas PMR kan so semua nak bergalak sakan la kat sekolah.
Tahun 2001, SPM. Salah satu titik perubahan bagi setiap pelajar di dalam Malaysia nie. Tahun ini juga boleh dikatakan sebagai antara tahun yang akan sentiasa dikenang seumur hidup. Siapa la yang tak kenang tahun f5 kan? Paling penting sekali SPM. Sijil SPM nie memang akan sentiasa digunakan sampai bila-bila.
Dan bermula tahun 2002 sampai la tahun lepas, aku dah rasa kalau tak silap aku, aku dah menetap, merantau, merasa 3 buah negeri.Perak (UTP), Terengganu (UDM) dan Selangor (UPM). Bila ditengok kebelakang balik, dalam masa satu dekad nie memang sangat-sangat banyak berubah. Aku, diri aku la kan yang pertama. Dari awal remaja, remaja, penghujung remaja dan memasuki awal dewasa. Kawan-kawan pun banyak mengalami perubahan. Dari remaja, masuk u, keluar u, berkerjaya, dan berkahwin malah ada yang dah menjadi ibu bapa pun.
Dalam dekad yang lepas, apa yang boleh aku katakan, aku jumpa macam-macam orang. Dari pengalaman sendiri, pengalaman kawan-kawan, daripada orang lain tolong cerita, dan setiap orang kita jumpa dalam hidup kita sangat unik dan berbeza. Betul lah pepatah Omputih kata, don't judge a book by its cover.  Orang macam-macam ragam, kadang-kadang kita dapat seperti yang kita harapkan, kadang-kadang tidak kan. Lumrah hidup.
Dalam dekad yang lepas juga aku fikirkan satu pengalaman yang unik sebagai peminat bola sepak. 3 Piala Dunia dah berlangsung. 3 Juara yang berbeza. 3 negara yang berbeza. Bab Inter pula, tahun ini memang paling terbaik.Menang treble. Kelantan pula? jika dilihat dalam dekad yang lepas memang sangat pelik. Kenapa? Sebab Kelantan pernah dalam dekad yang lepas terpaksa main dalam Liga FAM.Liga yang paling rendah dalam Malaysia tapi tahun ini dah menang Piala Malaysia. Boleh dikatakan aku sokong pasukan Kelantan nie sejak dulu lagi.Mestilah sokong sebab dah negeri sendiri. Maksud aku, time Kelantan main liga FAM pun aku ada masa aku pergi tengok tengok kat stadium. Time stadium lenggang ke penuh ke, kalau aku ada kat KB, ada masa, ada wang, memang aku pergi.
Jadi dalam kita mula memasang azam untuk tahun yang baru dan dekad yang baru, baik juga jika kita imbau balik dekad yang lepas dan perbaiki apa yang silap. Kadang-kadang bila difikirkan balik, kesilapan tahun yang lepas adalah kelebihan buat kita untuk tahun depan.Dengan kesilapan barulah manusia dapat menjadi lebih baik. Mana ada manusia sempurna kat bumi nie kan.
Sekian dulu. Merry Krismas buat penganut Kristian. Yang bukan Kristian jangan nak memandai-mandai pulak nak jadi santa claus. Sekarang nie tak boleh biar sangat kat negara kita, 1Malaysia katakan. Sampaikan bab agama pun mahu dicampur cantumkan

Tuhan Kelantan dan Terengganu

Ustaz Rock:Assalamualaikum kelas..

Murid-murid : Waalaikumussalam ustaz..

Ustaz Rock: Hari ni ustaz tanak mengajor sebab ade perkara yang nak ustaz bincang. Isu sensitif nih..

Murid 1 : Isu ape ustaz? Saspen jer bunyinyer..org saspen pun tak saspen camnieh..

Ustaz Rock : Memang sensitif tahap maksima nih..sblum tuh..ade orang pantai timur tak kat sini?

Murid 2 : Saya ustaz..Saya orang ganu

Ustaz Rock : Kamu jangan terasa yer..Ni saya dapat dari ustaz-ustaz seluruh negara..Kajian mendapati orang terengganu ngan kelantan nih tak percaya kepada Tuhan mereka..

Murid 2 : Eh Ustaz..tak baik tuduh-tuduh ustaz..berdosa besar ustaz

Ustaz Rock : Astargfirllahalazim kamu ni..ustaz belum habis cakap lagi..sabo sabo la dulue

Murid 1 : Teruskan ustaz..

Ustaz Rock : Kamu rasa kenapa yer orang pantai timur ni camtu?Apa pendapat kamu?

Murid 1 : Hish..ada unsur-unsur politik ke ni ustaz? Bahaya nie...repot kat guru besar kang baru tau

Ustaz Rock : Ler..ni lagi sorang..takde langsung la..Bebawak mengucap dulu

Murid 2 : Dah tu apa ustaz?

Ustaz Rock : Okla..ustaz terus terang..tapi ni bukan ajaran sesat tau..Sebabnyer orang lain sebut 'Tuhan'..tp orang terengganu sebut 'Tuhang'..org kelantan plak sebut 'Tuhe'..tak gitu?

Wednesday, December 22, 2010

Cerita cemburu buta

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

Tuesday, December 21, 2010

Biru punya citer

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu,
dia terus mengusap-usapbatang tersebut,
kelihatan air putih mengalir keluar.
Aminah pun menjerit
"..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..


Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu,
hatinya puas dansemangatnya semakin berkobar-kobar,
jari-jemarinya terus menguli tanpa henti.
Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk
"bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."


Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan,
dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu
dan menyedut keluar sedikit susu ...
"cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas"
Anak Zamrul yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.


Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar
"Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti..
Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.


Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut.
Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

Bege Nuklear

Musim hujan macam nie kalau dapat makan bege yang panas dpn tv memang sangat syok. Dan akhir-akhir ini aku dah tengok iklan burger Prosperity dah kembali di Mcd.Tapi setakat yang aku tahu hari ini baru ada bege daging.Maybe lepas-lepas ini baru ada bege ayam. Aku ingat lagi dulu, tak silap aku 2 tahun lepas bila aku pergi Mcd di tengah-tengah Kota Bharu, bila ditanya bege Prosperity ada lagi tak? boleh pulak orang tue cakap dah habis. Padahal masa tue baru pukul 830 malam kot. Begitu sekali penangan Prosperity nie. Kira bijak lah marketing Mcd. Diorang buat bege Prosperity nie satu benda yang ekslusif. Orang semua tertunggu je.Apa yang special ngan Prosperity tue? Maybe daging panjang dia n sos dia. Bagi aku dua benda tue yang membezakan Properity dengan bege jenis lain yang terkenal yang ada kat Malaysia nie. Macam Zinger (KFC) pun sedap tapi bila dah boleh dapat tiap-tiap hari tak jadi ekslusif la kan. Sama macam Whopper ( Burger King) atau Super Star (Carl Junior). Tapi sekarang dah ada saingan untuk Prosperity.Nama dia bege Mat Salai. daging panjang dan lebar macam Prosperity gak. Mak aku pun ada beli daging dia baru-baru nie. Siap yang dah frozen pun ada rasa black pepper.Jadi maybe lepas ini tak ekslusif mane la Prosperity kan. Ye lah, buat ape beli bege yang hampir harga RM10 kalau boleh dapat bege yang lebih kurang sama dengan harga yang jauh lebih murah.Tapi semua nya bergantung pada kehendak individu la kan.


