Wednesday, February 17, 2010

Seketika memikirkan berada di rumah dan semester dua

Malam semalam sepatutnya bangun dan menonton bola tapi nampaknya, kesedapan tidur lebih menguasai diri jadi hanya mampu melihat perlawanan ulangan tengah hari ini dan mengetahui keputusan daripada internet. Aku pun tidak tahu mengapa, asal balik ke rumah, mesti dengan bersungguh-sungguh memejamkan mata dan berguling atas katil.Jika di UPM aku sangat susah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti (kadang-kadang sampai awal pagi baru dapat tidur) tetapi bila berada di bilik sendiri di rumah ini, letak je kepala, pasti terlelap.

Aku bangun pagi tadi terus tersentak, hari ini dah hari Rabu.Cepat masa berlalu.Macam baru semalam pulang dari UPM.Tinggal lebih kurang tiga hari lagi sebelum aku melangkah kembali ke Serdang sana. Aduh laa.Sangat malas untuk kembali ke kampus. Banyak perkara yang akan dilakukan sekembalinya ke sana nanti. Memikirkan yang hari ini sudah hari Rabu, masih banyak kerja yang perlu disiapkan terutama sekali MGM. Pening kepala memikirkan ayat-ayat untuk disumbat ke dalam rancangan perniagaan itu. Tetapi apakan daya, terpaksa juga mengerah otak. Nasib baik ada 2,3 kerja dah selamat disiapkan sebelum ini.Tidaklah terlalu tertekan menjelang esok atau lusa.Perlukan lebih motivasi menyiapkan MGM itu nanti.

Harapan selepas cuti ini semuanya akan berjalan dengan lancar dan akan menghadapi lebih banyak ketenangan dan kegembiraan. Aku sangat-sangat berharap segala yang dirancangkan akan dapat dijayakan. Yang paling utama adalah kejohanan futsal Inter Group. Kasut futsal dah terkoyak, perlu mencari kasut yang baru dan semestinya duit. Mahu saja aku rembat kasut siapa-siapa yang ada depan bilik aku tapi malangnya saiz kaki tidak sama.Akan aku cuba jugak menyimpan sedikit duit membeli kasut futsal. Dapat yang murah pun dah ok rasanya.Hendak dijahit kasut lama rasanya tidak berbaloi sebab kadar koyakannya teramat luas.

Dah setengah sem 2 berlalu dan bermacam-macam pengalaman dah dirasai.Aku percaya, hari yang mendatang menjanjikan pelbagai lagi cabaran dan pengalaman dan yang pastinya aku perlu terus bertabah menghadapi semuanya dan berharap segalanya dapat ditempuhi dengan senyuman. Apa yang hendak dijanjikan pada penghujung sem ini ? Semoga dapat menjawab peperiksaan akhir dengan tenang dan semampu yang mungkin. Semester hadapan menjanjikan lebih banyak cabaran.

Satu benda lagi yang aku paling suka apabila dapat berada di rumah adalah akhirnya dapat juga memuat turun siri How I Met Your Mother Season 5 sehingga ke episod 15.Rasanya itu adalah yang paling terkini.Dan salah satu kegemaran aku sebelum tidur, menonton siri ini. Lawaknya tidak pernah lekang. Sentiasa terhibur.Semoga berjumpa lagi di tulisan yang akan datang.Sekian.

6 comments:

  1. benci jgk mgm!!!
    benci seratus kali
    benci sume kt upm.
    duk umah lgi bes

    ReplyDelete
  2. izzah - turut membenci MGM. Turut membenci UPM sejak menjejak kan kaki di Serdang.Tp duk umah pun mcm boring gak kalo lame2

    ReplyDelete
  3. btl2 begitu cepatnye ms berlalu... sy pon benci jugak bnyk keje yg nk kne setel ni... bka ni test lg, presentation etc....
    (lg cpt ms berlalu, lg cpt abes blaja, lg cpt dpt keje, lg cpt dpt pgg duit sdiri.. =))

    ReplyDelete
  4. mimi - lg cpt keje lg cpt dapat kawin,lg cpt dpt dirikan rumah tangga

    ReplyDelete
  5. MGM 2 subjek asas keusahawanan.... =)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share