Tuesday, January 12, 2010

Bas Suasana Edaran UPM



Kali nie entry yang tidak puas hati.Aku sebagai seorang pengguna bas UPM yang diberikan tender kepada syarikat Suasana Edaran, amat tidak berpuas hati .

Pemandu yang tidak bertauliah

Pemandu bas di UPM nie kadang-kadang elok sikit je daripada pemandu bas Naila Ekspres ataupun Sani Ekspress (yang pernah menggegarkan negara dengan kejadian ngeri mengorbankan penumpang bas sebelum ini).Pemandu-pemandu di UPM nie, tidak memikirkan sangat keselesaan pelajar yang ada didalam.Mereka hanya tahu pandu hingga sampai ke destinasi.Jalan buruk ke, jalan tak rata ke, mereka redah je dan yang menjadi mangsa, pelajar yang berdiri di dalam bas.Silap hari, mungkin akan ada pelajar yang terjatuh dan tercedera akibat sikap pemandu tersebut.Bukanlah semua pemandu sedemikian, tetapi ada sesetengah daripadanya.

Jadual bas yang bercelaru

Kadang-kadang bas kosong,kadang-kadang terlampau padat sampai hendak bernafas pun susah.Sepatutnya pihak pengurusan memantau jadual bas antara kampus dan kolej kediaman.Mereka sepatutnya mengenalpasti waktu yang paling ramai pelajar menggunakan bas dan waktu mana yang paling sedikit pelajar menggunakan bas.Dengan ada sedikit kajian, rasanya masalah bas terlalu sesak dan ada pelajar yang tertinggal bas akan selesai.Kadang-kadang ramai pelajar mengambil keputusan untuk menunggu bas yang lain sekiranya keadaan dalam bas terlalu padat dengan pelajar.Ditambah lagi dengan keadaan dimana bas dipenuhi pelajar perempuan.Amatlah tidak manis untuk pelajar lelaki berhimpit sama dengan pelajar perempuan.

Tempat menunggu bas yang tidak selesa

Tempat menuggu bas juga amat tidak selesa.Apabila hujan, pelajar akan turut sama basah disebabkan ketidakpekaan pihak yang membina struktur bumbung tempat menunggu bas tersebut.kerusi pula tidak mencukupi.Kebanyakan waktu, pelajar terpaksa berdiri untuk menunggu bas.Ini dapat dilihat dengan banyak di fakulti Ekonomi dan FBMK.

Kenapa aku menyuarakan semua ini?Kerana aku membayar yuran bas saban semester.Mungkin ada yang bertanggapan, kalau tidak berpuas hati, bawa sendiri lah bas atau kenderaan lain.Aku akui aku ada membawa kereta ke dalam UPM, yang menjadi masalahnya, pihak keselamatan tidak pula memberikan pelekat dan mahu semua pelajar menggunakan bas.Jadi sekarang macam mana penyelesaiannya?Kalau aku diberikan kembali yuran bas aku walaupun sedikit tapi sudah cukup untuk menampung wang minyak kereta aku, aku dengan berbesar hati dan bangga akan tidak lagi menggunakan bas UPM dan memandu kereta buruk aku itu.Tapi adakah UPM akan berbuat demikian? Aku rasa jauh panggang daripada api.

Satu lagi.Sepatutnya, masalah pelajar sebegini, wakil pelajar (MPP ataupun MTM) memainkan peranan.Kami memilih anda semua untuk berkerja bukan sekadar untuk mendapatkan merit dan melakukan aktiviti-aktiviti yang hanya 'syok sendiri.' Musim pilihanraya kampus semakin hampir, dan aku mahu tengok apa yang ingin diperjuangkan oleh Pro Mahasiswa, Pro Aspirasi.Bagi, kedua-duanya sama saja (merujuk untuk UPM sahaja).Entahlah, dunia politik ini kotor sebenarnya tetapi amat perlu dalam kehidupan.

----hasil nukilan pelajar kolej 12, FMBK, UPM,serdang,(senang cerita aku sendirilah yang tulis semua ini)


p/s..lama aku tidak menulis dan tersangat rindu terhadap blog ini.Aku akan sentiasa menulis dan bukan sekadar mengisi masa lapang tetapi juga keperluan untuk aku sebagai pelajar bahasa sem nie

8 comments:

  1. kalu bersih bukan politik la nmenye...huhu

    ReplyDelete
  2. ermm..naek jela kete sndiri palie.. senang.n0k tggu bas sekian hal.
    huhu

    ReplyDelete
  3. yana - ade.perhimpunan Bersih.hahah

    jaa - tue la psl jaa tapi tue..letih gok naik kete, naik bas ore lain drebar

    ReplyDelete
  4. mcm Ekspres Sutera kat UTM la... palat gler kot drebar bus tu... ntah2 leh jd mcm kes @ UUM dlu... bus t'balik msuk parit... rmai student injured kot...

    ReplyDelete
  5. meme pn pali..bw bus supo bw muto..kade2 wt upm ni jd litar lumbe plok..duk blumbo pok2 dio...mroh bena ni..haha

    ReplyDelete
  6. ado jgk huk make kusi kekgi

    ReplyDelete
  7. adz-tue la kene berhati-hati menaiki bas

    taq - sokong2

    roy - make roy nanti keno maroh ngan drebar bas tue

    ReplyDelete
  8. rilex la bos...cukup ke rm70 tu kalau nak isi minyak untuk 1 semester ? 1 bulan pun belum tentu lepas...

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share