Ok sebelum aku mengundur diri, baru-baru ini aku terbaca mengenai kerajaan kita nak buat satu loji Nuklear.Sumber daripada Utusan kat sini.. Loji nuklear nie memang bagus.Aku tak nafikan mengenai tue.Masa sekolah dulu walaupun fizik aku tak power tapi tau la serba sedikit pasal nuklear nie. sumber tenaga nuklear memang takleh lawan tapi yang menjadi masalah adalah penjagaannya itu. Tragedi Chernobyl mesti semua orang tau kan. Itu terjadi sebab seorang je buat salah. Itu pun dekat negara yang memang dah kuat masa tue. Memang la lambat lagi tapi siapa yang akan jaga semua yang berkaitan dengan loji nuklear tue nanti bila dah siap kat Malaysia nie. Dan adakah lokasi dia betul-betul selamat, tidak membahayakan kawasan dan rakyat sekitar. Banyak faktor yang perlu dikira sebelum nak bina loji nuklear nie.Menteri cakap Malaysia banyak bergantung pada gas dan arang batu untuk bahan elektrik. Aku pelik gak kat sini, Habis empangan-empangan yang ada kat Malaysia nie gunanya sebagai apa? Sebagai perhiasan kot. Empangan bakun yang sebelum nie mega projek takkan tak berfungsi kot. Aku risau juga bila loji nuklear dah siap nanti. Bukan apa, sejarah negara kita nie , banyak masalah mengenai pembinaan. Aku tak tau asal usul masalah pembinaan nie dari mana. Dari kontraktor kah, JKR kah, menteri kah, perunding kah. Banyak contoh-contoh projek yang ada masalah berkaitan dengan pembinaan nie. Highland Towers, Bukit antarabangsa, MRR2, Stadium Sultan Mizan pun tak siap bersih lagi, siling mahkamah bocor, siling sekolah runtuh dan macam-macam lagi yang tersurat atau tersirat dalam negara kita nie.Cuba bayangkan kalau dinding yang sepatutnya melindungi radioaktif nuklear kat loji tersebut tertiba ada keretakan dan berlaku letupan ke atau kebocoran ke,siapa yang susah? Kat Chernobyl tue pun tak ok-ok lagi kawasan sekitar meskipun tragedi tersebut berlaku tahun 80-an. Kot-kot kalau ada kebocoran nanti timbul pulak raksasa macam Godzilla tue takpun manusia mutant macam X-men.Entahlah.nie hanyalah pandangan rakyat biasa yang takut negara tercinta nie dilanda bencana. itu sahaja. Aku tau, loji ini bertujuan untuk membangunkan negara. untuk menjadikan negara sebuah negara maju. tapi pembangunan material semata-mata tak menjaminkan negara maju. pembangunan insaniah itu lebih penting.Sama-sama lah kita fikir ye.

Sekian.

Monday, December 20, 2010

Orang kata tempat keje bagi kesan kat anak kita (pandai2 je aku padahal kawin pun tak lagi)

"Al - Kisahnye......di sebuah hospital 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"

"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.

Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"

Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven""

Sunday, December 19, 2010

Rangkuman seminggu..nikah..bola..Hanis Zalikha

Rangkuman berita seminggu. Sebenarnya di pagi (pagi lagi ko nie?) Ahad ini, aku semacam takde mood nak menulis panjang.Tapi bila duk surf nie macam bosan pulak takde watpe. Laman web bola dah tengok, blog-blog dah baca, berfb je lah. Sambil-sambil tunggu download Burn Notice nie maka perah lah otak skit ingat balik apa cerita-cerita hot berlaku sepanjang minggu nie.
  • Pertama..pasal Taib Mahmud nikah orang luar negara. Gadis Lebanon tak silap aku. Tapi yang penting, Taib Mahmud tue dah memang tua gila, pangkat datuk kot, boleh pula dia sambar gadis luar negara yang memang cun melecun lah. Memang orang borneo nie suka barang bergetah agaknya. Tengok Bung Mokhtar dah lah.Jangan lepas nie Pandikar Amin kahwin lain sudah.
  • Kedua..berkait dengan Pandikar Amin adalah berkaitan dengan pergantunggan beberapa orang Wakil Rakyat daripada Parlimen berkaitan dengan APCO.Antara yang digantung adalah Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Azmin Ali. Ini semua gara-gara Nazri Aziz punya pasal. Aku pun pelik nape nak melenting sangat bile sebut pasal APCO nie, kalau UMNO betul-betul takde kaitan duk senyap sudah. Nampak sangat ada link kat mana-mana ngan APCO nie. Pepatah kata , pokok tak akan bergoyang kalau takde angin ribut kan.
  • Ketiga..berkenaan dengan bola sepak. Tempatan dulu.Semalam Malaysia berjaya melangkah ke perlawanan akhir dan dijangka akan bertemu dengan Indonesia nanti. Apek atau Khairul Fahmi dipuji oleh ramai orang.Tahniah untuk Malaysia dan jangan kena belasah pulak macam perlawanan peringkat kumpulan baru-baru nie. Pasal Kelantan pula , minggu lepas heboh pasal Safee Sali, Badrol bakhtiar akan masuk Kelantan tapi rupa-rupanya tak jadi sebab yuran perpindahan dikhabarkan terlalu tinggi.Apa pun Kelantan berjaya mendapat Nicholas Chan, pemain yang dikatakan serba boleh , anak jutawan yang membeli Cardiff City. Lepas nie bila dah ada link dengan kelab Inggeris tue mana tahu boleh hantar beberapa pemain buat latihan kat sana dan pinjam beberapa mat saleh main kat Kelantan. Siapa tahu kan?. Pasal eropah pula undian Champions League dah berlangsung. Perlawanan tumpuan pasti Arsenal vs Barcelona, Inter lawan Bayern dan Spurs akan jumpa AC Milan. Arsenal vs Barcelona memang best sebab ramai orang cakap dua-dua team nie amal corak permainan yang lebih kurang sama.Satu lagi, Arsenal kalah kepada Manchester dalam liga.
  • Keempat..daripada analisa carian di Google, nama Hanis Zalikha lebih popular daripada Siti Nur Haliza.Aku sebenarnya tak kenal dia nie siapa tapi setelah membaca mengenai dia baru aku ketahui. Rupa-rupanya dia nie popular sebab blog dia. Dikatakan hampir 16 ribu pengunjung lawati blog dia setiap hari. Gila banyak tue. Memang popular lah. Dia juga akan berlakon nanti. Dalam filem apa ntah. Sama-samalah search nama dia di Google ye.
  • Kelima..hmm..apa lagi yang berlaku minggu lepas ye.Ooo yeay,bagi pelajar UPM, minggu lepas sudah diketahui keputusan peperiksaan sem lepas. Alhamdulillah , aku takde subjek gagal.Semua lulus.Keputusan aku sem lepas aku rasa memang cukup bernasib baik.Aku tak harap pun nak dapat dekan kan, memang tak akan dapat pun, asal tak gagal sudah. takpe,sem depan cuba lagi.Aku puas hati dan syukur je dengan apa yang dapat. Itu yang aku buat, itu yang aku boleh. tak merungut, tak menyesal.Tak macam setengah pelajar.Dah dapat tinggi pun still nak merungut. tau lah kamu dapat tinggi, pastu nak tunjuk kat orang lain dia patut dapat tinggi lagi. Dah macam menunjuk la tue. 
Sekian dulu rapuan rangkuman minggu lepas. Nukilan kebosanan waktu tengah hari.

Saturday, December 18, 2010

Meniru masa exam

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.

Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!

Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.

Ayah: Ape buktinya?

Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?

Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.

Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?

Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.

Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!!

Friday, December 17, 2010

Kalau dah boring

Kalau dah boring petang jumaat yang sejuk berserta hujan nie memang tak boleh buat apa lah kan.
Nak tido? dah tido tadi
Nak makan? dah makan tengah hari tadi?
Nak surf? dah bosan surfing padahal internet banyak je benda boleh buat dan aku tak maksudkan benda-benda yang biru ye.Daripada aku surf benda biru baik aku surf orang cakap dan kutuk bendera biru.ahahha
Nak buat apa lagi ek?
Nak membaca? hari tue dah download ebook The Lost Symbol oleh Dan Brown tapi baru baca 2 page mata dah ngantuk.Almaklumlah baca dengan laptop kan
Nak main game? Game FM aku dah sampai 7/8 musim dah dan yang terbaru pasukan Inter aku berjaya mendapatkan Lionel Messi yang pada tahun 2016 berumur 29 tahun dengan free transfer.hahaha.Memang berbaloi tapi gaji memang gempak lah, 325000 seminggu Messi nak.
Nak layan series? Aku tengah download latest punya Burn Notice. layan malam nie je lah
Akhir sekali layan SMS je lah.hahaha.

Thursday, December 16, 2010

Lepas sorang, sorang pulak..agaknya jadi macam fairytale pulak ke?

