Wednesday, January 27, 2010

Doa..Realiti..Pilihanraya

I ASKED FOR ......
* I asked for Strength ......
And Allah gave me Difficulties to make me strong.
* I asked for Wisdom ......
And Allah gave me Problems to solve.
* I asked for Prosperity ......
And Allah gave me Brain and Brawn to work.
* I asked for Courage ......
And Allah gave me Danger to overcome.
* I asked for Love ......
And Allah gave me Troubled people to help.
* I asked for Favours .......
And Allah gave me Oppurtunities.
I received nothing I wanted,
I received everything I needed,
My Prayer has been answered.




Assalamualaikum dan bersua kembali setelah lama menyepi daripada menulis dalam ruangan blog aku ini.Aku sekarang sedang menganalisis cerpen ‘Araby’ sebagai salah satu tugasan untuk semester ini.Aku pilih cerita ini kerana maksud yang ingin disampaikan oleh penulisnya amat mendalam dan sebab mudah adalah kerana aku pernah mempelajari cerita ini sewaktu di UDM dulu.

Apa yang ingin disampaikan melalui cerita ini adalah bagaimana perjalanan hidup itu membabitkan realiti dan fantasi yang kadang kala lebih susah daripada yang digambarkanl. Dunia reality sebenarnya sangat kejam dan meletihkan.Kita seringkali terperangkap antara dua dunia.Kita mengharapkan dunia fantasi kita bergabung dengan dunia reality dan apabila kebenaran muncul maka hati dan minda kita tidak dapat menerimanya dengan baik.Itulah sebenarnya kegunaan Agama yang menjadi tunjang bagi roh dan kepercayaan kita untuk membezakan antara keperluan dunia fantasi dan reality. 

Cinta seringkali menjadi alat perangkap antara dua dunia ini (fantasi dan reality). Yang kita mahu, tidak semestinya akan terjadi seperti yang kita harapkan. Dunia fantasi yang kita cipta kadangkala akan musnah dan menyakitkan apabila kita cuba menyelitkan dunia fantasi dan harapan kita dalam kehidupan reality yang sebenarnya. Dunia reality menjanjikan pulangan yang indah namun tidak seindah yang digambarkan melalui fantasi.Ada sesetengah orang tidak mahu keluar dari dunia fantasi yang direkanya kerana mahu sentiasa menikmati kenikmatan itu dan aku tidak katakan bahawa meraka salah kerana setiap orang berhak untuk memiliki dunianya yang sendiri.Tapi apabila mereka tersedar daripada mimpi yang mereka ciptakan itu, mungkin semuanya sudah terlewat. Tiada manusia yang dapat menanggung kepayahan dunia reality tanpa bantuan manusia yang lain. Namun ada sesetengah manusia bersendirian, menangggung kesemuanya tanpa mengharapkan bantuan orang lain kerana mereka ini sudah kecewa, putus asa untuk menghadapi reality kehidupan yang sebenarnya.Siapa yang benar?Siapa yang salah ? Persoalan ini sentiasa menjadi persoalan dan hakikatnya, tiada siapa pun yang salah dan betul kerana kehidupan bertindak sedemikian.Akan ada yang kalah, kecewa dan putus asa namun satu masa nanti akan bangkit kembali.Akan ada yang menang, gembira dan seronok namun perlu sentiasa berwaspada menyanjungi kemenangan itu.

Dalam kita mengejar dan mengharungi kedua-dua dunia ini, kadangkala kita terlupa sesuatu benda yang sentiasa mengikuti kita. Kita mudah menjadi lalai dan leka dan apabila kita sedari, kita telah berubah menjadi sesuatu yang lain yang suatu masa dulu kita tidak pernah terfikir kita akan berubah.Kita boleh sentiasa menjadi satu, kita juga boleh berubah menjadi dua ataupun tiga.Apa yang memilukan adalah apabila kita menyedari kehilangan benda yang sentiasa mengikuti kita sebelum ini dan cuba mendapatkannya kembali, benda tersebut sudah jauh ketinggalan dibelakang.Dunia reality kejam.Dunia ini tidak pernah memberikan banyak peluang.Yang kuat perlu sentiasa kuat.Yang lemah perlu sentiasa berada di bawah. Peluang yang ada hendaklah digunakan sebaiknya dan kadang kala kita tidak tahu bilakah peluang itu akan melayang pergi. Ada satu benda yang lebih menyakitkan daripada kesakitan itu sendiri iaitu perasaan menyesal. Perasaan benci dan marah memang sakit dan perasaan kecewa juga amat menghiris sanubari namun kedua-dua perasaan ini tidak lah seberapa jika dibandingkan dengan perasaan menyesal. Perasaan benci akan hilang dengan kehadiran rindu. Perasaan kecewa akan pupus dengan kehadiran senyuman.Penyesalan akan mengambil masa yang lama dan hanya dengan redha dan syukur sahaja akan dapat membantu menyingkirkan perasaan ini.

