Saturday, February 13, 2010

Novel sebuah itu


Novel ? 
Apa itu novel.
Mengikut definisi yang diberikan oleh Lim Swee Tin, novel satu bentuk penulisan yang panjangnya dalam 50000 patah perkataan. Novelet pula adalah lebih pendek daripada itu dengan 10,000 patah perkataan. Mengapa aku membicarakan tentang novel kali ini? Satunya kerana semester ini aku terpaksa membuat satu novelette yang mengandungi 10 bab dengan setiap bab perlu 7 halaman muka surat. Keduanya, novel ibarat satu perjalanan hidup, pengalaman yang dicurahkan oleh pengarang dalam bentuk tulisan. Pastinya setiap orang sudah menghabiskan satu novel dalam hidupnya, sekurang-kurangnya. Banyak novel yang terkenal di dunia ini dijadikan filem seperti Harry Potter, Lord Of The Ring, The Godfather dan Twillight.
Pelbagai jenis novel ada di pasaran. Samada novel berbahasa melayu, arab, jerman mahupun bahasa inggeris. Salah seorang pengarang yang paling aku minat adalah Dan Brown. Aku sudah membaca 4 novel miliknya iaitu Deception Point, Da Vinci Code, Angel and Demon dan Digital Fortress. Apa yang aku boleh katakan mengenai pengarang ini adalah cara penulisannya sangat unik dengan garapan fakta dan plot yang menarik. Cerita yang disiapkan mempunyai plot yang berbeze, watak yang berbeza tapi yang menariknya pengakhirannya memang memberi satu kejutan dan keseronokan. Malaysia juga mempunyai ramai penulis yang berkaliber. A. Samad Said dengan Salina, Shahnon Ahmad dengan novel kontroversi ‘SHIT’. Novel Ramlee Awang Murshid juga tidak kurang hebatnya. Garapan HM Tuah Iskandar dalam buku-bukunya turut mendapat sambutan yang hebat.
Ada pepatah yang mengatakan hidup seperti membaca novel, setiap hari adalah seperti menulis satu muka surat yang baru. Kita sendiri yang mencorakkan dalam muka surat tersebut. Ada sesetengah orang telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidupnya dan jika dibukukan menjadi satu novel pasti laku di pasaran. Sebuah novel boleh mempunyai plot yang sama seperti sebelum ini, watak yang sama sebelum ini tetapi permulaan dan pengakhiran yang berbeza. Sama juga, sebuah novel boleh mempunyai watak yang berlainan, plot yang berlainan, latar yang berlainan tapi pengakhirannya tetap sama. Hidup kita pasti banyak berlaku pengalaman yang akan kita kenang sampai ke hari kiamat. Pastinya setiap orang pernah mengalami pengalaman manis, sedih, gembira dan kecewa sekurang-kurangnya sekali dalam hidupnya.
Dan, dalam kita meneruskan hidup ini, sama seperti mengarang sebuah novel, kita harus menerima dengan baik pengakhirannya. Kita sendiri yang mencoraknya. Ada setengah pengarang hanya memasukkan pengakhiran yang sedih, yang gembira dan ada juga yang membuat pengakhiran yang tergantung, membiarkan pembaca memikirkan sendiri isi pengakhirannya. Dalam hidup tiada istilah tergantung, semuanya perlu pengakhiran. Hidup berakhir dengan mati. Bercinta berakhir dengan perkahwinan. Masuk university berakhir dengan mengenggam segulung ijazah. Memandu berakhir dengan sampai ke destinasi. Novel. Hidup. Kadang-kadang hanya indah khabar dari rupa tapi sebenarnya itu yang hakikatnya.
Sebagai penutupnya, pengakhiran tulisan aku kali ini, Isilah masa anda dengan membaca novel. Tidak kisah novel daripada Alaf 21, novel lama ataupun novel kanak-kanak. Membaca adalah budaya yang menguntungkan. Aku sendiri tidak khatam lagi membaca novel John Grisham.Sudah hampir setahun lebih cuba menghabiskannya tetapi masih jugak gagal. Akan gagahi juga diri ini untuk menghabiskan novel itu. Kepada sesiapa yang ada novel yang dirasakannya menarik, sila pinjamkan kepada ku, perlu membaca novel untuk mencari idea dimasukkan dalam tugasan aku.

6 comments:

  1. Aku cdgkan mu beli novel separa SX hok Roy dok promote tuh..hahaha..

    ReplyDelete
  2. jaa - tue psl. limited internet.bz skit.

    ReplyDelete
  3. aku dengar2 watak zakwan lam novel roy tu rumet dio.betul ke?kihkih

    ReplyDelete
  4. ayie - takdop eh.watak zam tue dari bilik study 116.hahaha

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share