Aku duk blogwalking sekejap tadi dan mendapat tahu bahawa Marion akan melangsungkan perkahwinannya dengan anak lelaki SM Nasamudin esok. 17 Disember. Sebelum nie kita semua dah tau pasal perkahwinan adik perempuannya yang gila meriah dan memang tak masuk akal rakyat jelata. Aku tau pasal majlis tue pun sebab heboh dalam FB. Zaman sekarang senang, nak cari pape masuk je dalam FB. Berbalik pada perkahwinan Marion nie, sekarang nie Marion jadi pengacara E! News asia dan daripada blog juga, aku dapat tahu yang hanya E! News sahaja diberikan keutamaan untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka. Rangkaian TV lain harap maaf lah ye.Takpe, mesti akan tersiar jugak dalam youtube takpun dalam FB. Marion dikatakan sudah 2 bulan masuk Islam.Hmm.jangan jadi macam Maya Karin sudah la ye.Semoga Berbahagia lah Marion.Aku mula-mula ingatkan Marion nie baya-baya aku tapi sudah 29 rupanya.Memang dah patut kahwin pun. Melepas la pulak bujang-bujang di Malaysia nie. Tapi, memang hanya dalam mimpi lah nak dapatkan isteri macam Marion nie. Susah woo.Sebelum kahwin pun susah nak tackle, selepas kahwin pun susah nak jaga. Mana taknya, kalau dah cun melecun macam Marion tue mesti ada je anasir-anasir luar kan.



Tapi daripada gambar2 diatas memang bagai pinang dilaser 2 lah.Bukan calang-calang orang pengantin lelaki tue. Pewaris Naza World lagi tue. Kira dua-dua menepati citarasa lah kan.Lelaki pun hensem. Yang perempuan pun cantik.
Takpelah Marion, semoga berbahagia ye.
Kecewa pulak lah, dulu nak tackle si Alizee tapi dia nie jauh sangat duduknya, Perancis sana. Bukan nak pergi Paris, nak pergi Indon pun aku tak mampu. Sampai dah terberanak pun si Alizee. Tapi dah jadi mak orang pun maintain lawa je Alizee nie.nie gambar latest dia.
Stail rambut dah lain sket.Tapi takpelah. Kurang dah jugak dengan perkembangan Alizee nie. Pergi mana agaknya.
Takpe, sekarang dah ada orang baru untuk digilai. Dan aku rasa bukan aku sorang je yang menggilai orang nie. Ramai lagi orang lain yang turut sama berpendapat dengan aku. Nak minat ngan Maya Karin , dah jadi janda. Ngan Fasha, perangai pulak macam tak elok sangat. Fazura? lagi lah, siap naik mahkamah lagi dulu. Jadi sekarang nie yang memang dari muka cun pun kita tau innocent adalah Lisa Surihanie.

kan ayu sopan je Lisa pakai tudung tue. Mohon la hati dia untuk terbuka pakai tudung untuk selama-lamanya lepas nie. Best ke tak ek Siri Tudung Ekspress tue? Aku tak tau siaran dia pukul berapa, kalau tau memang dah tengok dah.Semata-mata nak tengok Lisa.hahaha.Aku tengok filem Zoo, lakonan Senario dan Lisa pun sebab nak tengok dia je. Filem Zoo tue macam filem tak siap je.Tapi tak mengapa sebab ada Lisa jadi aku tonton la walaupun kadang-kadang bengang dengan lawak bodoh Senario.
Lelaki yang tak tergoda tengok gambar nie sila check balik ye

Kabel mana nak? Sila lah amek sendiri


Entry kali ini bersertakan dengan kabel bawah laut dan kabel elektrik. Rasanya semua orang tahu kedua-kedua kabel ini amat penting dalam kehidupan seharian kita. Kalo kabel elektrik terputus atau ada burung mati terkena kejutan elektrik kat salah satu wayar tue alamatnya bergelap la satu perumahan maka mengamuk la manusia sebab takleh tengok astro dan pasang kipas. Kalau gempa bumi seperti beberapa tahun yang lepas yang buat kerosakan kepada kabel internet bawah laut, maka tak dapat broker saham nak tengok saham kat Internet dan tak bleh la mahasiswa nak check result exam kan. Jadi sebagai kesimpulannya kedua-dua kabel nie sangat penting. Yang menariknya kat negara kita nie banyak lagi kabel yang amat penting dalam kehidupan seorang rakyat Malaysia. Dari kecik sampai besar. Tak percaya? Tipu la kalau kita tak tau pasal kabel kat Malaysia nie. Aku tak bijak bab kejuruteraan jadi aku bukan nak cakap pasal kabel TNB atau kabel Telekom pun.
Cuba kita tengok..
Lepas UPSR, nak masuk sekolah asrama penuh, ataupun sekolah MARA mahupun sekolah harian biasa yang terkenal kalau takde kabel kirim salam lah.
Lepas PMR pun sama macam diatas. Sekurangnya-kurangnya kita perlukan kabel sebesar tiang api.Setakat guna kabel tok penghulu zaman sekarang dah tak berguna. Sekarang orang guna kabel Kementerian terus,
Lepas SPM, nak masuk u power-power kena cari kabel jugak. Lagi besar kabel lagi senang dapat masuk u. Lagi tinggi kabel lagi senang nak dapat jurusan yang dikenali ramai. Kalau setakat kabel tinggi pokok rambutan, alamatnya dapat masuk kolej u je kot takpun dapat jurusan yang hanya pelajar dan pensyarah je tau, mak cik cleaner kat KB Mall tak akan faham dan tau.
Lepas dapat ijazah nak masuk kerja kena cari kabel gak. Kalau setakat nak minta kerja hantar resume sendirian alamat jadi tukang sapu majlis perbandaran lah. Malah nak kerja jadi tukang potong rumput majlis daerah pun kena ada kabel. Lagi-lagi kalau kerja dengan kerajaan, memang kena pakai kabel besar. Lagi besar kabel lagi senang interview. Malah tak perlu pergi interview, dapat surat tawaran kerja terus. Nak kerja senang, tanya 'Dr' (aku tak tau layak lagi ke dia nie dipanggil dr) fazley. Tengok kabel apa dia pakai sampai dapat jadi dr dan ada kolej sendiri. Kabel 'First Lady' tue. Bukan main besar kabel tuh.
Kalau kerja kontraktor memang tak sah takde kabel. Nak tender sekolah, kena ada kabel kementerian pendidikan. Usahkan nak mintak tender JKR, nak mintak tender renovate stor sukan sekolah pun tak boleh kalau takde kabel.
Kalau kabel besar dan tinggi, orang kerja kontraktor makanan akan dapat bini 4. Ingat senang zaman sekarang nak dapat tender kantin sekolah, lagi-lagi kalau kantin sekolah asrama. Banyak tue dapat. Kalau kabel setakat seinci dua kirim salam lah. sekurang-kurang kena ada kabel Dato takpun Tan Sri. Baru dapat makan banyak perut buncit.
Kabel senang sekali tunggu masa nak mengundi. Masa nie senang nak cari kabel, Bila dah dapat kabel satu pegang betul-betul tapi lagi syok kalau ada banyak kabel. Senang pakai dua kabel besar, satu biru, satu hijau. Kabel dua nie tak lekang dek zaman. Setakat kabel Zaid Ibrahim takleh pakai mana.

Jadi sebagai kesimpulannya, amalan kabel nie dah sebati dalam jiwa masyarakat kita. Hendak tolak ketinggalan, hendak ambik tak dapat. Jadi pengakhirannya memang berserah je lah. Sebab tue kat negara kita nie yang kaya akan sentiasa kaya, yang miskin akan jadi papa. Sebab yang kaya dapat beli kabel besar. yang miskin dapat beli kabel tmnet je.tue pun kena ada kabel gak, kabel telefon. Kalau orang biasa pun tau pasal kabel,takkan ikan-ikan marlin kat Putrajaya sana tak jadi kabel, Bila dah jadi kabel mesti la kena pakai caj kan. Kabel elektrik pun ada caj dia kalau nak digunakan disatu-satu tempat. Kabel politik caj dia duit. Kalau ada kabel yang baik hati mungkin caj dia hanya terima kasih ataupun keikhlasan. Tapi semua bergantung pada niat kan.Kita tengok lah nanti kabel-kabel nie kena soal kat akhirat esok-esok. Boleh tengok lah kabel-kabel nie rentung sebab muatan lebih had takpun kena muatan api neraka yang maha panas nanti. Lagi besar kabel lagi kuat api bakar.
Sekian.
p/s..zaman sekarang nak kahwin pun kena pakai kabel gak. Betul ke?

