Sunday, February 28, 2010

Esok

Pendek je tajuk aku kali ini.Kenapa? sebab memang aku ber'blog' sekejap je nie di pc member aku sementara menghantar email utk mencari baju bagi kumpulan futsal aku yang akan masuk pertandingan sabtu ini (6 mac 2010). Agak lewat utk mencari baju sebenarnya sebabnya mungkin tuan punya kedai tidak mempunyai stok dan memakan masa jugak untuk cetak nombor dan nama dibelakang baju-baju itu nanti.Apa-apa hal pun aku cuba mencari.
Lega sebab dah berjaya menyiapkan 2/3 kerja (kalau teman sebilik aku menyiapkan kerja yang aku bagilah..tapi macam dah siap jugaklah). Sepanjang aku belajar, tugasan literature ini betul-betul menguji minda aku.Aku tak pasti lah samada orang lain akan bersependapat dengan aku atau tidak. Walau apapun yang pensyarah akan kata nanti, aku puas hati dengan kerja yang aku lakukan dan aku akan perbaiki lagi sebab tarikh tutup adalah dalam 3 minggu lagi.Boleh tumpukan utk tugasan lain pula yang tidak sesusah mana pun, cuma perlu tangkis kemalasan dan mendakapi kerajinan dihadapan komputer riba.
Sabtu depan aku akan jadi harimau belang sebabnya akan bermain di tengah panas dari pagi sampai petang.nasib baiklah aku tidak berapa pandai sangat bermain futsal jadi boleh la aku ditukar-tukar oleh pemain yang lebih handal daripada aku. tambahan lagi, stamina aku semakin hari semakin berkurangan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan seperti penuaan dan kemalasan untuk berlatih.Memang sabtu ini akan memenatkan minda dan badan.Perlu membawa banyak air tambahan lagi musim kemarau mula menjenguk kawasan selangor nie.

Esok tiada kepastian
Semalam tiada penyesalan
Hari ini ?
Dimanfaat sepenuhnya.

p/s tak sabar tunggu inter lawan chelsea di london.Harap Mourinho dapat menewaskan Chelsea di tempat sendiri dan jika Inter menang, memang aku akan tersangat gembira.

5 comments:

  1. futsal match?anjurn pe?katner?
    0wh..KL pun panas giles skunk tp hujan jug0k ptg2..

    g0od luck br0!

    ReplyDelete
  2. bunyi po tuo bena jah pali..xcekak bena tue...~~~;D

    ReplyDelete
  3. jaa - anjur n main skali.ahahah.thanks

    taq - mmg tuo doh nie.hahah

    ReplyDelete
  4. maen futsal ktne???siap ade team lg....huhuhu...=)

    ReplyDelete
  5. ganas r..leh anjur futsal d0h demo loni..maju2..

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share