Apa yang membuatkan seorang lelaki itu adalah lelaki?
Tindakannya? Perbuatannya? Pemikirannya? Perasaannya ? Egonya?
Persoalan ini hanya akan terjawab dengan mengharungi dunia reality dan fantasi.


Pilihanraya kampus

Selasa lepas, UPM telah mengadakan pilihanraya kampus yang aku rasakan agak meriah dengan pelbagai bentuk dan jenis risalah serta kertas diedarkan sekitar kampus.Atas cermin kereta aku saja dekat sepuluh kertas memancing undi dan suasana di dewan mengundi juga padat dengan segenap pelusuk pelajar UPM samada ada dari calon yang bertanding, pengundi biasa dan pihak keselamatan.Semalam dah diumumkan pemenang namun aku tidak berapa ambil kisah sangat siapa pemenangnya kerana realitinya keadaan akan tetap sama seperti sebelum ini.Semua calon menghidangkan dengan pelbagai manifesto yang gempak dan menggiurkan tapi itu semua adalah fantasi, tidak mungkin dapat ditunaikan dalam dunia reality yang kejam dan sadis. Aku tidak salahkan kepada calon, aku tidak salahkan kepada UPM mahupun sesiapa pun. Calon akan mengatakan bahawa adalah lebih elok mencuba daripada sekadar menjadi pemerhati sahaja,.Maaf kan aku, aku tidak punya komitmen dan personality untuk bertindak seperti anda semua.Aku hanya mengatakan apa yang aku rasakan betul. Jangan risau , aku tidak bertindak kebudak-budakan meskipun ruang aku dicerobohi kerana aku tahu aku boleh sabar.Aku juga mengundi semalam dan jauh dalam dunia fantasi aku, terselit harapan akan ada perubahan dan pembaharuan namun naluri aku menyanyikan nada reality yang harapan itu sangat susah untuk berlaku. Kita semua ada tujuan dalam hidup ini dan bagaimana kita cara mencapai tujuan itu adalah menjadi batu asas bagaimana kita menjalani kehidupan kita.

Tahniah kepada calon-calon yang menang

Cuba lagi kepada calon-calon yang tewas, pintu peluang akan sentiasa ada.

John Connor pernah berkata dalam filemnya. “What is it that makes us a human?”


p/s- oh ya.UPM menjalankan pengundian secara online ataupun e-voting yang aku rasakan canggih namun aku masih memilih untuk mengundi cara lama.Dengan penggunaan e-voting ini, banyak unsur tidak baik boleh berlaku dan pemenangnya memang sudah boleh diketahui lebih awal lagi.Tolonglah, jangan beritahu aku yang e-voting ini sama seperti penggunaan kertas.Aku bekas pelajar IT dulu, aku tahu bagaimana sistem itu berfungsi. Etika dan kehendak sentiasa betembung dalam dunia sekarang dan dimana wujudnya perlumbaan mencari kuasa, etika dan professionalism akan hilang ditelan kerakusan diri.
Maafkan aku kerana aku masih memperhalusi kemahiran menulis.Nukilan kali ini amat goyah dari segi strukturnya dan idea-idea tidak disusun dengan baik.Aku akan cuba memperbaikinya lagi di masa-masa yang akan datang.Maaf sekali lagi kerana tulisan kali ini agak panjang, mungkin kerana aku melepaskan  gian lama tidak dapat menulis di sini.Sekian.

4 comments:

  1. Good day, sun shines!
    There have been times of hardship when I didn't know about opportunities of getting high yields on investments. I was a dump and downright stupid person.
    I have never thought that there weren't any need in large initial investment.
    Now, I feel good, I started take up real money.
    It's all about how to select a proper companion who utilizes your money in a right way - that is incorporate it in real business, and shares the profit with me.

    You can get interested, if there are such firms? I have to tell the truth, YES, there are. Please be informed of one of them:
    http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

    ReplyDelete
  2. ak men undi jah ari 2..
    xknl sapo2 pom..hak3

    ReplyDelete
  3. Hello everyone!
    I would like to burn a theme at here. There is such a nicey, called HYIP, or High Yield Investment Program. It reminds of ponzy-like structure, but in rare cases one may happen to meet a company that really pays up to 2% daily not on invested money, but from real profits.

    For quite a long time, I make money with the help of these programs.
    I don't have problems with money now, but there are heights that must be conquered . I make 2G daily, and I started with funny 500 bucks.
    Right now, I'm very close at catching at last a guaranteed variant to make a sharp rise . Visit my blog to get additional info.

    http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

    ReplyDelete
  4. anonymous - serabut doh aku ngan sek2 mu nie

    taq -samo ngan aku.klik mano2 suko jah.asal cukup

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share