Tuesday, December 14, 2010

Separuh harga nie bro

Kalo tak nampak sila klik pada gambar bagi nak jelas ye.
Gambar tue adalah promosi jual kereta proton yang aku rasa kat negara arab.Cuba tengok kat harga Proton Waja, Gen2 dan Persona dalam gambar tersebut.Berbeza kan dengan harga kat Malaysia nie? Sangat berbeza.Boleh dikatakan separuh kot harga daripada yang ada kat Malaysia nie.Tapi yang jadi pelik kenapa harga kereta Buatan Malaysia nie, boleh dijual murah kat negara asing sedangkan kilang Proton setahu aku kat Tanjung Malim sana. Sepatutnya kat Malaysia la jual harga macam yang kat atas tue tapi orang Malaysia sendiri kena beli mahal.Musykil nie. Ada menteri daripada Barisan Neraka boleh tolong jawab tak? Aku tak reti pun bab ekonomi nie mungkin menteri-menteri yang tahu pasal harga kereta nie ada kot penjelasan ataupun ayat penipu yang boleh sedapkan hati rakyat. Tapi diorang peduli apa kan. Letak harga mahal pun orang beli jugak. Kalau takde orang beli , buat kempen patriotik, sokong barangan Malaysia.Pastu rakyat jadi sedar maka akan beli kereta Proton balik. Betul tak? Mungkin tulisan aku nie macam nak kutuk Proton tapi aku sendiri pakai kereta Malaysia jadi aku tahu la macam mana. Dan sangat tak berpuas  hati la kalau harga Proton kat luar negara lagi murah dalam negara nie. Baik rakyat Malaysia beli kereta Jepun atau Korea je.
Kalau harga Proton kat Malaysia nie macam dalam gambar tue kan best, boleh la nak pakai 2 kereta sekali gus, naik jugak jualan Proton nanti, takde lah tertinggal di belakang Perodua.Apa-apa pun terima kasih lah BN. Aku duk kutuk banyak-banyak pun aku naik kereta Proton Iswara Merah yang buruk jugak tue. Sebab tue je yang termampu. Tak mampu nak beli kereta mahal-mahal. Lepas nie lagi la tak mampu sebab semua dah naik. Naik basikal lagi jimat lepas nie.Jangan Malaysia nak naikkan harga basikal sudah

Sunday, December 12, 2010

Hidup dan bola sepak ! Bola sepak adalah kehidupan, hidup seperti bola sepak ?

Bola sepak.Satu sukan yang telah diakui ramai paling diminati ramai diatas dunia ini. Bola sepak sekarang bukan sekadar satu permainan. Melangkaui satu sukan. Bola sepak adalah industri. Bola sepak adalah budaya. Bola sepak adalah permainan politik. Pendek kata, bola sepak sudah menjelma menjadi sebuah kehidupan yang tersendiri. Di Argentina sebagai contoh, ada peminat fanatik yang menwujudkan sebuah agama yang berasaskan ' hand of God' Diego Maradona, seorang lagenda bola sepak Argentina. Budaya bola sepak England yang diminati ramai orang Malaysia, di mana saban minggu, penonton menyaksikan pasukan mereka berentap bersertanyaa nyanyian-nyanyian di dalam stadium dan sorakan yang menaikkan semangat pemain bola itu sendiri. Di Serbia, peminat bola sepak mencampur adukkan politik dengan bola sepak apabila mereka melakukan rusuhan semasa perlawanan antarabangsa Serbia dan Itali apabila Hillary Clinton dijadualkan akan singgah di Serbia, wilayah yang sentiasa bergolak sejak dari dulu lagi. Di Malaysia, fahaman politik PAS dan UMNO sering dimainkan orang-orang politik apabila memperkatakan mengenai pasukan bola sepak negeri khususnya Kelantan. Ada sesetengah orang yang memang taksub dengan bola sepak sanggup memperkatakan bahawa bola sepak bukan sekadar hidup dan mati, tetapi lebih daripada itu.

Jika bola sepak kita anggap sebagai kehidupan, boleh kah kita anggap kehidupan itu sebagai bola sepak. Pada pendapat aku, semesti nya tak boleh.Tapi kita boleh mencerminkan satu perjalanan kehidupan sebagai satu permainan bola sepak.Ya, kehidupan boleh diterjemahkan atau ditonjolkan dengan perumpamaan sebuah perlawanan bola sepak atau permainan bola sepak itu sendiri. Contohnya...

dalam kehidupan kita, harapan adalah satu benda yang paling penting.Kita berharap kita dapat duit banyak. Berharap dapat isteri dan keluarga yang baik-baik. Berharap mendapat keredhaan Allah. Dan dalam kita menjalani kehidupan, kita berusaha kearah mencapai harapan kita. Sama seperti bola sepak. Pemain mengharapkan mereka dapat menjaringkan gol atau mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi gol. Pengurus atau jurulatih berharap agar taktik yang mereka guna akan membuahkan hasil diatas padang. Pihak pengurusan pasukan berharap pelaburan mereka akan memberi pulangan kepada mereka. Peminat pula mengharapkan pasukan yang mereka sokong akan menang. Dan dalam mereka berharap, mereka akan berusaha kearah harapan yang mereka letak tadi. Pemain akan berlatih bersungguh-sungguh.Pengurus akan berfikir banyak-banyak mencari taktik yang sesuai. Pengurusan akan cuba membeli pemain-pemain yang bagus-bagus.Peminat akan menonton setiap perlawanan dan memberi sorakan untuk menaikkan semangat pemain. Jadi kehidupan boleh dianggap sebagai bola sepak.

Dalam kehidupan kita, masa adalah satu benda yang sangat penting.Masa adalah satu-satunya benda yang tidak boleh dibeli, tidak boleh ditukar ganti, tidak boleh diundurkan.Kita sering menyesal tentang masa kita muda apabila kita dah tua. Kita sering menyesal mengenai masa yang kit sia-siakan. Kita sering menyesal mengenai masa kita lapang apabila kita dah sibuk. Sama seperti dalam bola sepak. Masa adalah penentu segalanya. Dalam satu perlawanan bola sepak, masa 90 minit disertakan dengan masa tambahan adalah satu-satunya masa yang telah diberikan. Masa ini tidak boleh dibeli meskipun kelab atau pasukan itu kaya raya. Masa itu tak boleh diundurkan meskipun pasukan itu kalah teruk.Pemain sering melengah-lengahkan masa kerana mereka tahu jika diberikan masa lagi mungkin keadaan dimana pasukan mereka tengah mendahului mungkin akan ketinggalan.

Dalam menilai aspek kehidupan seharian kita, peluang yang ada sepanjang kita hidup adalah satu benda yang sangat  bernilai. Dan bercakap mengenai peluang, nasib memainkan peranan yang penting. Kadang-kadang kita berpeluang untuk berpindah untuk ke tempat lain. Berpeluang untuk mendapatkan kerja yang lebih baik. Tapi kadang-kadang kita tidak bernasib baik, kita mensia-siakan peluang yang ada.Aku sendiri mensia-siakan peluang belajar dahulu dan sekarang bernasib baik kerana mendapat peluang kedua. Sama apabila kita bercakap mengenai bola sepak. Peluang dan nasib adalah elemen yang penting bagi setiap perlawanan bola sepak. Sebuah pasukan hebat sekalipun jika pada hari perlawanan itu mengalami nasib yang tidak baik mungkin akan mengalami kekalahan. Bayern Munich pada tahun 1999, perlawanan akhir Champion League, menerima kekalahan kerana nasib tidak baik apabila Manchester United menyumbat 2 gol pada 2 minit masa tambahan. Bayern mensia-siakan peluang yang ada sebelum itu untuk menyumbat lebih banyak gol. Penyerang juga berdepan dengan peluang dan nasib setiap kali perlawanan. Ivica Olic dan Diego Milito, 2 penyerang yang pada musim lepas yang menunjukkan kadar gol yang tinggi sebab mereka bernasib baik setiap kali dalam kotak penalti dan mengambil setiap peluang yang mereka ada untuk menjaringkan gol.

