Thursday, February 18, 2010

Menaip sekejap

Lepas makan malam sekejap tadi..berehat seketika depan laptop.Macam biasa lah, facebook, blog, sukan..Bercakap pasal blog, banyak pulak tulisan-tulisan terkini dan agak terkini mengenai politik tanah air yang aku baca malam ini.Kadang-kadang sampai aku sendiri tidak tahu, begini ke Malaysia sekarang ? Tidak tahu jugak untuk tidak mempercayai atau mempercayai ? Tapi takpe, sekadar meluaskan pandangan dan sekurang-kurangnya tahu kan.

Semalam penat, ingat nak siapkan keje tapi tidak tersiap jugak, hari ini pun sama.Banyak sangat keje lain (walaupun tidak berapa penting tapi persahabatan penting kan ?) Lagipun balik ke rumah jarang-jarang sekarang ini. Mungkin, aku sebenarnya yang malas nak siapkan MGM sebab semuanya aku yang kena buat, macam tak adil la kan tapi takpe, CEO yang berdedikasi (hahaha..aku pandai la cilok nanti).

Esok dah hari Jumaat. Hari yang mulia.Tadi gembira sebab dapat jugak baca komik kegemaran. Pagi esok tengok Lakers vs Boston. Tgh mlm ini tgk bola (berharap sangat dapat tengok ). Lusa dah hendak balik UPM.

p/s..dah semacam menulis diari.Ingat nak 'copy paste' semua entry mengenai politik-politik tapi bila fikir balik semacam meluat pun ada. Mungkin aku dah menjadi semakin 'soft at heart' sekarang. Kerja MGM dan Survey tak tersiap jugak.Sangat meletihkan bila memikirkannya tetapi terpaksa jugak lah. Sekurang-kurangnya dah ada yang terbuat dan boleh dikatakan secara kasar, kedua-dua kerja tersebut 50% siap. Tepuk tangan kepada diri sendiri. Ada misi baru selepas cuti ini.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share