Satu lagi aspek yang penting dalam hidup kita adalah kesabaran. Malah dalam agama Islam mengajar umatnya bahawa separuh daripada iman itu adalah kesabaran. Kenapa kita kena banyak bersabar. Bersabar melatih diri kita lebih gigih, tabah dan matang. Bersabar sebenarnya dapat membantu banyak benda dalam kehidupan kita. Apabila tidak sabar, banyak benda yang tidak baik akan terjadi. Contoh terbaik di atas jalan raya. Banyak kemalangan yang terjadi akibat sikap tidak sabar pemandu itu sendiri. Dalam perkahwinan, apabila salah seorang suami atau isteri tidak sabar dengan perangai pasangan masing-masing maka perkahwinan itu akan goyah. Keadaan yang sama juga terjadi dengan bola sepak. Kesabaran adalah sangat penting. Peminat perlu sabar dengan pemain dan pasukan kesayangan mereka. Jangan terlalu mengharapkan kemenangan pada setiap perlawanan.Seperti yang terjadi kepada Kelantan, pada awal tahun ini apabila anak-anak buah Sathianathan tidak memberikan persembahan yang memuaskan ditambah lagi dengan penyingkiran awal daripada Piala FA, maka ramai peminat Red Warriors yang memaki hamun Sathia, pemain malah kepada pihak pengurusan.Tetapi Tan Sri Annuar sabar dengan segala kutukan itu dan bersabar dengan jurulatih dan pemain yang sedia ada. Hasilnya Kelantan akhirnya menjulang Piala Malaysia. Jika Tan Sri Annuar tidak sabar dengan Sathia sudah tentu dia mencari jurulatih lain dan mungkin dengan jurulatih baru, Kelantan tidak mampu menjulang Piala Malaysia baru-baru ini.Sabar memang sangat penting.

Sekian sahaja lah coretan mengenai bola sepak dan kehidupan. Sebenarnya banyak lagi aspek kehidupan yang ada dalam bola sepak yang tidak aku tuliskan diatas sana. Kita semua boleh fikirkan sendiri apa lagi yang kehidupan ada.Jadi kepada peminat bola sepak sekalian, sokonglah pasukan anda dengan matang dan bersemangat. Kepada yang kurang memahami bola sepak, buka mata, minda selami jiwa peminat bola sepak. Khususnya kepada kaum perempuan, untuk memahami lebih dalam mengenai seseorang lelaki, tengok kepada pasukan bola sepak yang digemarinya. Orang lelaki sangat gilakan bola sepak. Jadi untuk mengambil hati orang lelaki, berilah ruang seketika sekali sekala kepada orang lelaki untuk menghadap pasukan yang mereka minati.


I fell in love with football as I would later fall in love with women: suddenly, uncritically, giving no thought to the pain it would bring. Nick Hornby

Friday, December 10, 2010

Jom tunggu filem 2011

Tahun 2010 dah semakin ke penghujung. Jika mahu memperkatakan mengenai industri perfileman, tak kira di Hollywood, atau Malaysia serta Bollywood, maka pada tahun ini boleh dianggap satu tahun yang memuaskan kepada penggiat industri dan juga peminat filem. Pada tahun ini banyak filem-filem yang box-office yang keluar dan tidak menghampakan para peminat.

Antara filem yang boleh aku fikirkan sangat berbaloi pada tahun ini adalah

  • Toy Story 3 ( The end of a trilogy animation)
  • Harry Potter Part 1 ( Peminat ternanti-nanti..belum tengok lagi tapi harap sama atau lebih kurang macam dalam novel)
  • Iron Man 2 ( lagi banyak robot..)
  • Salt (Angelina Jolie memang masyuk jadi agent)
  • Red ( Aksi, komedi, twist..geng old school hollywood beraksi..sempoi)
  • Shrek Forever After ( Orgeeeee is the greenest monster)
  • Robin Hood ( back to old school..the beginning of the legend)
  • Inception (Mimpi dalam mimpi dalam mimpi)
  • The Loser (Aksi ada, komedi ada, twist pun ada)
  • The Expendables (Tengok senarai pelakon pun dah gempak, tapi jalan cerita boleh disedapkan lagi nie sebenarnya)
  • Avatar (nak lagi power tgk dengan 3D)
  • Alice in Wonderland (Filem kalo ada Johnny Depp memang best)
  • Repo Men (Filem yang kalau nak marah pun boleh gak nie, nak baling ngan selipar pun boleh tapi nasib baik pengolahan dia power kalau tak jadi macam jutawan fakir lah jawabnya.)

Diatas adalah serba sedikit filem-filem yang bagi aku berbaloi untuk tengok di panggung wayang.Namun ada juga filem-filem yang dikeluarkan pada tahun ini yang tidak mencapai seperti yang diharapkan peminat.(Ini semua adalah daripada pandangan aku, pandangan orang lain mungkin berbeza).Filem seperti Prince of Persia, Taking of Pelhams dan Clash of the Titans bagi aku, hasilnya tak seperti yang digambarkan.

bagi industri filem tempatan pula, tahun ini satu filem yang dinanti-nanti oleh dR Rozmey pastinya filem 2 Alam. Dan daripada review yang dinyatakan daripada surat khabar, filem tersebut lebih wajar dijadikan drama sahaja. Dan aku mahu tahu apa perasaan penerbit yang tamak publisiti itu apabila filem nya tak mencapai sasaran 40 juta. Filem terbitan Malaysia yang aku tonton pada tahun ini yang mendapat reaksi positif daripada orang lain adalah seperti Lagenda Budak Setan, Aku Bukan Bodoh, Adnan Sempit, Jangan Pandang Belakang Congkak 2.

Oklah.Selesai pasal tahun ini, jom kita tengok filem-filem yang dijangka meletup pada tahun depan. Dan daripada tajuknya kita dah boleh agak, filem-filem ini akan meletup, melebihi target 40 juta.

  • Transformer Dark of the Moon
  • Pirates of the Carribean On Strangers Tide
  • Captain America First Avenger
  • Thor
  • Green Lantern
  • Green Hornet
  • Harry Potter Part 2
  • Twillight Final Breaking Dawn
  • Hangover 2
  • KungFu Panda 2
  • X-Men First Class
  • Puss in Boots
  • Mission Impossible
p/s Esok tengok Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja.Kelantan lawan Kedah.Sekarang tengah syok layan siri Burn Notice.

Thursday, December 9, 2010

Alkisah hari ini

Cuaca cerah dari pagi
tapi rupanya petang hujan turun jugak tapi tidak lebat seperti sebelum ini
Mahu bersenam, angkat raket malam ini
tapi rupanya pergi tempah sudah penuh malam ini, malam esok jugak la
ingatkan keputusan exam lambat lagi keluar
tapi rupanya dapat tahu dari FB dah keluar
rupanya ada url baru untuk portal
aku yang ketinggalan.
Alkisah rupanya indah keputusan daripada jangkaan.
hahahaha
dah tak risau kena repeat sem depan
lulus jugak walaupun terhenjut-henjut sebelum nie
betul lah kot orang kata, kalau kita ikhlas dalam belajar
insyaAllah tuhan tolong
tapi kalau ponteng tapi dapat ok juga tue macam mana?
tue petanda bernasib baik
Sekian.mahu mendownload

Wednesday, December 8, 2010

Tahun 2010..tahun ketuanan Melayu..terima kasih BN (BiNatang)

Tahun 2010 sudah semakin sampai ke penghujung. Tahun 2011 mula menjenguk dan ada gambaran pilihanraya akan kembali.
Tahun 2010 sebenarnya tahun yang gembira.Kenapa?

Sebab tahun 2010, kerajaan tunjukkan bahawa kerajaan pentingkan rakyat.Mula-mula kerajaan cakap takkan naik harga minyak dan sebagainya.Tapi selang beberapa hari kerajaan buat 4 dalam 1. Kenaikan minyak, gula tepung dan gas. Aku gembira sebab boleh berjimat. Kan mengutamakan rakyat disini.

Sebab dalam tahun ini, Khir toyo ditangkap atas dakwaan rasuah. Walaupun aku bukan rakyat Selangor tapi gembira sebab boleh tengok lakonan dalam tv lagi oleh SPRM. Ingat Eric Chia, ingat Khasidah? Ingat PKZ? Ingat enjin jet hilang? ingat makmal rosak? ingat stadium runtuh? ingat koridor iskandar? Tahun ini memang gembira sebab kerajaan mengimbau kembali kenangan lama. Rakyat diutamakan

Sebab dalam tahun ini rakyat tahu mengenai duit judi. hasil judi selalu disiarkan kat dalam tv.terutamanya di Pulau Pinang. Heboh duk kutip duit judi balik. Tapi musykil kenapa yang dibagi balik sedikit daripada yang sepatutnya? Duit pengurusan kot bagi pihak umno Pulau Pinang yang bagus mencanang pasal duit judi tue. Rakyat patut gembira sebab ada pemimpin yang beragama ISLAM berketurunan mamak yang beriya-iya canang pasal judi nie.Rakyat kena diutamakan. Sebab itu Najib nak bukak kasino lagi kat Sabah. Duit judi dari genting pergi mana ye? Bila Umno tak heboh pasal duit judi genting maknanya ada la kot akaun khas tue kan. Rakyat diutama, pencapaian UMNO kroni didahulukan.

Sebab dalam tahun ini dan seperti tahun-tahun yang sebelum ini isu murtad dan isu-isu lain berkaitan agama Islam yang dikatakan sebagai agama rasmi negara kita senyap tanpa dipedulikan. Banyak duk main isu-isu remeh temeh, politik. Isu agama yang serius seperti anak luar nikah,murtad takde pulak nak bahas. Rakyat diutamakan. Kita kan 1Malaysia. Jadi tak leh  bahas sangat pasal agama Islam. Tudung tak perlu pakai mana, kan Rosmah?

Sebab dalam tahun ini dapat tengok Rosmah bergaya menjadi wanita pertama Malaysia. Hebat sungguh. Jadi ikutan wanita-wanita di Malaysia gelagat Rosmah tahun ini. Dia jadi pengganti Najib sedangkan ada TPM dan kabinet menteri. Rosmah boleh  ganti suami dia walaupun dia takde jawatan apa-apa. Kan jawatan isteri perdana menteri tue dah besar. Rosmah didahulukan, Barua UMNO diutamakan.

Sebab tahun ini juga boleh tengok lakonan si Katak, Pembelot dan sekali lagi lakonan punggung Saiful. Kan best tengok orang naik turun mahkamah pasal isu yang sama. Popular tue. Pastu Ezam dah jadi idola sekarang. Sebaik je keluar PKR terus dapat jadi Senator.Ingat senang nak dapat jadi senator. Patut la Zaid pun keluar baru-baru ini, dapat ilham dari Ezam kot. Si Katak pula dah la kena gugur pingat, sakit la pulak. Tapi kena gembira sebab si Katak buat Perkasa. Lindung Ketuanan Melayu. Parti Mana dulu nak hapus kuasa Raja? Parti mana yang buka matrikulasi kepada kaum lain? Parti mana bagi monopoli kat Robert Kuok sebelum Syed Bukhari jual gula jugak? Parti mana bagi Cina jawatan Ketua Menteri kat Penang? Parti mana bagi Singapura keluar? Parti mana bagi Sammy Vellu pegang jalan raya berlubang-lubang? Parti Ketuanan Melayu. Rakyat diutamakan, duit rasuah didahulukan.

Rasanya setakat itu lah dulu. Banyak lagi sebab kenapa tahun 2010 nie tahun yang gembira tapi tak larat dah nak tulis sebab terlalu gembira bila fikirkan apa yang dah kerajaan bagi kat rakyat. Tahun depan kalau mengundi jangan lupa minta duit dulu. Kerajaan BN kaya.Tunggu minyak naik lagi tahun depan ye

Tuesday, December 7, 2010

Toyol dah kena tangkap

Toyol pakai cermin mata di Selangor kena tangkap dah. Sebelum nie toyol nie kuat sangat mencuri. Sekarang dah kena tangkap. Harapnya penangkapan toyol nie akan takutkan orang lain tapi rasanya penangkapan toyol berwarna merah nie hanya nak sedapkan hati orang lain je. Nak bagi orang rasa selesa sebelum mencuri secara besar-besaran tahun depan.

Kat KB hujan balik setelah cerah seketika semalam. Apa yang boleh dibuat dalam hujan ini? Niat mahu bermain badminton. Serampang 2 mata. Sambil isi masa , dapat juga bersenam keluarkan peluh. Malangnya raket badminton tak tau hilang ke mana. Hanya ada raket member. Main je lah setakat boleh.

Hujan-hujan ini masa lebih banyak dihabiskan depan laptop. Surf, men game, tengok citer. Sekarang mula bergiat-giat tengok burn notice. Mula layan kat FOX tv. Lama-lama macam best jugak. Citer pasal seorang pengintip yang telah ditamatkan kontrak oleh majikan dia.Jadi dia terpaksa buat kerja macam-macam nak bagi digajikan balik dan dalam masa yang sama dia dan teman wanita serta kawan dia jadi robin hood gitu. Agak best la.

Sekian coretan ringkas tengah hari. Nak pergi hidupkan kereta yang dah beberapa hari tak hidup. Takleh bagi lama sangat tak hidup nanti bateri kondem.Chow

Sunday, December 5, 2010

CSI + Author + NYPD

Siri televisyen terbaru yang sedang aku layan sekarang ini melibatkan 3 elemen diatas seperti dalam tajuk. Pernah dengar nama Castle?
Siri nie ada elemen komedi, ada gak sket2 loving, penyiasatan dan kekeluargaan. Bila dah watak utama siri ada laki dan pompuan sudah pasti la ada bibit cinta macam siri lain kan. Ingat pada x-files ? Bones ? dan bermacam lagi siri televisyen yang pernah disiarkan kat tv dulu, semua mesti ada watak laki dan pompuan. Dan dalam siri Castle nie pun masih ada stereotype macam tue.Tapi kalau nak banding citer penyiasatan mana boleh lawan CSI kan.Bagi aku CSI, CSI NY dan CSI Miami adalah tv show crime yang paling best. Tapi skang nie dah berlambak tv show lebih kurang genre tue. Ada Numbers, Lie To Me, NCIS, NCIS Los Angeles, Rookie Blue.
Berbalik pada Castle nie, watak utama dia sebenarnya adalah Rick Castle (yang kiri). Dia nie adalah seorang penulis novel crime fiction yang mashyur kat New York. Satu hari ada pembunuh bersiri tiru cara pembunuhan yang ada dalam novel dia. Setelah pembunuh tue ditangkap, dia telah mendapat idea untuk menerbitkan novel lain yang berkaitan dengan penyiasatan dan mahu mewujudkan satu watak polis perempuan. Jadi dia pun minta lah hendak lakukan kajian dengan Det Kate Beckett (yang kanan). Bermula dari situ lah mereka berdua menjadi rakan sekerja dan hubungan pun sikit-sikit terbina.
Begitu lah serba sedikit pasal citer nie. Kenapa aku suka tengok cite nie? Sebab ada elemen komedi. Bab penyiasatan dia taklah berat macam CSI ataupun citer old school dulu, NYPD. Sebelum ini citer Shield best gak tapi citer tue rasanya dah tamat. Citer nie bagi aku best jugak nak layan sebab tak perlu nak fikir berat-berat. Dan satu sebab lagi aku suke layan citer nie adalah kerana dia masukkan elemen pembinaan novel dalam penyiasatan dan citer nie berlatar belakangkan new york. Siri tv nie sudah memasuki musim ketiga. Jadi kepada peminat siri tv boleh la melayan Castle ye.

i really mean it

 i am really sorry
i really mean it
never in this world want to hurt you
that's never cross in my mind
i never intend this to happen
i'm really sorry for what i had done
i'm such a fool
you know me better
you know i'm better
i know i'm better
you know who i am
i will never hurt you
but human is such a fool
tongue is such a devil
i am trully sorry

Saturday, December 4, 2010

Rumah Merah dah siap tapi pahat berbunyi jugak


Red Warriors. Gelaran untuk pasukan Kelantan.Sebuah pasukan bola sepak yang diakui ramai mempunyai penyokong dan peminat bola sepak yang fanatik dalam Malaysia. Sebulan yang lepas, Kelantan akhirnya mengecapi jugak gelaran Piala Malaysia dan akhirnya menempatkan diri dalam kelompok pasukan terulung di Malaysia.
Setelah memenangi Piala Malaysia baru-baru ini di Stadium Bukit Jalil setelah menewaskan Negeri Sembilan, Kelantan berehat dan memasuki minggu nie baru menjalani latihan kembali.Tetapi yang menjadi berita hangat di Kota Bharu sekarang disebalik berita hujan yang hampir setiap hari turun adalah mengenai perpindahan pemain dan krisis pengurusan dan pemain yang sejak akhir-akhir ini semakin banyak yang timbul. Yang menjadi lebih buruk apabila Tan Sri Annuar Musa masih lagi bercuti dan dengan ketiadaan Presiden Kafa ini, semakin banyak khabar angin tersebar.Khabar angin ini sedikit sebanyak menjejaskan persiapan skuad Kijang untuk memulakan kempen bola sepak pada tahun depan.
Setakat hari ini, Kelantan dilihat mengekalkan sebilangan besar skuad lama namun beberapa tonggak utama sebelum ini memilih untuk beralih angin ke pasukan lain. Setelah memenangi Piala Malaysia, banyak pasukan mula buka mata terhadap keupayaan pemain Kelantan dan mereka telah berlumba-lumba untuk mendapatkan pemain Kelantan dengan menawarkan gaji yang tinggi. Apa yang dapat disahkan daripada laman web Kelantan.net, Akmal Rizal dan Hairuddin Omar sudah berpindah ke pasukan lain. Mungkin pasukan baru mereka menawarkan gaji yang lebih tinggi daripada Kelantan. Ada dua perkara yang dapat dilihat daripada perpindahan ini. Satunya, ada peminat yang menuduh mereka lupa daratan. Ini kerana awal musim lepas mereka berdua dilihat tiada pasukan dan Kelantan lah yang menjadi penyelamat karier bola sepak mereka. Persembahan mereka jika dilihat secara keseluruhannya tidaklah begitu membanggakan. Kedua-dua pemain sudah menghampiri umur 30 yang dilihat sebagai penamat bagi seorang penyerang di Malaysia. Akmal hanya memberikan persembahan yang cemerlang apabila menentang Selangor di Kota Bharu manakala Hairuddin menjadi penyelamat Kelantan pada pentas perlawanan akhir. Namun, bukan bermaksud Kelantan tidak menghargai jasa mereka. Kami peminat Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua pemain ini yang telah menabur bakti semusim bersama Kelantan. Mungkin alasan bagi mereka untuk berpindah adalah untuk mencuba dan mencari motivasi baru dalam karier mereka. Kita tidak mampu menyekat pemain yang ingin berpindah tetapi cara perpindahan itu perlulah dalam cara yang betul agar memberi kebaikan kepada semua pihak iaitu pasukan lama, baru dan pemain itu sendiri. Dikhabarkan juga, tiga pemain utama Kelantan yang lain iaitu Indra, Nor Farhan dan Azizi Mat Rose juga telah berpindah. Dikatakan mereka memilih pasukan T-Team. 3 pemain ini merupa tulang belakang pasukan Kelantan pada musim lepas dan ramai peminat kesal dengan perpindahan mereka.Tak kurang juga melabel mereka sebagai lupa daratan dan tamak. Setakat hari ini, pihak pengurusan Kafa dan Sathianathan sendiri tidak mengetahui kemana perginya 3 pemain ini.
Dan bagi menampung kekosongan pemain yang hilang, Kafa telah bertindak pantas dengan  mengambil 2 langkah yang dilihat akan membantu Kelantan dalam jangka masa panjang. Pertamanya dengan menyerap pemain muda daripada Piala Presiden dan keduanya membeli pemain Kelantan yang berada di luar. Pemain Kelantan yang dibeli daripada KL Plus dan Johor FC dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain sebelum ini. Sementara itu, bagi menguatkan lagi sokongan kepada pemain utama, Khalid Jamlus, Wan Rohaimi dan Daniel fadly juga dikatakan mengikat kontrak dan dilihat menjalani latihan bersama skuad Kelantan. Tiga pemain yang boleh dianggap berpengalaman ini dilihat sebagai mentor kepada pemain muda yang lain. Ada yang mempertikaikan keupayaan mereka bertiga disebab umur mereka tapi jika dilihat pada musim lepas dimana Akmal dan Hairuddin juga telah meningkat usia tapi masih mampu memberikan persembahan yang cemerlang jika kena tepat pada masanya. Sathianathan juga menyerap penjaga gol muda untuk melengkapkan skuad yang telah mempunyai Khairul Fahmi dan Shahrizan Ismail. Syed Adney yang gagal memberikan persembahan bermutu musim lepas telah berhijrah ke Sabah jika menurut laman web dan akhbar.
Berkaitan dengan langkah Kafa memperkuatkan skuad Kelantan, ini dapat dilihat sebagai satu langkah yang bijak dan berkait rapat dengan motivasi. Mentaliti pemain banyak mempengaruhi keupayaan sebenar pemain tersebut diatas padang.Sebagai contoh, kebanyakan pasukan juara apa-apa piala selalunya tidak akan berjaya mempertahankan gelaran kejuaraan mereka disebabkan motivasi. Bak kata pepatah, adalah lebih susah untuk mempertahan daripada mengecapi. Sama juga konteksnya dalam pasukan Kelantan hari ini. Musim lepas rata-rata pemain mempunyai motivasi yang sangat tinggi untuk memenangi Piala Malaysia setelah kalah pada tahun 2009. Dan sebagai persiapan untuk tahun depan, kehadiran pemain muda yang mempunyai motivasi yang tinggi dan kecergasan fizikal yang tinggi, tidak mustahil Kelantan mampu mempertahankan gelaran Piala Malaysia dan mengejar gelaran Liga Super dan Piala FA.
Kehilangan beberapa tonggak Kelantan untuk musim depan sebenarnya jika dilihat secara keseluruhannya tidak akan memberi kesan yang besar kepada Kelantan. Nor Farhan yang selalu bermain sebagai winger dilihat sudah tumpul serangannya. Aksi Indra juga dilihat sekali sekala tenggelam kepada aksi Shakir dan Piya yang lebih mampu mengepalai barisan tengah. Kekuatan Kelantan masih ada disebalik perpindahan pemain-pemain ini. Di bahagian hadapan, Nor Shahrul dilihat masih penyerang paling profilik dalam Malaysia dan terbukti di perlawanan antarabangsa baru-baru ini. Jika Sathia dapat mengilap Chanturu dan beberapa pemain muda yang lain, itu merupakan satu kejayaan yang baik. Pemain muda yang rata-rata adalah dari Kelantan memberikan motivasi tambahan kepada peminat skuad Kijang. Peminat berasa lebih puas jika pemain yang beraksi cemerlang dalam pasukan Kelantan adalah dari anak Kelantan sendiri. Hanya pemain Kelantan sendiri dapat menghargai dan menghayati kesungguhan dan betapa dalamnya sokongan peminat fanatik Kelantan. Dibarisan tengah Piya dan Shakir masih ada dan dibantu beberapa pemain lain yang diharapkan dapat memberi sokongan kepada barisan hadapan. Manakala di bahagian pertahanan, K Soley, farisham, Subramaniam dan beberapa lagi pemain mampu mengawal gawang Kelantan daripada ditembusi lawan. Dalam perlawanan akhir baru-baru ini, meskipun dengan ketiadaan Azizi dan Subra, pemain pertahanan Kelantan yang semuanya adalah darah daging Kelantan mampu mengawal perlawanan dengan baik walaupun tidak sehebat dengan kehadiran Azizi dan Subra.
Jadi persiapan Kelantan untuk musim hadapan dilihat berjalan dengan baik. Terdapat juga berita kurang enak mengenai pembahagian bonus tetapi itu akan diselesaikan dengan baik nanti setelah kepulangan Tan Sri Annuar nanti. Mungkin pemergian pemain-pemain utama pada musim hadapan adalah satu rancangan untuk menghadapi musim 'awang import' pada tahun 2012. Siapa boleh jangka yang Kafa mempunyai visi yang tinggi? Dengan kurangnya pemain ternama dalam skuad Kelantan, Kafa dapat mengurangkan kos gaji pemain dan ini dapat menjimatkan kantung Kafa seterusnya membuat perancangan belanjawan untuk tahun 2012. Pada tahun itu mungkin Kafa sudah mempunyai perancangan rapi mengenai pemain import mana yang sesuai untuk Kelantan.
Akhir kata, semoga Kelantan akan memperolehi lebih banyak kejuaraan pada musim lepas. Peminat akan sentiasa dibelakang pasukan. Kami peminat tidak hanya melihat kepada pemain tetapi kepada pasukan itu sendiri.

Gomo Kelate Gomo


Friday, December 3, 2010

Jom pakat pangkah Dacing ramai-ramai


Sekarang nie dah ramai duk cakap-cakap pasal tahun depan. Dalam budget baru-baru nie pun dah ada ura-ura pasal tahun depan. Pasal apa? Pasal Pilihanraya la kan. Jadi kenapa kena bising-bising pasal benda yang lambat lagi nak jadi? Sebab, bagi aku, walaupun kita tak masuk politik tapi politik nie melibatkan semua aspek kehidupan rakyat Malaysia sekarang.Politik dalam bangsa.Ketuanan Melayu lah. Nak masuk universiti guna wakil rakyat. Nak kerja guna surat wakil rakyat. Nak dapat tender letak muka depan wakil rakyat. Nak makan pun guna ihsan wakil rakyat. Tak caya? tengok je bersama mu. Kalau time-time ada pilihanraya, cepat je wakil rakyat turun bagi bantuan kat orang miskin. Sebelum nie memang haram nak tengok. Jadi silap besar lah bagi orang yang berpendapat politik tue tak penting.Sangat penting walaupun kita tak masuk bidang politik. Contoh paling jelas berkenaan barang-barang keperluan sekarang. Kita ambik benda paling penting , minyak. Sebelum nie ron 97 naik. Tak kisah lagi sebab bukan ramai pun pakai kan.Pastu bermula esok ron 95 pula naik. Yang ini memang celaka. Sebelum sedap je orang atas cakap minyak tak naik, last-last naik jugak. Kalau dah dasar penipu. Tapi kenapa nak melenting kan? Baik apa harga minyak naik nie. Bertambah kaya tauke minyak. Kalau tauke Melayu, alhamdulillah, ketuanan Melayu terjaga. Bila minyak naik maka lepas nie kurang la orang nak naik kereta. Najib pun bijak. Dia tak nak umum sendiri harga nie, dia bagi orang lain umum. Tapi kalau Najib nak nampak lagi bijak patutnya naikkan lagi harga minyak. Jangan naik 5 sen je. Sikit tue. Cukup ke nak beli barang mekap kat Rosmah Mansor tue dengan 5 sen? naik kan terus jadi RM 5seliter ke, RM10 ke.Kan bagus.bila dah harga mahal, lepas nie tak ramai la nak naik kenderaan bermotor. Kurang la orang beli kenderaan bermotor kan.Bila dah kurang kenderaan bermotor maka takde dah la kesesakan lalu lintas.Kan dah menyelamat bumi dah tue. Kurangnya pelepasan karbon. Satu lagi bila minyak naik, harga makanan lain pun naik. Jadi orang pun dah tak beli la telur, tepung, gula, malah akan fikir 10 kali nak makan kat luar sebab minyak mahal dan harga akan mahal jugak.Disitu akan menjimatkan kebergantungan negara kepada import bahan makanan. Lepas nie ramai akan tanam sendiri sayur kat belakang umah. Yang takde tanah tue boleh guna akuakultur. Kan jimat tue. Boleh kurangkan subsidi kerajaan kan.
Jadi jangan hanya naikkan harga minyak, naikkan semua sekali. Gula, tepung, harga siling beras ke, harga bawang ke, sampai ke harga budu pun naik kan je terus. Negara pengeluar minyak tapi yang kaya adalah orang yang dapat elaun minyak tiap-tiap bulan daripada kerajaan. Adil ke tue? Esok-esok kat padang masyar aku heret satu-satu makhluk yang bertanggungjawab ke atas setiap sen duit ayah, mak dan aku bagi kat kerajaan. Biar semua yang bertanggunjawab tue kena bakar dalam neraka. Biar padan. Kat dunia nie memang aku tak berkuasa. Tulisan aku nie pun tak sampai kat mana pun. Tapi akhirat tetap ada. Tiada siapa yang boleh lepas.
Sebagai pengakhiranya, tahun depan aku nak pangkah biru pulak.Sebabnya lepas pangkah biru, aku dah tak perlu pakai kereta sebab minyak akan naik lagi. Jimat dah kat situ. Bila pangkah biru juga aku terpaksa kerja sendiri nanti sebab nak masuk bidang kerajaan kena ada kabel dasar laut.Terima kasih Dacing.

Rakyat sentiasa diutamakan, pemimpin dikayakan.

Thursday, December 2, 2010

Hujan berpanjangan di Kota Bharu

Hujan lagi.Hari ini boleh dikatakan sepanjang hari hujan di Kota Bharu. Aku tak pasti di daerah lain macam mana tapi rasanya turut hujan juga. Kadang-kadang lebat dan kadang-kadang renyai-renyai je hujan tapi tetap hujan dan sebenarnya adalah satu rahmat. Rahmat sebab dapat memberikan suasana yang sejuk dan damai. Diharapkan agar gelombang banjir pada tahun ini tidak besar sehingga menyebabkan kerugian kepada penduduk Pantai Timur amnya dan Kelantan khususnya.

Jadi apa aktiviti yang selalu dilakukan pada musim hujan seperti sekarang ini selain daripada tidur? Satu nya adalah makan. Dan aku rasakan berat badan aku semakin bertambah dan semakin risau. Risau sebab malas nak beli seluar lain, baju lain. Saiz pun dah bertambah 2 tahun nie. Memang perlu lakukan overhaul yang sangat-sangat nekad. Diet dan bersenam. Perancangan selalu ada untuk dua perkara nie tetapi perlaksanaan tue selalu jadi masalah apabila peyakit malas datang.

Sekarang dah masuk bulan 12. Dah penghujung tahun 2010. Dalam masa sebulan lagi masuklah tahun baru, tahun 2011. Jika direnung kembali, banyak yang berlaku pada tahun ini dan secara tidak sedar, cepat masa berlalu. Peristiwa manis, kecewa dan mendebarkan semuanya mengisi tahun 2010. Tahun depan pasti cabaran yang lebih akan mendatang. Semoga apa yang dipelajari pada tahun ini dapat dijadikan tapak untuk menjadi harapan dan teladan pada tahun hadapan.

Selepas ini aku akan cuba senaraikan perkara-perkara yang gembira, sedih yang berlaku sepanjang tahun ini yang terjadi di Malaysia dan khususnya melibatkan diri aku dan kawan-kawan aku. Bila difikirkan juga pada masa, kadang-kadang aku sendiri tak sedar yang aku dah meningkat dewasa. Tapi umur semakin tua, perangai masih lagi tahap remaja.Agaknya bila lah sampai kesedaran mahu bertindak dan berfikir dengan lebih matang.

Sekian dulu. Mahu pergi memasak. Dalam cuaca sejuk ini perlukan makanan sebelum berhibernasi.hehe.Perlukan tenaga untuk panaskan badan. Selalu lupa untuk menulis mengenai bola sepak Kelantan. Padahal selalu dah terfikir nak menaip kat sini. Tak mengapa, untuk ruangan akan datang akan tulis pasal Kelantan.

p/s- Malaysia kalah lagi kepada Indonesia tadi dengan jaringan 5-1.

Wednesday, December 1, 2010

Kena ikut nie

Terjumpa pasal amalan pemakanan Nabi kita dalam Facebook.Tetapi tak pasti betul ke tak.Harapnya betul.


Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU

Dari segi sains pemakanan aku tak pasti sangat sebab bukan pandai pun bab tue.Kalau bab makan memang terlebih bijak.hahaha.Tetapi kalau diikutkan kepada senarai diatas, memang kena ubah la tabiat pemakanan aku lepas nie.Mungkin amalan ini dapat memberi banyak kebaikan untuk badan kita.Jadi sama-sama kita amalkan

Tuesday, November 30, 2010

Fobia sangat

Pd satu hari, ketika seorang lelaki berjalan-jalan di Central Park, New York, dia dgn tetibanya ternampak seorang bdk perempuan sedang diserang oleh seekor anjing. Lelaki tersebut terus berlari ke arah budak tersebut dan berlawan dgn anjing itu.

Dia berjaya membunuh anjing tersebut dengan bergaya ala-ala superman.Budak perempuan tersebut terselamat.

Seorang polis yang kebetulan menyaksikan kejadian itu terus bergegas ke arah pemuda tersebut lalu berkata " Anda seorang wira!!! ". Kamu boleh membaca tajuk akhbar esok, " Brave New Yorker saves the life of a little girl ". Pemuda itu mnejawab, " Tapi sy bukan org New York! ". " Oh, takpe, Tajuknya akan berbunyi ' Brave American saves a little girl's life' ",balas polis itu.

Pemuda itu membalas, " saya juga bukan seorang America, maaf". Lalu polis tersebut bertanya, "Oh, jadi, awak berasal dari mana sebenarnya? "
"Saya drpd Iran ", balas pemuda itu.

Keesokan harinya, Tajuk akhbar yang terpampang ialah.



" Islamic extremist kills innocent American dog"

Jom Share